Tuesday, August 9, 2011

Allah s.w.t Sayangkan Orang Yang Baik



Petang Ramadhan,selepas Asar, seperti biasa saya membantu emak di dapur. Sambil berborak dengan emak,saya mengupas kentang, memotong ayam untuk bubur memandangkan tak lalu nak menelan nasi.Huhu dan saya MC hari ni.

Seloroh emak: " Dah berapa minggu dah akak tak sihat ni, Asal Isnin Selasa , demam. Demam rindu la tu! Khamis, Jumaat segar balik..Aisy. Pelik betul budak-budak ni "

Terkena lagi saya kat situ.." Mana ada, perubahan cuaca ni, akak pun terkena la tempiasnya.."

Sambung mak lagi, "Takdelah, mak gurau je, Allah saja nak uji orang yang baik-baik, orang baik-baik macam akak ni mana boleh buat salah, Allah sayang orang yang baik-baik, sebab tu Dia bagi sakit nak hapuskan kesalahan-kesalahan yang akak buat tu walaupun salah tu kecil je.."

Terharu saya mendengarnya, kata-kata dari emak sentiasa menyentuh hati.Sayang mak!



3 comments:

izfanora said...

betul tue.. pendamping outstation ke? hihi..

humbleyat said...

izfa:hehe..mujahadah PJJ:-)

nurzahidah said...

akak memang anak yang baik..moga dilimpahkan rezeki dan dipermudahkan urusan dalam mengejar ilmu dunia dan akhirat..insyaALLAH..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...