12/27/12

Salam Tangan Lelaki?No!No!No!

BY humble.yat IN , 2 comments

BismillahirahmanirRahim.. 
Assalamualaikum wbt.

[kredit]
Bekerja di sektor perundangan yang melibatkan golongan ahli perniagaan sebagai anakguam merupakan satu cabaran buat saya. Taraf hidup yang berbeza dengan kehidupan yang sederhana.Kereta mereka BMW, Mercs, Hilux , Jaguar dan entah macam-macam lagi keluaran yang saya mungkin tidak tahu.Bagi mereka masa itu emas.Setiap saat itu adalah duit.Tiada keuntungan dalam bulan tersebut, mula susah hati mengejar hasil-hasil mereka.Malah ada juga yang mengambil kesempatan.Ada juga yang bermurah hati menyerahkan hasil keuntungan mereka kepada badan-badan yang diperlukan.Tapi kes itu jarang sekali ada.

Berbalik apa yang saya nak coretkan di sini.Saya selalu melihat mereka ini bersalaman dengan bukan muhrim.Iaitu, lelaki salam wanita, dan wanita salam lelaki.Dan cabaran saya bermula...

Ada ketikanya klien lelaki menghulurkan tangan sebagai tanda terima kasih setelah saya menyerahkan dokumen mereka.Mereka berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan.Saya cuma bagi isyarat seperti  mengenggam tangan saya dan cakap "Sama-sama..".

Kadang-kadang saya terpaksa cakap, "Oh Maaf Encik, saya tak salam lelaki.." sambil tersenyum.Alhamdulilah faham.

Itu antara seagama.Ada yang faham, dan ada yang tidak faham.Setakat ini alhamdulilah, saya tidak pernah menyalami mereka.Alhamdulilah, Allah itu menjaga hati saya dari terus menyambut salam salam tersebut.

Kadang-kadang saya terfikir, saya sudah bertudung besar, menutup aurat sebagaimana yang disarankan.Sekali pandang, orang akan tahu kita mempunyai latarbelakang agama.Rupanya tidak.mereka tidak memandang begitu.Bekerja di sektor ini, memang ada cabaran bermuamalat.Patutlah tidak ramai yang bertudung labuh bertahan di dalam bidang ini.Yang tinggal hanya mereka yang berpakaian "vogue" dan  biasa-biasa sahaja.

Ada ketikanya juga, saya perlu bertemu dengan klien bukan muslim, selesai kes mereka.Mereka bersungguh-bersungguh mahu ucapkan terima kasih sebelum meninggalkan bilik saya.Beria-ia menghulurkan tangan beramai-ramai.

Tapi dengan tenang saya katakan, "I'm sorry,I'm a Muslimah, doesn't shake our hand with man.." . Mereka hanya menyambut "Ooo..I see..then we just bow you just like japanese style.." Dan akhirnya kami hanya menundukkan kepala ala "japanese Style" sebagai tanda hormat.Memang kelakar detik itu.Tetapi sama-sama tersenyum gembira

Kalau kawan-kawan pernah baca buku Ayat-Ayat Cinta, watak Fahri yang begitu tegas untuk tidak menyalami wanita cukup megagumi saya.Caranya, menolak dengan baik dan menerangkan satu persatu kenapa dia tidak berbuat begitu.Malah tidak pernah jemu untuk menerangkan waima beberapa kali pun.

Saya nampak dari sudut ini, ia adalah konsep dakwah dalam muamalat.Tetapi berapa ramai yang berbuat begitu.

Kawan-kawan yang bergelar muslimah, jangan gentar untuk bekerja jika ada cabaran muamalat seperti ini.Malah sahut ia sebagai satu dakwah.Semoga mungkin kita mampu mengubahnya.Insha Allah.

2 inspirasi naluri :-):

ieza ashaari said...

suka sgt2 entry ni ! suka.. selalu lelaki yg akan hulur tgn dorg nk salam. perempuan jrg hulur dulu melainkan yg mmg biasa..

semoga kita boleh jaga tue semua kan yati..

humble.yat said...

hehe terima kasih ieza..betul2..
bukan ape, kita sepatutnya tegas dlm perkara mcm ni...tp kebanyakkannya sambut tgn je untuk elak malu, daripada berterus terang kenp tak nak salam...

sama-sama kita cuba jaga yerk..