Showing posts with label BUKU. Show all posts
Showing posts with label BUKU. Show all posts

8/30/21

Review : Al Quran Tagging Since 2018

BY humble.yat IN 1 comment

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.


Rasanya semua orang dah ada Al Quran Tagging kan? macam koleksi wajib untuk kita. Saya dah beli sejak 2018, pada awal kemunculan Al Quran Tagging. Antara sebab pembeliannya, sebab saya nak ada satu Al Quran yang boleh dibawah travel, muat diletak di dalam beg. 


Masa 2018, zaman e-alquran, semua dah boleh install dalam phone. Tapi bila pegang Al Quran, roh dan jiwa itu ada bila membaca. Perasaannya berbeza dari e-Alquran. Boleh peluk, boleh cium. Satu perasaan terindah. Bila dah start baca, mesti susah nak berhenti kam?

 Dulu, guna Al Quran Rasm Uthmani tanpa tafsir, laju laju baca sebab nak khatam. Tapi sejak dah meningkat usia ni, rajin sikit nak baca tafsir, asbab nuzul. Allahu, lagi syahdu rasanya.



Saya letak tarikh beli atas Al-Quran, ikut gaya arwah abah, setiap kali beli buku, mesti tulis nama dan tarikh beli.Jadi al Quran ini dah berusia 4 tahun. Alhamdulilah.



Antara tagging terpilih dan ayat penyejuk hati , siapakah Sahabat Nabi diterangkan di dalam Surah Al Hujurat.Tentang perdebatan antara sahabat nabi kita menjadi asbab turunnya ayat ini.

Serius, memang kusyuk baca kisah asbabul nuzul.

Jadi, koleksi Al- Quran yang seterusnya adalah..Asbabun Nuzul, kepunyaan zauj. Saya tumpang baca je. hihi. Banyak kategori buku Al-quran ya. Antaranya, Waqf dan Ibtida'  dan Miracle, The Reference lengkap dengan panduan tajwid yang berwarna warni. Biasanya baca bergilir-gilir . 




Sebenarnya, saya paling takut, kita membaca Al quran, tetapi tidak memahaminya.Maka, bagaimana kita mahu berpegang kepada Al Quran dalam kehidupan kita?

Jadi baca, faham dan amal itu yang paling utama. Cintakan Allah dan Rasulnya.

Sekian. Semoga bermanfaat sebagai perkongsian syurga kali ini.


2/14/14

Homeschool : Sehari Dalam Hidupku

BY humble.yat IN , No comments

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.


Wah, terernya Aina baca buku.Takdelah, cuma sebenarnya nak biasakan diri dengan buku .Buku Sehari Dalam Hidupku memang terbaik sebab setiap muka surat ilustrasi berwarna dan menarik.

Beli buku ini dapat poster percuma bacaan doa harian "Sehari dalam hidupku".Terus tampal di dinding bilik.Buku ni merangkumi bagaimana kita menguruskan diri sepanjang hari.Kira macam jadual dan panduan untuk kita.Sangat berguna untuk orang dewasa macam kita juga.


Jadi sekarang mari saya kongsikan bagaimana saya membaca dengan Aina. Poster doa ini saya selalu bacakan doa untuk Aina , kalau dia bangun tidur, saya tunjuk gambar doa bangun tidur dan baca sama-sama.


Begitu juga bila nak solat, bila nak makan, bila dah habis makan.Bila nak belajar dengan umi/abi..Sekarang pun, bila kita kata, "Aina, baca doa dulu..".Cepat dia tadah tangan, mulut kumat kamit, kemudian amin!..Comel sangat.

Pernah sekali tu, saya terlupa, biasalah dah tergegas ke sana ke mari...Aina ajak saya masuk bilik, tunjuk poster doa ni.Oh ye Aina, "Umi lupa baca doa ye.."..Jadi, saya bacakan doa sama-sama dengan Aina.

Maknanya, sedikit sebanyak buku dan poster ini, banyak membantu saya untuk mengurus kehidupan dengan doa.

Nanti saya kupaskan isi kandungan buku "Sehari Dalam Hidupku" pula ye.Insha Allah...

Wallahualam.

12/12/13

Review Buku-Buku

BY humble.yat IN 1 comment

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.



"Mudahnya Menjemput Rezeki".Memang terbaek!Segalanya bermula dari sendiri untuk mensyukuri nikmat yang ada.Sambil "Q" dan prosedur mediasi di mahkamah pun, ralit saya membaca.Nasihat dan panduan yang diberi pun praktikal dalam realiti kehidupan kita. Bahasa yang senang dihadam.Tanhniah buat penulis.


