Saturday, October 23, 2010

Kelahiran dan Kematian 20102010


Tarikh 20.10.2010 menjadi perhatian yang agak ramai.Tarikh yang cantik sekali susunannya.Tidak saya sangka, pada hari tersebut, terdapat kelahiran dan kematian pada hari yang sama yang melibatkan orang terdekat dengan saya.

Pertama, Ulangtahun kelahiran seorang sahabat baik saya, Lizawati..Tahniah dan Selamat Hari Lahir yek.Semoga menjadi mama mithali.Seorang sahabat yang sangat sejati, sama-sama susah dan sama-sama senang.Saya mengenalinya pada hari pertama saya mengenali dunia kampus.Membuat "assignment" menggunakan kepakaran masing-masing.Dia banyak memberi idea keseluruhan tugasan kami. Memang mantap!Sahabat-sahabat saya yang lain mempunyai kepakaran mencari bahan rujukan,memberi isu dan pendapat, dan saya pandai membahagikan kerja antara kami dan menulis!

Namun, pada hari yang sama, saya kehilangan seorang Pakcik  akibat kemalangan yang dilalami June 2009 yang menyebabkan dia koma.Waktu berziarah baru-baru ini, kelihatah ada respon darinya dan ada harapan sembuh rupanya, tanda-tanda mahu meninggalkan kami.Bertambah sedih, ketika dia koma, ibu kandungnya meninggal!Kami cuba memberitahu berita itu ketika dia dalam keadaan koma, dan air mata mengalir dari kelopak matanya!Al-Fatihah untuk mereka. 

Namun apa yang suka perhatikan, ketika dia koma, anak-anaknya sanggup berkorban menjaganya. Renungan anak mata anak-anaknya redup dan penuh kasih sayang. sejuknya hati si ayah, apabila anak-anak yang diharapkan menjaganya sehabis mungkin.Bergilir-gilir merek bercuti hanya semata-mata menjaga si ayah.

Semoga rohnya di cucuri rahmat dan digolongkan dalam golongan orang yang beriman.

Nota: Hidup kita ini pendek sahaja!

3 comments:

khairolghani said...

hidup dan mati di tangan Allah..yg pasti setiap yg hidup pasti akan bertemu dengan kematian

Raja Fiqri Fauwaz said...

"like" khairolghani..

sebab nak komen macam dia jugak.. hehe..

hidup dan mati di tangan tuhan.

ingat qada dan qadar.. iman kita.. :)



Latest Entry : Reverse Psikologi Untuk Generasi Baru kita

humbleyat said...

Khairol ghani:
betul2,Hidup kita ini pendek sahaja.:)

Raja Fiqri Fauwaz:
betul jugak tu, yg penting persiapkan diri kita,jgn terlalu lalai kan?:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...