Friday, October 15, 2010

Cinta Mahmudah & Cinta Mazmumah



Entri kali ini mengenai sifat cinta mahmudah dan mazmumah, diambil dari Solusi Isu #23. Memang tak rugi beli majalah ini. Kadang-kadang saya tak sempat juga nak membaca. Jadi bila ia dijadikan entri, dapatlah kita sama-sama berkongsi info ini. Tambah-tambah majoriti-majoriti remaja-remaja sekarang tengah mabuk cinta.Pantang tengok kawan bercinta, kita pun bercinta juga sehingga lupakan dunia. Tapi perlu diingat, yang paling penting dengan meletakkan betul-betul  dalam hati kita, biar cinta kerana Allah kerana ia lebih berpanjangan dan lebih mendapat rahmatNYA.Amin...Jom kita selidik Cinta Mahmudah Dan Mazmumah!

CINTA MAHMUDAH

 Cinta amat sukar didefinasikan kerana ia bersifat abstrak dan subjektif. Namun menurut al-Syibli, cinta dinamakan cinta kerana ia menghapuskan semuanya dari hati melainkan kekasihnya (Risalah Qusyairi).

Masih terdapat 1001 lagi definisi lain bagi kalimah cinta yang dipersembahkan dari perspektif yang berlainan.Bukan semua cinta boleh dianggap mahmudah. Malah cinta boleh jadi sesuatu yang dituntut, boleh jadi ditegah.

Antara perkara yang disukai oleh Rasullulah s.a.w ialah:
  • Melaksanakan ibadah
  • Membaca, mendengar dan merenungi Al-Quran
  • Orang yang berselawat ke atas baginda
  • Suka tampil berbeza dengan orang Musyrik.
Rasullullah pernah berdoa: "Ya Allah, tanamkanlah kecintaan (dalam diri diri kami) kepada keimanan dan hiasilah hati kami benci kepada kekufuran, kefasiqan dan maksiat."(Riwayat Ahmad)

CINTA MAZMUMAH 



Tidak semua cinta itu membawa manfaat. Ada yang membuahkan mafsadah (kerosakan).Inilah gara-gara tidak mengikut telunjuk agama. Jika syaitan yang memandu cinta yang didamba manusia, maka cinta itu akan terarah ke arah cinta dunia dan seluruh isinya.Apakah cinta fatamorgana ini dikejar?

Masyhur dalam sejarah kisah cinta Laila Majnun. Laila seakan-akan gila atau betul-betul gila. Malah pernah diriwayatkan bahawa dia mencium kaki anjing kerana anjing itu baru sahaja berlalu kawasan kediaman buah hatinya.

Ahli maksiat pula jika sudah terbiasa melakukan maksiat akan berasa manisnya "rekod buruk"(maksiat) yang diciptanya.

Wallahualam.


2 comments:

KUNAK PRESS said...

salam

humbleyat said...

waalaikumussalam kunak..terima kasih sudi menjenguk di sini:-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...