Thursday, July 19, 2012

Tiga Ramadhan Yang Berbeza

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Sources: here
 Ramadhan tiba lagi.:-)

Saya mula rancak berblog ketika bulan Ramadhan 2010.Menceritakan apa yang saya lalui,ketika itu saya masih sendiri and "single".Siapa sangka Ramadhan ketika itu terlalu banyak cerita yang tersirat dalam mencoret kehidupan saya. 

Ramadhan 2011, saya berpuasa sebagai status isteri, dan menantu.Sangat berbeza, dan saya mempunyai pengalaman baru.Berterawih bersama keluarga di masjid saya diijabkabulkan, berjalan kaki ke surau bersama suami di kampung halamannya di bawah sinar bulan Ramadhan.:-)Susah nak diungkapkan dengan kata-kata.

Ramadhan 2012, saya berpuasa sebagai bakal ibu pula, Apa pula cabaran berpuasa bersama si kecil yang hanya menunggu hari .Ramadhan kali ini paling mendebarkan. Bukan sekadar perjuangan rohani untuk diri sendiri, malah bersama amanat kecil yang ada. Fuh! Apa-apa pun, Insha Allah saya akan cuba bersedia dengan kemungkinan yang ada.

Petang ini, kami sekeluarga sudah merancang untuk membeli barang-barang dapur untuk persediaan berpuasa.Mensyukuri nikmat yang ada sempena ketibaan Ramadhan.Adik beradik sudah berkumpul di rumah.Pagi-pagi selepas subuh,sudah terdengar keriuhan mereka.Dengan usikan yang membuatkan hati-hati kami tersenyum.Indahnya hidup berkeluarga :-)

Nota:
Doakan saya sempat melalui Ramadhan sebelum si kecil ini menjengah dunia yek.:-)
Dalam hati tak sabar juga jumpa si kecil ini..hehe :-) Begitu juga dengan Ramadhan.
Dua-dua saya tak sabar nak jumpa. Mudah-mudahan dipermudahkan segala urusan.Ameen!


2 comments:

izfanora said...

wah, membahagiakan.. :)

berbeza juga wat izfa.. kita sama2 doakan yang terbaik..

InaAchik said...

Semoga dipermudahkan segala urusan...
diberi kesihatan yg baik utk ibu dan anak.

selamat menyambut Ramadhan ukhti...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...