Buku ini masih dalam progress.Silibus Pendidikan .Di samping mahu mendidik anak, boleh tarbiah diri sendiri juga kan?Allahu Rabbi...


Hoho..yang ini memang kritikal.Jurnal Undang-undang.Akan diguna setiap masa waktu bekerja untuk menangani masalah yang timbul.Belajar memang tak pernah berhenti kan?

Ada lagi buku-buku lain.Tak terlarat nak upload.Insha Allah, jika masa mengizinkan, saya akan rekod buku tu di sini...



7/19/13

Buku: Muqaddam Bergambar

BY humble.yat IN , , 1 comment

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Perkongsian hari ini.Koleksi buku Aina Syafiyah.

Muqaddam Bergambar.

(google)

Antara material  silibus pendidikan awal untuk permata hati kami.

 Selain flash card hijaiyah , audio 30 surah lazim, pengenalan kepada buku juga penting.

Memandangkan Aina pun dah pandai belek bukunya, buku umi dengan jayanya , belek satu persatu kertas yang nipis-nipis tu macam orang besar (bukan buku yang ada mukasurat tebal yang khas untuk budak-budak tu) .Kalau ada mukasurat tertinggal, dia akan usahakan sampai dapat.Mukanya memang serius membelek buku.Maka uminya pun yakin untuk memberi satu muqaddam gambar yang comel, berwarna warni , siap ada ilustrasi lagi.Alhamdulilah, dipersetujui abi.

(google)
Saya sendiri pun tertarik dengan muqaddam ini sebab ada tiga bahasa.Sambil baca tafsir, sambil tengok ilustrasi, memang ada rasa penghayatannya.Kadang-kadang diri sendiri meremang bulu roma bila meneliti satu persatu tafsir surah lazim sambil tengok ilustrasi yang mengikut cerita surah tersebut.

Oh, untuk pengetahuan buku ini disertakan sekali dengan CD Al Quran 30 surah lazim.Sebelum ini saya hanya guna thumb drive di radio atau speaker pillow semasa tidur atau bacaan kami secara langsung kepada Aina Syafiyah.

Kalau dalam kereta, kami pasang audio orang membaca Al Quran, Aina pun ikut sekali mengikut panjang pendek bacaannya.Kadang-kadanung ada runut bunyinya.Kami sendiri pun terkejut dengan perkembangannya.Begitu juga kalau kami yang bacakan.Masa musim tilawah peringkat antarabangsa baru-baru ini, kami tidak lepaskan peluang untuk memberikan pendedahan untuk mendengar bacaan ayat ayat Al Quran.Sampai saya tertidur atas sofa sambil meriba Aina yang sudah terlena. 



Dan menariknya muqaddam ini, sehingga saya menempah lagi buku ini atas permintaan rakan-rakan sepejabat. Sebab ketika itu ada promosi dengan buku Sehari dalam Hidupku plus poster.Insha Allah buku tu pun menarik juga.Saya review satu-satu yek.

Kalau berminat untuk buku Muqaddam bergambar , boleh beli dengan kawan saya, Naz, pemilik My Litlle Aisyah Shop. 

Kita hanya merancang dengan cita-cita, tetapi Allah merancang dengan cinta.
Maka berusaha lah selagi ada kudrat dan serahkan segalanya kepada Allah yang Maha Pengasih

Nota Naluri:
Sekarang ni selalu tengok Qari Junior di TV3, sebelum waktu berbuka puasa.Seronok dan tumpang gembira tengok anak anak dididik begitu


5/28/13

Hantu @ Ulat Buku Big Bad Wolf!

BY humble.yat IN , , , 10 comments

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt.

Pilih jangan takk pilih
Kami suami isteri ni hantu buku, kalau ada pameran memang mencari masa untuk pergi membeli satu dua buah buku pun jadilah.Keluarga saya, pun, emak, adik-adik pun semua hantu buku.Sebab arwah abah dah didik kami dengan budaya sukakan buku ataupun budaya membaca

Ketika kami adik beradik pandai membaca, mesti arwah abah ada membawa buah tangan untuk anak-anaknya, buku!Tak kisahlah buku apa pun, janji dapat baca.Cuti sekolah pun berkubang dengan buku.Teringat pula koleksi buku-buku sirah nabi dan khalifah.

