Saturday, October 23, 2010

Semangat Yang Hilang


Saya rasakan minggu ini agak panjang sekali.Beratnya hati saya nak bekerja pada hari Isnin.Tidak tahu kenapa saya bagaikan  terpaksa menyelesaikan kes korporat. Memang benar kes korporat yang bernilai RM4juta  tersebut mempunyai tekanan yang sangat besar.Terdetik dalam hati, rasa tak nak bangun tidur sahaja, mahu sahaja menyambung tidur yang tidak seberapa lena itu.Tetapi apakan daya,terfikir pula amanah yang dipertanggungjawabkan. Jadi saya putuskan untuk...

  • Berdoa yang tidak putus-putus setiap saat
    • " semoga dipermudahkan segala urusan"
    • "lembutkanlah hati pegawai-pegawai yang terlibat dalam kes tersebut"
    • "kuatkanlah hatiku dalam mengharungi cabaran kali ini"
 Kesannya, saya pasti doa saya dimakbulkan olehnya...

Ada juga ketikanya saya dengan selamba menjerit depan rakan sepejabat, "Serabutnya saya!".Tapi, apa yang dikatakan oleh mereka amat mengejutkan  saya, "Kami tak percaya yang kamu tengah serabut! Sebab Cik Yat yang kami kenal kuat semangat orangnya".Ya, benar saya harus kuat semangat untuk menyelesaikan kes tersebut! "Either You Do or Die!".

Hikmahnya, saya dapat mengenali beberapa orang yang sanggup menolong saya waktu susah. Terima kasih semua rakan sepejabat  kerana sudi berkongsi rasa sepanjang minggu ini. Mereka tidak tinggalkan saya bersendirian!Hebatnya ukhuwah kami...

Selain itu, saya mendapat kepercayaan yang tinggi untuk menyelesaikan kes-kes sebegini, alhamdulilah walaupun bermacam-macam isu yang timbul.
 
Nota: Selesaikan tugas kita dengan sehabis baik sebagai amanah darinya. Sesungguhnya Allah tidak membebankan hambaNya melainkan dengan kemampuannya..Wallahu a'lam.

P/s: Minggu ni bercuti sampai hari Isnin sempena Hari  Keputeraan Sultan Pahang.Nasib baik  semua kerja  selesai. Alhamdulilah...



2 comments:

noreed said...

alhamdulillah semuanya selesai...

humbleyat said...

terima kasih noreed;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...