8/2/11

Kantoi!Ponteng Puasa

BY humble.yat IN 2 comments

Allahu Akbar.Hari ini kita masih meniti hari kedua Ramadhan.Nak tahu apa yang saya nampak hari ini?Ada dua lelaki muda belia ponteng puasa di tengah koridor bangunan di tempat bekerja saya!

Cukuplah sekadar kesimpulan, salah seorang menghulurkan rokok kepada seorang kawan lagi, lalu mereka ke tempat yang tersembunyi untuk merokok.Walaupun tersembunyi, saya nampak asap-asap berkepul kamu tu.Tuhan pun nampak tau, mungkin kamu berdua boleh bersembunyi dari pandangan mata manusia.Tapi ingat apa yang akan ditanya kepada kamu di padang Masyhar nanti.Tak rasa bersalah ke?

Mungkin, kita buat topik yang agak serius kot untuk menyedarkan golongan-golongan  ini. Contohnya "NERAKA" , "MATI"  dan seumpamanya.Ini hanya cadangan sahaja.Sinis tetapi mampu meninggalkan kesan.Huhu..Tapi bukan semua mampu menerimanya kan, dengar tajuk mesti dah lari dan tak berminat.Macam mana tu?

Pendapat saya, persekitaran juga berperanan penting secara tidak langsung. Andai banner-banner di tepi jalan biasanya memaparkan jualan murah, salam aidifitri,l gu-lagu raya pula mula berkumandang, sukar juga rasanya nak rasa bahang ramadhan yang sebenar melainkan mereka yang betul-betul menghayatinya.

Bagaimana pula golongan yang kurang penghayatan tentang kelebihan Ramadhan?Kasihan kan..T.T..Hanya sekadar puasa menahan dahaga dan lapar, kemudian berbuka puasa.


Wah!Sebenarnya Ramadhan ini satu perjuangan malah lebih dari itu. Setiap saat ada detik rahmatnya.Cuma terpulang kepada kita mahu mencari kualiti Ramadhan atau tidak.Terpulang pada iman masing-masing.Walaupun iman kita senipis bawang, bertambah dan berkurang, namun saya yakin kita mampu menyebarkannya.Ameen!Insha Allah..

Salam perjuangan Ramadhan!:-)

  "Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan dengan keimanan dan mengharap redha Allah, akan diampunkan dosa-dosanya yang terdahulu"
(HR Al-Bukhari & Muslim)


2 inspirasi naluri :-):

ieza ashaari said...

paling tak suka bila lelaki muda yg tak berpuasa.. moga-moga ada hidayah buat mereka..

humble.yat said...

tahu takpe..rasa geram pun ada..tapi mereka ni sebenarnya perlukan pertolongan kita bagi menghayati ramdhan, tapi macam mana tu? ;-)