Jadi Big Bad Wolf Di SASICC Hotel Zenith, Kuantan yang berlangsung baru-baru ini, membuka peluang kami.Kami difahamkan banyak terbitan-terbitan antarabangsa.Ingatkan mahu mencari buku kraf ataupun motivasi.Tetapi tak berjumpa dengan pilihan hati saya.Suami pula mahu cari bahan untuk kajiannya.

Ok dah selesai beli buku.Nak balik dah..
Aina, kami bawa guna baby carrier, abinya yang kendong.Maklumlah tempat sesak.Senang nak menyelit dan bergerak bebas.Suka sangat baby carrier, tapi pastikan selepas satu jam, kena keluarkan balik untuk tujuan kesihatan anak-anak. Kemudian baru letak balik dalam baby carrier tu.

Akhirnya target cari buku pendidikan untuk Aina, nak beli buku aktiviti, tak sesuai lagi untuk umurnya kan, kalau tak mahu juga ambil 10 buah, sebab murah.Jadi cari buku Aina yang warna warni, tidak mudah terkoyak, yang penting isinya.Sebab perlu ditapis juga, ada isi kandungan yang berunsurkan bukan agama Islam , jadi tak sesuai kan?Memang kena hati-hati.

Tiga buah buku, semuanya berwarna warni tujuan untuk mencerdaskan minda.In sha Allah.Cukuplah tiga buah buku ni.:-) Yang lain, nak kumpul koleksi buku-buku yang lain pula macam Muqaddam bergambar. :-P

"Bacalah dengan nama Tuhan Mu yang menciptakan"


5/15/13

Buku S.M.I.L.E

BY humble.yat IN , 4 comments

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.


SMILE adalah untuk Skil-Motivasi -Inspirasi-Luar Biasa-Elegan adalah karya bersama Irma Hasmie dan Zamri Bin Mohamad.Alhamdulilah,dah  pun menghabiskan buku ni. Nasib baik tak tebal mana, bolehlah dalam sehari habiskan sambil melayan-layan keletah Aina.

Kandungan buku ini  merupakan kisah-kisah santai , inspirasi yang terpilih oleh Irma.Tajuk-tajuknya menarik.Dan saya juga teringat buku cerita yang selalu saya baca waktu di sekolah rendah yang berbentuk cerpen dan ada pengajaran di hujungnya






Buku ni sebenarnya adalah hadiah Naib Johan Pertandingan Bercerita Bahasa Arab adik saya yang bongsu ni.Tak sangka dia berminat nak masuk pertandingan di kolejnya (Kolej Islam Pahang).Semoga berjaya selalu.Untung-untung boleh jadi MPP nanti, dan akak akan doakan yang terbaik untuk Zudin.


Tengok tajuknya "Meraikan Jemaah Syurga" pun dah cukup menggambarkan visi buku ini, satu motivasi untuk memperbaiki diri .Ilustrasi Gambar Irma pegang buku tu pun dah cukup menarik minat untuk terus membaca buku ni.Bahasa buku mudah difahami dan sesuai untuk semua golongan.


Yang Istimewanya, buku ini ada Nota Irma (eh, macam Nota Naluri je,:-P).Nota ini adalah catatan, pengajaran darinya mengenai kisah yang diceritakan sebelum ini.Bukan itu sahaja ada pelan tindakan susulan dan contoh lagi.Maknanya tak adalah kita membaca sampai habis, kemudian hilang begitu sahaja, tetapi ia boleh dipraktikkan di dalam kehidupan seharian kita.

Ok.Siapa yang berminat boleh cari di kedai buku ye,Harga tak perasan la pula, sebab buku ini hadiah adik.

Nota Naluri:
Masih menyimpan angan-angan Mat Jenin untuk ada buku terbitan sendiri, tapi tak tahu genre apa..huhu..Zauji sarankan Motivasi Islam, Isu Hartanah...Tengoklah nanti..:-)

1/8/12

Optimistik Armageddon

BY humble.yat IN , 7 comments

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.


Baru baru ini saya membaca sebuah rencana dari akhbar tempatan, mengenai 2012, bencana alam yang diramalkan dan virus-virus penyakit yang dijangka berlaku sepanjang 2012. Saya juga gusar mendengarnya.Huhu.Tapi takkan nak terus takut kan.

Ada juga desas desus yang mengatakan kiamat akan berlaku dalam tahun ini.Tapi saya pasti buku Armageddon 2012 karya Muhammad Alexander ini ada jawapannya.


