Thursday, October 7, 2010

Migrain

Hari ini saya ada terima risalah kesihatan melalui produk kesihatan antarabangsa yang saya langgani . Tambahan pula ada info yang menarik yang boleh kita kongsi bersama mengenai migrain.Saya pasti ramai yang mempunyai masalah migrain dan ada berbagai cara mengatasinya. Harap info ini akan membantu bagi mengurangkan migrain anda ye.Kita ikuti artikel ini yang saya petik dari risalah "Gaya Hidup Forever".


MIGRAIN


Hampir setiap orang pernah mengalami sakit kepala, mungkin berasa denyutan di kepala anda ketika mengalami selesema atau flu, atau pun selepas sehari yang sibuk, atau sakit di pelipis anda atau di belakang kepala anda akibat tekanan.

Kebanyakan sakit kepala menyebabkan kesakitan di depan, di atas dan di tepi kepala, yang seakan-akan seperti terdapatnya gelang getah yang telah ditegang dikelilingi kepala.Tetapi, migrain adalah berlainan.

Apakah itu migrain?

Migrain adalah sejenis sakit kepala dengan kesakitan yang berdenyut-denyut, biasanya di sebelah kepala sahaja (kiri sahaja atau kanan sahaja).Ini biasanya diiringi rasa loya atau muntah dan kesensitifan yang lebih tinggi terhadap cahaya dan bunyi.

Sesetengah orang mengalami aura beberapa minit sebelum sakit migrain.Antaranya adalah ternampak cahaya yang berdenyar-denyar, mengalami kekebasan atau rasa menggelenyar di bahagian muka, deria bau yang terganggu, atau mengalami kesukaran untuk bercakap.Mengikut Jurnal Persatuan Amerika, kaum wanita adalah lebih kerap mengalami sakit migrain berbanding kaum lelaki dengan kelaziman sebanyak 25% untuk kaum wanita dan 8% untuk kaum lelaki.

Sebab?

Sebab sebenar masih tidak diketahui.Keputusan penyelidikan terkini mencadangkan bahawa keradangan pada saluran darah di bahagian otak yang menyebabkan saluran darah mengembang dan menekan pada saraf berdekatan, dengan demikian menyebabkan kesakitan. Keradangan tersebut mungkin disebabkan oleh stimulasi pada saraf trigeminal.(saraf sensori utama di muka).

Kebanyakan pesakit-pesakitmigrain dapat mengenal pasti pencetus-pencetus yang menyebabkan atau memburukkan sakit migrain mereka.Kekerapan dan leterukan sakit migrain dapat dikurangkan dengan mengelakkan pencetus-pencetus yang dikenalpastikan itu.

Apakah pencetus migrain?
  • Tekanan dan kegelisahan
  • Kafein dan alkohol
  • Kekurangan tidut atau tidur terlalu lama
  • Perubahan hormon ketika peredaran haid (sesetengah kaum wanita mengalami sakit migrain sebelum haid bermula, yang mungkin disebabkan oleh tahap estrogen yang rendah ketika haid)
  • Makanan yang mengandungi nitrat (contohnya: daging "luncheon", "hotdogs", tiramin (keju, ikan salai, wain merah),MSG atau aspartam.
  • Keadaan persekitaran seperti cahaya yang terang, bunyi yang terlalu bising atau bau yang kuat.
Tips mengatasi migrain


  • Berehat di bilik yang gelap dan sunyi

  •  tidur dengan secukupnya tetapi jangan keterlaluan

P/s:  Dahulu, pernah bercita-cita menjadi seorang doktor, tetapi tidak kesampaian kerana rezeki saya di alam perundangan.

8 comments:

aisyahHumaira said...

Salam dik...

Good info..dulu akak selalu juga jd migrain..tp skrg alhamdulillah dh ok..dh jrg2 jd..akak nk tye adk duk ktn kt mana? akak asal kampung sg. karang antara balok dan beserah..

kusut said...

good info. selalu kene migraine tapi bile dah tak keje and duduk oversea ni kan, kekerapan migraine tu berkurang sgt2. dulu tiap2 minggu tapi sekarang 2 bulan sekali kot. mungkin ade kaitan dgn cuaca, tapi aku rase being married pun salah satu faktor improvement tu kot. sekarang ni ade orang jaga :P

humbleyat said...

@aisyah humaira
wslm kak..alamdulilah migrain akak dah ok.;)
sy stay kat area jalan beserah kak.tp masa kecik dulu kat area pantai beserah.akak org sg karang ker?dekat sgtla tu;)ada masa blh jumpa..

@kusut.wah.info yg bgus dari kusut juga.ikatan perkahwinan tu sendiri boleh hilangkan penyakit yang kita ada;)antara hikmah2 perkahwinan agaknya.

iqbalsyarie said...

nice! Dulu cita2 doktor ya? Tak apa. Kerna yang pasti, anda telah menjadi 'doktor' dengan perkongsian yg baik ini :)

paradigm@pandangan said...

Assalamualaikum humble.
Info yang menarik.
Saya sendiri pernah mengalami migrain, tapi sekarang kerana fikiran banyak terganggu dek stress, masalah di tempat kerja dan kat rumah, rasa macam dah hilang migrain.
Gantinya stress, dan kesunyian.

Apa pun, penyakit juga sukar nak diramal.
Salam ceria.

humbleyat said...

@iqbalsyarie
terima kasih iqbal,wakaupun begitu,saya masih gemarkan topik2 kesihatan;)

@paradigm
hamipr setiap org mengalami migrain.tapi yang penting, kita kena jaga kesihatan kita.kurangkan stress ye paradigm;)Insya Allah boleh..

suri said...

tak blh miss makan..paling penting tdo kena cukup..jauhkan mkn coklat..

suri dulu mmg ada mogren smpi skrg..tapi dah tak teruk sgt,,, cuba try hadkan mknan laragan tu..huhu...

humbleyat said...

waa,,suri,,satu testimonial yang bagus dr suri...coklat pun penyebab migran yerk...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...