Showing posts with label ISU SEMASA. Show all posts
Showing posts with label ISU SEMASA. Show all posts

12/20/17

Update : Penyelesaian Pinjaman PTPTN

BY humble.yat IN , 1 comment

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.

Nampaknya entri Notis Tuntutan PTPTN ni memang memang mendapat sambutan hangat di blog ni, sehinggakan ada yang emel personal.Saya faham, bukan semua graduan akan dapat kerja terus lepas grad. Tapi jangan pula kita memilih kerja yang sesuai dengan kelayakan kita.Sebab Ilmu itu sangat luas. Pendidikan formal yang kita dapat ini merupakan panduan dalam hidup kita.

Yang paling mencabar untuk para graduan, sekarang mereka perlu mencipta pekerjaan sendiri menerusi skill yang ada dan terus "survive" . Sekarang kan kita pun dah nampak bisnes dan perkhidmatan tumbuh macam cendawan dengan pelbagai brand.Saya juga tumpang gembira dan bangga dengan pencapaian usahawan -usahawan yang ada,Tahniah Tahniah dan Jutaan Tahniah dari saya. 

Prosedur PTPTN dan Mahkamah sekarang sudah jauh berbeza ye. Kalau dah ada saman, kemudian tak hadir ke mahkamah dan tidak ada usaha untuk buat penyelesaian dengan PTPTN, automatik pada hari sebutan tu, Penghakiman Ingkar akan dimasukkan untuk seluruh jumlah keseluruhan pinjaman beserta kos guaman. Kos dah bertambah sebab ada kos guaman yang perlu ditanggung.Syarat ini telah disebutkan didalam Notis Tuntutan dan Writ Saman tersebut.Jadi tak yah lah nak gaduh-gaduh kenapa kena bayar kos lebih.Sebab itu hakikat sebenar bila kita kena saman untuk tuntutan hutang. Kan dah rugi kat situ?

Makanya, kalau ada pinjaman PTPTN yang belum diselesaikan , berhubunglah  dengan segera dengan pihak PTPTN, sudah ada banyak dah kaedah penyelesaian pembayaran tunggakan PTPTN.

Eh, syarat nak buat pinjaman bank sekarang juga tertakluk kepada pembayaran PTPTN ye.Kalau ada tunggakan PTPTN, memang tak lepas nak buat loan bank.

Boleh cek di sini untuk berita terkini di PTPTN . mudah untuk tahu prosedur terkini dan promosi jika ada.Contoh promosi yang ada sekarang..


Cabutan Bertuah PTPTN 
Maksudnya kita pun kena selalu mencari  peluang bagi mengurangkan pembayaran semula dari PTPTN. Kita juga yang dapat penjimatan kan?

Pertama- Pengeluaran duit KWSP

Pergi ke EPF dan isi borang EPF. Buat keputusan tentang jumlah penyelesaian yang ada. Boleh juga buat permohonan online di website KWSP.Sekarang semuanya mudah kan.Tapi sebelum tu sila semak penyata KWSP dulu kemudian buat keputusan sama ada;

  • Nak selesaikan bayaran tunggakan sahaja dan teruskan bayaran bulanan seperti biasa secara konsisten.
  • Nak selesaikan bayaran tunggakan sahaja dan resechedule jadual bayaran bulanan yang telah diperbaharui
  • Selesaikan kesemua jumlah keseluruhan pinjaman PTPTN dan bebas hutang.

Pembayaran melalui KWSP akan terus dibayar kepada PTPTN ye.Tapi bagi yang membuat penyelesaian bayaran tunggakan , sila semak penyata kembali kerana ada kemungkinan ada lagi jumlah tertunggak tambahan.Jadi yang terbaik, ketika membuat dan menentukan jumlah bayaran tunggakan lebihkan bayaran untuk satu bulan ke hadapan melainkan anda sedia untuk membayar .Kalau tak alert kat sini, mungkin pinjaman PTPTN itu akan masih ada baki tertunggak dan ianya akan berulang kembali.Kita juga yang pening kan?

Link- Antara Jenis Pengeluaran KWSP yang dibenarkan
Boleh explore ye di link yang disediakan.Hanya ikut sahaja langkah yang KWSP sediakan.

Kedua- Gigih dan Disiplin di Dalam Mengasingkan Simpanan Semasa 

Bahagian yang ini memang kena kuatkan hati, tahan diri dari menghabiskan duit gaji dari tujuan yang bukan-bukan seperti hiburan, shopping benda yang tak perlu pun.