Walaupun saya baru membaca hanya lima bab yang pertama, buku ini memberi jawapan dan gambaran yang jelas.Tentang persoalan yang sentiasa berlegar di kepala saya.

Apa yang menarik perhatian saya, ada satu keratan hadis, (buku tu tak ada kat sini sekarang, ada di rumah mertua he2, tetapi nak kongsikan juga yek :-)) yang lebih kurang begini bunyinya, andai ada biji kurma di tangan kita, sedangkan kita tahu kiamat itu akan datang dalam masa yang  terdekat, tanam biji kurma itu dahulu.

Apa yang saya dapat ambnil di sini, walau apa pun yang terjadi, kita harus optimistik , terus berusaha dan jangan sia-siakan masa yang ada.

Sesungguhnya Allah sahaja yang tahu bila datang hari kiamat.Dan kita hanya perlu bersedia, bersiap siaga menghadapi segala soal jawab di Padang Masyhar kelak.

Persoalan yang penting di sini, kita tahu tentang tanda-tanda kiamat dan bencana akhir zaman, jadi seharusnya setiap pekerjaan kita lakukan hendaklah bersungguh-sungguh keranaNya, kerana itulah yang akan membantu amalan kita di "sana" nanti.Mudah-mudahan.Ameen!

Akhir kata , saya sarankan buku ini sebagai wajib milik . :-)


11/9/11

"Semangat" Versus Hlovate

BY humble.yat IN , 8 comments

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.
 
 Melalui minggu yang penuh konflik diri."Baikkah Aku?"
Saya sangat tersentuh dengan novel Hlovate Versus. Saya rasa saya perlu mengulanginya lagi untuk menghayati bait bait kata yang penuh motivasi untuk terus menjadi "baik".

Antara komentar rakan-rakan saya di sebuah nota Facebook, Epit dan blognya, Express Yourself 
(bagi peminat-peminat buku mungkin boleh ke blognya, banyak buku yang telah diulaskan :-)

14/07/2010

Siti Hajar :
Dah siap baca, tapi tak tahu nak start komen macamana..cuma bila sampai kat part Cerakah tu aku jadi macam tak keruan...aku rasa novel ni mengetuk pintu hati aku sendiri dan membuatkan aku tersentap sekejap dan bertanya aku ni 'baik' ke???

Siti Hajar:
hmmm..sama la aku pun.lepas baca novel ni..aku asyik fikir aku ni 'baik' ke..??tetiba aku rasa mcm dikejutkan dari mimpi indah yg panjang...

Yati:
totally agreed...saya ni "baik " ker..huhu
buku ni concept berubah 360..dan subjek "baik". kadang2 kita rasa dah cukup baik,tapi hakikatnya taklah "baik" pun...tapi ada jugak rasa sensitif isu jgak dalam ni..terlukanya menjadi rakyat malaysia yang tak cukup "baik" dalam mendidik generasi baru..betul la..anak2 akan terkeliru dengan konsep "baik" itu sendiri...

Epit:
memang novel ni boleh buat kita berubah 360 degrees..=) n plus buat kita fikir dan  merenung diri kita sedalamnya. kita terlalu berada dalam 'comfort zone' smpai dah 'larut' dlm persekitaran sekeliling...

Hati saya memang tersentuh pada bahagian Minn mengikuti kem di Bukit Cerakah.Mungkin pada fikirannya, dia sudah cukup baik, memakai pakaian yang longgar, memakai tudung yang litup.Tetapi ada satu kejutan baginya, apabila dia melihat sahabat-sahabat yang baru sahaja dikenali lebih baik.Definisi baik itu berubah 360 darjah.Itu yang dipanggil Versus iaitu Perubahan. 

Baik itu adalah perubahan yang sentiasa di"upgrade" dan bukan di takuk lama dan bukan di dalam "comfort zone".Pengaruh persekitaran sangat penting untuk kita terus berubah menjadi baik. Memang kadang-kadang kita mengaku kita kuat dan baik, tapi dalam masa yang sama kita perlukan sokongan.Sebab itu saya kata didikan, gaya hidup kita adalah faktor utama.

Contohnya, pengisian rohani seperti halaqah, usrah adalah pengaruh persekitaran yang paling utama.Di situ kita mempunyai matlamat yang sama, perkongsian yang sama, satu semangat yang sama.Dan kita tak mudah putus asa kerana kita ini manusia yang seringkali alpa, imannya turun dan naik, perlu sentiasa ada peringatan.

