Tuesday, May 3, 2011

Tangan Anak Yatim Itu



Jumaat malam, keluar sebentar ke bank untuk menyelesaikan urusan deposit tunai, yang hanya ada di tangan duit yang cukup-cukup .Maknanya, saya akan keluar dari pintu bank itu dengan tangan kosong.

Di dalam bank.Cukup ramai yang beratur.Maklumlah hujung bulan.Masing-masing baru dapat gaji.Silap-silap duit dalam mesin ATM pun akan kekeringan bila-bila masa sahaja.

Di luar bank, ada dua orang gadis sedang meminta derma untuk anak-anak yatim.Aduh, poket saya kosong, duit yang dibawa pun cukup-cukup.Memang menjadi rutin bulanan saya, ada bahagian tertentu untuk derma anak-anak  yatim.Saya cuma mampu tersenyum kambing sahaja dan kembali ke parking.

Tapi tak sedap hati meninggalkan mereka dengan tangan kosong, ambil "purse" di dalam kereta kembali, keluarkan duit dan patah balik ke tempat mereka meminta derma.Jauh juga.tetapi say aharus melawan rasa tak sedap hati tadi untuk memberi mereka sebahagian yang saya  niatkan.

Sangat sangat tak sampai hati.Dan akhirnya setelah memberi, baru saya rasa lega sangat-sangat;-) 

Indahnya bila kita sentiasa memberi daripada menerima.

Nota:
Sedang merancang untuk menjamu makan anak-anak yatim suatu hari nanti.Insha Allah:-)

2 comments:

Hisyam Muhibah said...

bersedekah selagi ada.. insyaAllah Allah balasi berlipat ganda..

tetapi untuk rumah anak yatim <a href="http://baitulhusnabukitsekilau.blogspot.com>Baitul Husna Bukit Sekilau</a> yang saya terlibat sama, biar AJK sahaja cari dana. Anak2 tumpukan kepada pelajaran dan pembinaan jatidiri muslimah.

suri said...

murninya hati jika ada tgan yg menghulurkan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...