Tips Shopping dari saya- Fikir dahulu barang yang hendak dibeli itu keperluan atau kehendak.Utamakan barang keperluan dahulu berbanding kehendak.

Perbelanjaan yang matang adalah pandai membezakan keperluan dan kehendak, dan bukannya atas barang branded sahaja.

Dah beli barang, sila pakai dan gunakan sehabis maksimum,Jangan tambah keperluan dan survive dengan barang yang ada.Kena kuat hati sikit ye.Pejam je mata dari nak buat koleksi handbag ke, kasut ke, alat makeup ke, aksesori kereta ke.Please..please..

Ketiga- Tips dari SocMed yang ada

Sekarang dah banyak yang kongsikan kejayaan mereka menyelesaikan PTPTN dengan cepat .Boleh baca dan ambil insiprasi dan gunakan tips mereka.Maklumat kan dihujung jari sekarang.Lebih mudah untuk mengakses maklumat. Sama ada teori dan tips mereka adalah praktikal atau tidak sahaja untuk digunakan dalam situasi kita.

Itu sahaja tips dari saya setakat ini

Semoga bermanfaat ye.

9/14/15

Pray For Mekah : Al Fatihah

BY humble.yat IN , No comments

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.




Al-fatihah....

Rasulullah SAW bersabda:
الشُّهَدَاءُ خَمْسَةٌ: الْمَطْعُوْنُ وَالْمَبْطُوْنُ وَالْغَرِقُ وَصاَحِبُ الْهَدْمِ وَالشَّهِيْدُ فِي سَبِيْلِ اللهِ
“Syuhada itu ada lima, yaitu orang yang meninggal kerana penyakit ta’un, orang yang meninggal kerana penyakit perut, orang yang mati tenggelam, orang yang meninggal kerana tertimpa runtuhan, dan orang yang gugur di jalan Allah.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim dari hadits Abu Hurairah).


