Wednesday, October 27, 2010

Hutang Hutang Janji


Topik kali ini saya nak menyentuh tentang janji. Mungkin sekali termasuk janji-janji manis, menanam tebu di tepi bibir.Bagi saya, tak perlulah kita hanya berjanji semata-mata hanya untuk menjaga hati orang lain.Kalau tak dapat menunaikan tersebut kan susah?Berkatalah benar walau ia pahit!

Mungkin lebih selamat kita hanya memberitahu dengan cara begini ,dengan menerangkan segala risiko yang akan dihadapi dan tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan kata-kata manis begitu sahaja.Betullah kata-kata orang tua, berfikir dahulu sebelum mengeluarkan kata-kata.Berbicaralah melalui akal kita.Terlajak perahu boleh diundur, terlanjur kata buruk padahnya.


Saya lebih suka menyebut perkataan "hutang" berbanding "janji" sebab rasa lebih bertanggungjawab dalam menyelesaikan "hutang-hutang" tersebut.Andai hanya disebut perkataan "janji", efeknya agak berkurangan dalam menunaikannya.

Dan "hutang-hutang" ini saya senaraikan dalam sebuah nota kecil sahaja, supaya saya lebih mengingati apa yang saye telah janjikan kepada sahabat-sahabat saya.Saya pasti, ramai rakan -rakan mengetahui memungkiri janji adalah ciri-ciri orang yang munafik.

Sabda Rasullullah SAW: "Tanda orang munafik ada tiga: jika berbicara dia dusta, jika berjanji dia ingkar, dan jika diberi amanah, dia khianat"-Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

Lagi satu tips, apabila berhutang wang dengan kawan, senaraikan dalam sebuah buku, lebih mudah untuk kita rancang dan andai kata umur tidak panjang, mudah bagi pihak keluarga atau waris menyelesaikan hutang bagi pihak kita.Jadi tidak akan timbul ,isu pihak ketiga menuntut hutang daripada waris.! Itulah pentingnya mencatat hutang!

P./S: Kalau boleh letakkan sekali "hutang-hutang" puasa nazar kita.Berhutang dengan Allah yang Maha Pengasih, tinggi nilainya..:)


9 comments:

suri said...

wah bahaya nih kena beringat selalu kalu kita ada tabur janji kt org lain huhu...

iqbalsyarie said...

menarik. terima kasih berkongsi :)

Mari menjadi manusia

Latest Post : Kita Tidak Hipokrit!

Q said...

janji palsu juga mudah ditabur bila kita mahu menyedapkan hati org yang kita berlawan cakap.
bila diajak
"insyallah saje'...

ztie said...

saya tak suka berhutang. dan harap orang pun tak suka hutang kat saya hehe

nabilah_2908 said...

bercakap pasla hutang....sy bnyk hutang dgn Allah.... ;(

jom ke APA KATA HATI pulak,
LETUSAN GUNUNG MERAPI

Hisyam Muhibah said...

berjanjilah atau berhutanglah sesuatu yang kita mampu untuk lunaskannya, walau secara tertangguh.. tq kerana kongsi cerita..



Entri terbaru : Berkumpul Di Satu Tempat Dengan Satu Tujuan

khairolghani said...

buat juga list hutang duit,tapi dalam microsoft excell..nampak lebih tersusun..

humbleyat said...

suri:
;)kalau dah berjanji mesti kena tepati kan?

iqbal syarie:
terima kasih iqbal:)

Q:
betul jugak tu, bukan apa, mungkin kita nak membuktikan kemampuan diri kot..sebab tu kena berfikir dahulu sebelum berjanji

humbleyat said...

ztie:
tahniah zatie..akhlak yg bgus tu..;)

Hisyam Muhibah:
terima kasih ;)
betul2, kadang2 kita perlu berhutang(duit) dalam meneruskan kehidupan kita dan pastikan ikut kemampuan yg ada..

nabilah_2908:
itulah, klu lah dilistkan hutang denganNYa, pasti tak sanggup nak melihat sendiri kan?

khairolghani:
satu contoh yang terbaik listkan hutang dalam excel..gunakan teknologi yg ader..;)

Teriam kasih semua!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...