Wednesday, August 17, 2011

Bayam Atau Kangkung?


Hmm..macam mana nak mulakan cerita hari ini.Temanya hargai seorang ibu, isteri atau wanita.Eh bukan mahu jadi feminism, tetapi dalam satu hari, saya nampak situasi ini sering berlaku, tapi kebanyakan mungkin ambil remeh sahaja.Ye lah, perkara yang simple kan?Siapa yang nak fikirkan, siapa yang nak ambil tahu? Betul tak?

Eh, ada idea tak?


Sering melihat rakan rakan sepejabat saya yang bergelar isteri, ibu ini memerah idea, mengkreatifkan diri mencuba masakan baru.Macam-macam idea yang mereka kongsikan sesama mereka.

"Eh, hari ni nak masak apa yerk?" 

"tak ada idea lah nak masak apa, asyik benda yang sama je, sekali sekala nak tukar selera jugak.."

Kadang-kadang mereka meng"google" resepi yang ingin dimasak ada hari tersebut.Kena curi waktu sedikit waktu kerja.Huhu.Nak buat macam mana, dah jadi tanggungjawab kan?:-)

Bukan senang tau nak cari masakan yang sesuai dengan selera keluarga.

Bayam atau kangkung?


Lokasi, pasar. Saya dan emak memilih barang-barang basah yang hendak dimasak.Kami juga keliru nak pilih, 

"Bayam ke kangkung ?"

"Nak ikan apa yek,kembung ke selar kuning.Nak masak apa kalau beli ikan ni?"

Dialog yang biasa tapi matlamat hanya satu, mengisi perut isi rumah, memastikan semuanya boleh makan apa yang dimasak.Kadang-kadang saya sering ternampak emak berfikir panjang sebelum memilih ikan, sehinggakan penjual bertanya, 

"Nak ikan apa kak?"

Rupanya mak saya juga termenung panjang, kalau beli ikan, ada ke yang tak makan, nak masak apa ikan ni?Fuh, macam-macam rupanya yang berlegar di serebrumnya.Kalau saya, pilih je ikan mana-mana, hehe, janji segar dan tahan seminggu..!Hehe

Tak tahu nak masak apa la pulak

Oh rupanya bukan mak saya sorang je yang "termenung panjang" sebelum membeli, tapi sedang saya tengah memilih bayam atau kangkung tadi, bersebelahan saya ada seorang wanita, hanya melihat dan diam. Dan saya terdengar suaranya. 

"Nak masak apa yerk, isy tak tahu nak masak apa la pulak.."


Saya pula hanya tersenyum memandangnya, dan riak wajahnya masih keliru dan susah hati nak masak apa.Wah susahnya nak jadi tukang masak kan?

Akhirnya, kakak tadi mencapai beberapa biji terung, dan berkata, 

"Masak pajeri terung je la..". 

Alih-alih saya pulak yang lega mendengarnya.:-)Sedap juga pajeri terung tu kan?Saya pun dapat idea baru jugak:-)

"Ya Allah, jadikan aku wanita yang solehah, yang baik di antara yang terbaik dalam mendapatkan sesuatu yang terbaik dari Mu"

Nota: Selera makan tinggi walaupun tangan kanan tercedera sedikit.:-)



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...