Monday, October 18, 2010

Undang-Undang Jenayah Sihir






Seorang suami melafazkan talak kepada si isteri dalam keadaan dipukau, yang melibatkan ilmu hitam, sahkan talaknya?

Seorang isteri disihir oleh suami supaya dikunci mulut dan ditutup kes untuk mendakwa si suami yang asyik memukul, menendang dan perbuatan yang lain.Teraniayakah si isteri?

Seorang peguam sedang menuntut hak anak guam tiba-tiba tidak dapat berhujah di hadapan hakim, dan kelihatan di belakangnya seorang lelaki tua terkumat kamit membaca jampi sihir.Terbelakah hak-hak anak-anak guamnya nanti?

Seorang hakim ingin membaca keputusan yang adil dan benar tiba-tiba kaku melihat kertas keputusannya yang dibuat saban malam menjadi kosong tanpa tulisan dan tidak dapat dibaca langsung.Akan tertegak keadilan yang sering kita warwakan?

Sengaja saya letakkan situasi di atas supaya kita sama-sama dapat bayangkan penggunaan sihir yang meluas di dalam masyarakat kita.Apatah lagi, kesan-kesan ilmu sihir ini menghalang tertegaknya keadilan.Tetapi setakat hari ini, tiada lagi undang-undang jenayah sihir diwujudkan untuk menghukum si penyihir tadi.

Dan baru-baru ini, diadakan Seminar Undang-Undang Jenayah Sihir bertempat di Kompleks Yayasan Pahang, Kuantan, Pahang Diharapkan paparan kertas kerja oleh Pensyarah Undang-Undang Kolej Antarabangsa IKIP, Dr Mahyuddin Ismail dapat membantu kita dalam memahami skop-skop Undang-Undang Jenayah Sihir.


Selamat membaca ye.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...