5/14/13

Ujian Tanda Kesyukuran

BY humble.yat IN , No comments

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.


Panasnya demam itu umpama bahang api neraka yang paling kecil.Sebab itu penawarnya air.Kiasnya umpama air itu memadamkan bahang api tersebut.Dan sebab itulah sakit itu menggugurkan dosa.Tetapi ini hanyalah satu  perumpamaan untuk memahami konsep sakit itu penghapus dosa.Wallahualam

Hikmah berpuasa itu sendiri pula untuk merehatkan proses penghadaman yang selam ini telah berkerja keras untuk sistem tubuh badan.Dalam setahun ada dua belas bulan, didatangkan Ramadhan pula hanya sebulan untuk berpuasa, Rejab dan Syaaban juga sebagai training untuk menuju ke Ramadhan, begitu puasa sunat pada hari Isnin dan Khamis.Rahmat Allah swt, tidak terhitung dan terbalas oleh kita.

Bukan itu sahaja, sekecil-kecil ujian macam jari tersepit (eh?), juga satu peringatan.Sebab saya teringat kan pada anakguam yang jarinya tidak cukup lima ketika menandatangani perjanjian, ada juga tangan yang langsung tidak boleh bergerak, hanya mampu letak cop ibu jari sahaja.Ralit juga saya pandang..Insaf! dan syukur kerana masih mempunyai tangan yang cukup sempurna sifatnya.Tetapi, walaupun mereka ini tidak sempurna tetapi tetap menjadi orang yang berjaya.


Maka, bersabarlah atas setiap ujian yang menimpa, usah mengeluh, bahkan bersyukur Allah turunkan ujian itu sebagai tanda kasih buat hambaNya, supaya meletakkan rasa kesyukuran di dalam hati, meletakkan rasa keazaman di dalam hati untuk menjadi hambaNya yang lebih baik.

Nota Naluri:
Mahu mencari buku koleksi Langit Ilahi jika berkesempatan. Mari Menjadi Hamba.Sebagai Pemangkin Motivasi Diri.

0 inspirasi naluri :-):