Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.
SMILE adalah untuk Skil-Motivasi -Inspirasi-Luar Biasa-Elegan adalah karya bersama Irma Hasmie dan Zamri Bin Mohamad.Alhamdulilah,dah pun menghabiskan buku ni. Nasib baik tak tebal mana, bolehlah dalam sehari habiskan sambil melayan-layan keletah Aina.
Kandungan buku ini merupakan kisah-kisah santai , inspirasi yang terpilih oleh Irma.Tajuk-tajuknya menarik.Dan saya juga teringat buku cerita yang selalu saya baca waktu di sekolah rendah yang berbentuk cerpen dan ada pengajaran di hujungnya
Buku ni sebenarnya adalah hadiah Naib Johan Pertandingan Bercerita Bahasa Arab adik saya yang bongsu ni.Tak sangka dia berminat nak masuk pertandingan di kolejnya (Kolej Islam Pahang).Semoga berjaya selalu.Untung-untung boleh jadi MPP nanti, dan akak akan doakan yang terbaik untuk Zudin.
Tengok tajuknya "Meraikan Jemaah Syurga" pun dah cukup menggambarkan visi buku ini, satu motivasi untuk memperbaiki diri .Ilustrasi Gambar Irma pegang buku tu pun dah cukup menarik minat untuk terus membaca buku ni.Bahasa buku mudah difahami dan sesuai untuk semua golongan.
Yang Istimewanya, buku ini ada Nota Irma (eh, macam Nota Naluri je,:-P).Nota ini adalah catatan, pengajaran darinya mengenai kisah yang diceritakan sebelum ini.Bukan itu sahaja ada pelan tindakan susulan dan contoh lagi.Maknanya tak adalah kita membaca sampai habis, kemudian hilang begitu sahaja, tetapi ia boleh dipraktikkan di dalam kehidupan seharian kita.
Ok.Siapa yang berminat boleh cari di kedai buku ye,Harga tak perasan la pula, sebab buku ini hadiah adik.
Nota Naluri:
Masih menyimpan angan-angan Mat Jenin untuk ada buku terbitan sendiri, tapi tak tahu genre apa..huhu..Zauji sarankan Motivasi Islam, Isu Hartanah...Tengoklah nanti..:-)
4 inspirasi naluri :-):
buku ni memang bagus..siap ajar kita mencapai matlamat dlm bentuk tangga kejayaan lagi.hehehe
eh nanti kalau yati dah terbit buku sendiri jangan lupa bagi saya baca..=)
epit mesti bayak dah baca..haha lama tak review buku yang dah baca..
hehe tu sekadar angan-angan mat jenin je..tak tahulah bila tercapai..hehe :-P
Salam...
Akak dah lama cari buku ni...bestnya yati dah baca...akak doakan smg impian yati utk terbitkan buku sendiri akan tercapai...amin...
kak za:
waalaikumussalam...malu saya hoho
ye ke..hehe nanti akak bc la yek..
semoga k za pun menjadi penulis skrip yang berjaya jugak..klu ada drama lagi bgtau yek..nak dengar!:-)
Post a Comment