HIKMAH DISEBALIK RUNTUHAN KREN TERTIMPA JEMAAH HAJI
Ada beberapa keutamaan Jemaah Haji yang menjadi korban tertimpa crane di Masjidil Haram. Dan hanya Allah yang lebih Maha Mengetahui hikmah dalam masalah ini.Wallahu a'lam. Diantaranya :
1. Meninggal di hari yang mulia, yaitu Jumaat.
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : « مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَمُوتُ يَوْمَ الْجُمُعَةِ أَوْ لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ إِلَّا وَقَاهُ اللَّهُ فِتْنَةَ الْقَبْرِ 
Ertinya: "Dari Abdullah bin ‘Amr radhiyallahu anhuma, ia berkata: Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: “Tidaklah seorang muslim meninggal dunia pada hari Jumat atau pada malam Jumat melainkan Allah akan melindunginya dari fitnah (pertanyaan) kubur.” (HR. At-Tirmidzi, Ahmad, Humaid, Abu Ya'la, dan Al-Baihaqi).
2. Meninggal kerana tertimpa runtuhan.
Rasulullah SAW bersabda:
الشُّهَدَاءُ خَمْسَةٌ: الْمَطْعُوْنُ وَالْمَبْطُوْنُ وَالْغَرِقُ وَصاَحِبُ الْهَدْمِ وَالشَّهِيْدُ فِي سَبِيْلِ اللهِ
“Syuhada itu ada lima, yaitu orang yang meninggal kerana penyakit ta’un, orang yang meninggal kerana penyakit perut, orang yang mati tenggelam, orang yang meninggal kerana tertimpa runtuhan, dan orang yang gugur di jalan Allah.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim dari hadits Abu Hurairah).
3. Meninggal di jalan Allah, yaitu sedang atau akan beribadah haji.
Dari Abu Hurairah R.A - Rasulullah SAW bersabda:
مَا تَعُدُّوْنَ الشَّهِيْدَ فِيْكُمْ؟ قَالُوْا: يَا رَسُوْلَ اللهِ، مَنْ قُتِلَ فِي سَبِيْلِ اللهِ فَهُوَ شَهِيْدٌ. قَالَ: إِنَّ شُهَدَاءَ أُمَّتِي إِذًا لَقَلِيْلٌ. قَالُوْا: فَمَنْ هُمْ يَا رَسُوْلَ اللهِ؟ قَالَ: مَنْ قُتِلَ فِي سَبِيْلِ اللهِ فَهُوَ شَهِيْدٌ, وَمَنْ مَاتَ فِي سَبِيْلِ اللهِ فَهُوَ شَهِيْدٌ، وَمَنْ مَاتَ فيِ الطَّاعُوْنَ فَهُوَ شَهِيْدٌ، وَمَنْ مَاتَ فِي الْبَطْنِ فَهُوَ شَهِيْدٌ، وَالْغَرِيْقُ شَهِيْدٌ
“Siapa yang terhitung syahid menurut anggapan kalian?” Mereka menjawab, “Wahai Rasulullah, siapa yang terbunuh di jalan Allah maka ia syahid.” Beliau menanggapi, “Kalau begitu, syuhada dari kalangan umatku hanya sedikit.” “Bila demikian, siapakah mereka yang dikatakan mati syahid, wahai Rasulullah?” tanya para sahabat. Beliau menjawab, “Siapa yang terbunuh di jalan Allah maka ia syahid, siapa yang meninggal di jalan Allah maka ia syahid, siapa yang meninggal karena penyakit tha’un2 maka ia syahid, siapa yang meninggal karena penyakit perut maka ia syahid, dan siapa yang tenggelam ia syahid.” (HR. Muslim)
4. Meninggal ketika sedang beramal solih.
Hudzaifah r.a. menyampaikan sabda Rasulullah SAW:
مَنْ قَالَ: لاَ إِلهَ إِلاَّ الله ابْتِغَاءَ وَجْهِ اللهِ خُتِمَ لَهُ بِهَا دَخَلَ الْجَنَّةَ. وَمَنْ صَامَ يَوْمًا ابْتِغَاءَ وَجْهِ اللهِ خُتِمَ لَهُ بِهَا دَخَلَ الْجَنَّةَ. وَمَنْ تَصَدَّقَ بِصَدَقَةٍ ابْتِغَاءَ وَجْهِ اللهِ خُتِمَ لَهُ بِهَا دَخَلَ الْجَنَّةَ
“Siapa yang mengucapkan La ilaaha illallah karena mengharapkan wajah Allah yang ia menutup hidupnya dengan amal tersebut maka ia masuk surga. Siapa yang berpuasa sehari karena mengharapkan wajah Allah yang ia menutup hidupnya dengan amal tersebut maka ia masuk surga. Siapa yang bersedekah dengan satu sedekah karena mengharapkan wajah Allah yang ia menutup hidupnya dengan amal tersebut maka ia masuk syurga.” (HR. Ahmad, sanadnya sahih).
Semoga Allah menerima amalan para korban jatuhnya crane di Masjidil Haram dan menjadikan mereka sbg para syuhada.
Innalillah wa inna ilaihi rooji'uun.. Taqobbalahumullah minas syuhadaa..
Innalillah Wa inna laihi Rooji'un

AL FATIHAH...

(Al-Habib Idrus Bin Abdullah al-Jufri)
Sumber: Media Sosial 
Dikongsikan bersama sebagai perkongsian syurga

12/6/13

Kuantan : Banjir 2013

BY humble.yat IN , No comments

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.


Ya, saya orang Kuantan.Mangsa banjir?Alhamdulillah, rumah keluarga saya terletak di lokasi yang di tengah-tengah walaupun berhampiran Sg Galing.Hanya nampak Sg Galing yang melimpah ruah hampir ke jalan raya ketika saya balik dari pejabat setelah menyelamatkan kereta, dengan kain baju yang lenjun meredah banjir kilat di pejabat kami di Malay Town.

Tetapi, pada masa yang sama, rumah keluarga mertua saya dan sepupu saya di Permatang Badak dinaiki air paras atas lutut hingga ke paha (kalau saya yang redah paras pinggang lah jawabnya)

Keadaan 3 Dec 2013 ( kebetulan hari lahir saya) memang huru hara, jalan 4 line di bandar tenggelam.Jalan ke Mahkamah yang berhadapan Terminal Sentral pun terputus.Mahkamah pun dah jadi air terjun.Lagi teruk dari banjir 2001.

Tahun lepas, 2012, hanya banjir kilat yang berlaku di sekitar Bandar Kuantan setelah semalaman Ada saya cerita di entri ini. Tahun ini, lebih kurang begitu, tapi airnya cepat surut.Mungkin sebelum ini, petugas-petugas dah berhempas pulas cuci longkang dan sebagainya.