Tetapi andai putus asa, kita perlu cari semangat baru iaitu semangat "Versus".
Umpama ular yang berbisa tetapi sentiasa menyusur di bawar akar!
Never Ever Give Up!

Nota: 
Mode- Versus - Step By Step -Reschedule-

6/29/11

Bidadari dari Timur

BY humble.yat IN No comments


Memoir Isteri Seorang Pejuang

"Kiranya Siti Muthiah menyediakan makanan buat keluarga beserta rotan jika tidak enak rasanya, aku pula cuba-cuba belajar menjadi permaisurinya yang paling cekap"

"Dengan pengorbanan ini, moga layaklah nanti aku menjadi Asma', puteri Saidina Abu Bakar as-Siddiq.Menumpang kekuatannya setelah melihat anak lelakinya Abdullah Bin Zubair terpancang di tiang salib"

~Tuan Sabariah Tuan Ishak~

Mood: Tengah nak menghabiskan buku ini, "Bidadari Dari Timur", buku pinjam ni dari ...Uhuk tersedak pula orang tu kalau saya menyebut namanya, sebab dia ni "silent reader" saya.Hehe..Mesti dia tengah tersenyum kan?

Insha Allah akan cuba menghabiskan melalui masa yang terluang dan berazam untuk mengambil nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.



4/22/11

Racun Ku Minum Jadi Penawar?

BY humble.yat IN 1 comment


"Orang berinai berhitam kuku
Mandi dijirusi si air mawar
Kalau sampai hasrat hatiku
Racun ku minum jadi penawar"

Terjatuh hati pula saya dengar kata-kata Tun Teja ni.Seorang kawan  meletakkan status ini di FB.Setelah dikorek, katanya ada kisah tersirat di situ.Dan dia mahu saya membaca buku ini...:



"HIKAYAT HANG TUAH!"

Buku sejarah! Mata pasti  mengantuk kalau baca buku-buku jenis macam ni kan? Kalau ikutkan kawan saya tu, dia ada memberitahu babak tertentu mengenai kisah kata-kata Tun Teja ini. Tetapi buku yang dibacanya dalam jawi, dan yang saya ada adalah buku bertulisan rumi.Baca satu persatu,?Sah, tertidur dulu!Hmm..Baca secara "scanning"? Mengelat namanya tu.Tidak menghayati kisah sejarah.

Tidak mengapa, naluri saya tetap ingin tahu dan saya akan membaca buku tersebut.Jadi baca sama-sama yek, boleh kongsi, apa maksud kata-kata Tun Teja tadi.:)

Nota: Kawan saya seorang ini memang pakar sejarah, jika dengar dia bercerita, pasti episod salasilah keturunan watak-watak tidak ditinggalkan.Memang best!

2/18/11

Sempurnakan Solatmu Seperti Rasullulah S.A.W

BY humble.yat IN 4 comments

 Alhamdulilah, Misi Maulidur Rasul tahun ini, sempurnakan solatmu seperti Rasulullah s.a.w!Harap dapat habiskan baca buku ini.Mengandungi pendapat fuqaha yang agak terperinci daripada Ustaz Zaharuddin Abd Rahman.


Antara petikan-petikan yang menarik perhatian saya, " Inilah dia satu buku rahsia solat sempurna untuk pembacaan dewasa bagi menyemak tatacara solat mereka.Buku ini tidak membidaah ini dan itu."

Sambil itu, saya ingin berkongsi satu mesej dari seorang sahabat saya mengenai pentingnya mengenali solat, renung-renungkan.

"sekiranya kamu tidak mengenal 4 perkara: 
SHARIAT,TARIKAT,HAKIKAT & MAKRIFAT,
kamu tidak mengenal 4 rahsia:
RASA, KARSA, CAHAYA & JIWA
maka kamu tidak mengenal 4 huruf:
ALIF, LAM, LAM, HA
dan sekiranya kamu tidak mengenal empat huruf ini,
kamu tidak mengenal 1 zat iaitu WAJIBUL WUJUD.
Jadi sekiranya kamu tidak mengenal kesemuanya,
kamu sebenarnya tidak mengenal 13 perkara
iaitu 13 rukun dalam SOLAT"


Semoga kita semua dapat memperbaiki cara solat yang sempurna seperti RAsullulah s.aw. dan membawa sifat solat ke dalam peribadi harian kita sama ada dari segi pakaian dan sebagainya.

