Saturday, August 28, 2010

Saf Hadapan II


Sukar rupanya nak dapatkan saf hadapan kalau dah datang lambat. Tapi, malam itu rezeki saya walaupun agak terlewat sedikit berbanding malam-malam sebelum ini (akibat cari tempat letak kereta yang dah penuh).

Sebelum ini pernah saya ceritakan tentang saf hadapan. Tapi, kisah malam ini membuatkan saya rasa sangat bersyukur, terketar lutut saya ketika bersolat disebabkan kejadian yang tidak disangka.

Memang benar, golongan saf hadapan ni terdiri daripada warga emas yang bergelar "hajah". Cuma pada malam itu, terdetik di hati saya (ketika itu saya berada di saf yang ketiga), "kalaulah dapat saf depan, 'best' ni". Tiba-tiba dibukakan laluan untuk saya ke saf hadapan ibarat kisah Nabi Musa melalui laut yang terbelah dua ketika lari dari musuhnya. Memang saya tak lepaskan peluang dan berjemaah disitu.

Hendak dijadikan cerita, ketika saya bangun untuk bersolat sunat , "hajah" di sebelah kiri saya membentangkan kain putih berenda miliknya untuk saya sujud.

Subhanallah!Terhenti bacaan saya ketika itu, namun saya teruskan solat. Sebenarnya, tangan, lutut saya dah agak terketar kerana terkejut dengan pertolongan tersebut. Hanya kerana saya sujud antara dua sejadah, didatangkan pertolongan dari Nya supaya tempat sujud saya selesa.

Terima kasih Tuhan, kerana memberi kelebihan pada malam ini. Sangat bersyukur dan saya nukilkan di sini supaya saya akan ingat wajah "hajjah" tersebut ketika dia membentangkan kain putih miliknya.

Seusai salam, saya ucapkan terima kasih kepada makcik tersebut. Dalam hati agak segan, kerana golongan warga emas telah menolong warga belia muda..huhu isk...isk...

3 comments:

Zikr the Jalanan Sepi Perantau said...

subhanallah...

RasaHatiku said...

Assalamualaikum.
Subhanallah, 'rezeki' yang Allah datangkan untuk mereka yang sentiasa berkeinginan berada di saf hadapan. Semoga sentiasa dilimpahi barakah Allah swt.
Realitinya zaman sekarang golongan muda berebut nak dapat saf belakang sekali, agar senang dan mudah nak keluar cepat balik awal, tak perlu tunggu habis tarawih.

TQ humbleyat menyuntik motivasi untuk saya.

humbleyat said...

Zikr:
:-)

Rasa hatiku:
Rezeki itu datang tanpa disangka;-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...