Namapk kan air menderu dari stadium ke kawasan Malay Town?

Apa yang saya perhatikan, tahun ini kawasan Permatang Badak, Bukit Rangin dan satu kawasannya memang terjejas teruk.Bayangkan pada hari kejadian, zauji yang bersiap sedia di rumah keluarga di Permatang Badak, dalam pukul 4 pagi sudah kedengaran suara orangmengaji, tanda amaran bagi penduduk setempat.Pukul 5, saya dapat mesej dari zauji, bahwaa, air dah masuk paras buku lali.Dan seterusnya, sampai ke paras paha dan bawah pinggang.Allah Rabbi...

Pada malam yang sama juga kira-kira satu pagi, bekalan elektrik terputus sehingga keesokan tengaharinya. Memang terputus hubungan dengan dunia luar, tengok berita pun tak boleh, hanya boleh dengar radio di kereta.Itupun nasib baik dah isi minyak penuh-penuh sebleum kejadian, dah keluar duit siap-siap.Telefon?masing-masing bertahan dengan bateri yang ada.

Mencari makanan di pasaraya, tetapi kebanyakkannya tutup,akibat terputus bekalan elektrik. Cuba mencari kedai runcit yang tak guna cashier, maksudnya boleh tunai tanpa resit, Tetpi, nasib baik ada pasar basah di Tanjung Api.Kami cari lilin, makanan yang boleh bertahan sementara bekalan elektrik belum ada.Roti, tak yah cakap, semua rak dah kosong. Semalam pun saya beli roti ambil dari lori, tak menyempat-nyempat langsung.Hoho. Line telefon, dah macam tenggelam timbul dalam air.Wah Darurat betullah.


Keluar bandar pun, dah terasa filem orang putih dah, Trafik light tak berfungsi, dengan helikopter, dengan ambulans mencari laluan, lori besar bersimpang siur.Ada kemalangan pula.Kira drive redah berani je.lesen pulamati pada hari semalam.Nak renew, semua sistem tak berjalan lagi.

Sekarang ni, ada satu kereta adik dah tersadai di air banjir kawasan Tanjung Lumpur, dah kena towing .Harap semuanya ok.Jangan lah kos yang tinggi pula dikenakan.Huhu.

Sepupu saya kata, peti ais, mesin basuh kat rumah dia semua tumbang, siap ada dua ekor anak ular dalam rumah.Rumah family in law pun macam tu.Almari banyak kembang.Kerusi set makan tak boleh pakai dah. dan sampai sekarang bekalan eletrik masih tidak ada lagi, Line telefon masih tenggelam timbul.

Masjid Sg Isap, terletak di kawasan tinggi, selamat dilindungi Allah swt
Dan tahu tak penempatan tempat ayah, emak mertua, adik ipar dan zauji duduk tu, SMK Sg Isap, tidak menerima bantuan langsung.Melainkan, mereka menggunakan duit sendiri untuk membeli keperluan makanan yang dikirim melalui sesama mereka?sedih saya dengar.Dua hari pula tu tersadai di sana....

Ujian dari Allah.Semoga semuanya tabah,Yang penting semuanya selamat, barang dan wang boleh di cari, nyawa tak boleh diganti.

Nota Naluri:
Sebaris dengan Bukit Rangin terdapat banyak projek perumahan yang terlibat dengan banjir.Bagaimana cara menyelesaikannya?

11/11/13

Hanya Sekelip Mata...

BY humble.yat IN 2 comments

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Sebelum ini kita dikejutkan tentang Pegawai Operasi Bank ditembak, kemudian, pada hari semalam 10/11/2013, negara dikejutkan lagi dengan kes Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa JAIP Ahmad Rafli Abdul Malekditembak di rumahnya.

Terasa satu kehilangan besar bagi saya sebagai rakyat Pahang khususnya,

Credit
Takziah dan Al fatihah buat ahli keluarga dan waris-waris.
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Isu keselamatan, keamanan, perundangan dibangkitkan."Perbicaraan di media" hangat.
Isu menjaga kepentingan diri sendiri di kawasan kejiranan juga timbul, bimbang menjadi mangsa keadaan.

Belum lagi dengan kes ugutan.

Cuma tips dari saya, jika ada terima ugutan dari mana-mana pihak, sila buat laporan polis untuk keselamatan sesama kita.