Kadang kadang kita sering mendengar perkara yang berulang-ulang, dan ianya di dalam pengetahuan kita, tapi dengarlah pesanan-pesanan yang baik itu seperti baru pertama kali mendengar supaya kita sama-sama teruja untuk melakukan ibadah sebagai hambaNya.


12/10/10

Dapat Hadiah Hari Lahir..:-)

BY humble.yat IN 9 comments

Seronoknya hari ni, ingat nak cari buku ni, tapi seorang kawan menawarkan buku ini sebagai hadiah hari lahir saya..siap poslaju ke pejabat lagi.Dahla baru balik dari sambung bicara, terubat rasa letih menyalin keterangan saksi-saksi bagi membantu rakan seperjuangan saya.

Tajuk buku, Nota Hati Seorang Lelaki karya Pahrol Mohd Juoi. Sebelum ini pun saya ada koleksi bukunya.Bolehlah menambah koleksi buku motivasi yang ada.


Inilah bukunya.Kalau sesiapa nak bagi hadiah buku kat saya, satu kampung saya tadahkan, sebab saya ini memang ulat buku.Tambah  lagi, buku yang boleh dijadikan panduan hidup.(Novel tak layan sangat ye..)


Dapat sahaja buku ni, terus cop nama.Oh, No. Kad pengenalan kena dihitamkan, takut disalahgunakan pula kan. Cop tarikh terima sekali. Sudah menjadi kebiasaan saya, apabila membeli buku, saya mesti nak tulis nama dan tarikh beli supaya saya dapat tahu "usia" buku tu.(Ikut habit arwah ayah sekali agaknya).


Sahabat saya yang hadiahkan buku..Gambar ini diambil dalam perjalanan ke Ipoh, Perak bagi menghadiri Walimatul Urus sahabat baik saya juga.;)

Terima kasih banyak-banyak ya Fuza!:-)Seronok sangat...

Buat renungan bersama ya;

Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud: 
" Sesiapa yang suka dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya, maka hendaklah dia menghubungkan silaturahim."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

10/3/10

Jatuh Hati Pada Solusi

BY humble.yat IN 6 comments


Mula mengenali majalah ini melalui edisi 8, di mana illustrasi muka hadapan membuat hati saya tersentuh di mana kematian itu datang tiba-tiba. Saya dapati majalah ini mempunyai barisan kolumnis yang hebat-hebat dan bertauliah.Apatah lagi setiap isu dihuraikan dengan berbagai perspektif disokong oleh sumber-sumber Al-Quran dan Hadis. Itu yang membuatkan saya masih setia dengan majalah ini berbanding majalah lain yang kandungan hanya "copy paste" dan mungkin tanpa sedar, ianya hanya cetakan ulangan sahaja yang membuatkan saya tawar hati untuk melanggan majalah tersebut.

Sehingga kini, saya masih tidak sabar menunggu edisi solusi yang terkini.

Nota: Mengharapkan barisan kolumnis Solusi akan terus menggarap karya Islam sebagai wadah dakwah tanpa jemu



8/25/10

Anganku Cemerlang

BY humble.yat IN No comments


Nak tau apa rahsia saya selalu positif?Hayatilah hasil karya DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj, "Membina Imaginasi Cemerlang".

Sejujurnya, saya berubah menjadi positif, menjadikan angan-angan bukan sekadar Mat Jenin bahkan membuatkan angan-angan saya cemerlang dan jauh ke hadapan . Percaya atau tidak, buku inilah yang menjadi titik tolak perubahan "mind- setting" saya. Saya menjadi lebih percaya kepada keupayaan sendiri, lebih bermotivasi, dan bahagian yang paling penting, saya LEBIH POSITIF dan lebih menghargai akal yang Allah kurniakan dengan sebaik mungkin.

Bagi sesiapa yang sentiasa berfikiran negatif, hayatilah buku ini dan anda akan tahu apakah impaknya. Teruskan pembacaan walaupun ada terma-terma sains yang kita tidak fahami kerana itulah bahagian yang paling penting untuk mengenali keupayaan akal kita. Pada mulanya saya kurang berminat dan berkira-kira mahu "skip" mukasurat tersebut, tapi saya teruskan pembacaan kerana bahagian tersebut merupakan klimaks untuk mengenali akal kita yang tidak dimanfaatkan sebaiknya.

Kini, saya cuba memaksimumkan penggunaan minda dengan lebih cemerlang untuk mencapai impian saya.

SELAMAT MEMBACA BAGI YANG INGINKAN PERUBAHAN POSITIF!!