Semoga kita sama-sama tingkatkan penggantungan diri kepada Allah swt.

Wallahualam.

6/26/13

Jerebu, Asap & Ramadhan

BY humble.yat IN , 2 comments

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.

Jerebu.Salah satu ujian dari Allah.
Asap yang menyelubungi bumi selama 40 hari.Merupakan satu tanda-tanda kiamat.
Ini adalah satu latihan untuk kita.Supaya mempersiapkan diri di akhir zaman.

Teringat Buku Armageddon 2012 , Isu Asap yang menyelubungi adalah yang paling panjang.Ada pelbagai perbahasan.Kesannya kepada orang yang beriman.Kesannya kepada orang yang kufur adalah berbeza.Sebab kita ada Ramadhan, satu latihan berpuasa sebagai pertahanan sistem badan menahan "asap". Maka bersyukurlah , Ramadhan yang datang setahun sekali itu penuh rahmat buat mereka yang beriman.

Terfikir, dalam perkara ibadah  ini,kita perlu pentingkan diri sendiri.Tinggalkan hal dunia sebentar.Fokus pada Yang Maha Esa.

[kredit]
Tetapi bab tinggalkan dunia itulah yang sukar.Ada berlaku tidak khusyuk dalam solat.Teringat-ingat hal yang tidak selesai .Tetapi hanya satu yang saya ingat, yang  selalu saya pesankan dan titipkan buat peserta kem ibadah satu ketika dahulu (sewaktu aktif menjadi fasilitator dan kadangkala peserta) . Pandang sejadah dan FOKUS dan terus khusyuk.Gelapkan tentang dunia sebentar.

Sungguh ilmu FOKUS ini penting. Bukan dalam hal solat, bukan dalam hal kerja.Tetapi dalam segala-galanya.

Nota Naluri:
Teringat Survival Camp- sujud di atas tanah yang berair, tidur dalam khemah yang berair akibat hujan lebat yang datang tiba-tiba.

6/24/13

Syiah : Tolong Delete Gambar Anda di Media Sosial.

BY humble.yat IN , 1 comment

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Sekarang ni isu Syiah menjadi topik panas, walaupun ianya sudah lama muncul sebelum ini.Tetapi di dalam kekalutan dan kesedaran kita menangani isu Syiah ini, dan sumber yang paling laju adalah di medan sosial, Facebook, ada sesuatu terjadi yang melibatkan kawan saya sendiri yang mana gambar beliau yang bertudung labuh digunakan oleh satu akaun (dipercayai penyebar fahaman syiah-wallahualam) berdasarkan statusnya.

Saya terkejut melihat page tersebut, bila zauji kata, "Tengok ni, Student UIA pun syiah..".

Apalagi, saya pun siasat latar belakang faker tadi (dikenali sebagai Farah Al Zahra), dan membandingkan dengan facebook sahabat saya, yang sama-sama belajar Shariah di UIAM.

Confirm! Orang tu guna profil gambar sahabat saya!Ya Allah! berdebar rasa hati.Zauji yang beristirehat pun saya ganggu kerana terkejut dengan penyebaran itu.

Terus saya hubungi kawan-kawan satu batch yang online, Dinie, Sakinah dan Dilla ketika itu untuk pengesahan dan sokongan.Kalau saya seorang sahaja yang lihat, tentu buktinya tak kuat.Ok semuanya mengesahkan itu sahabat kami.Dalam masa yang sama kami hubungi sahabat kami (secara fakta- dia tak aktif facebook pun, dan sudah lama kami tidak menghubungi beliau)Tapi kami yakin dia bukan fahaman syiah.

Dalam masa yang sama saya cuba buat screenshot tentang "faker" tersebut, tetapi gagal.Allahuakbar!

Ada juga antara kawan-kawan saya cuba berbual dengan faker tersebut dengan menanyakan sahabat kami , dia mengaku dia sahabat kami tetapi diam bila bertanyakan tentang sahabat-sahabat kami yang lain.

Tidak lama selepas itu,tiba-tiba faker tersebut dah tukar gambar profil kepada gambar wanita berpurdah -kartun.Dan sekarang saya tak dapat jejak langsung akaun faker tersebut.

Ringkasnya, saya sudah berhubung dengan orang yang sharekan gambar tadi, membuat pengesahan dengannya supaya perkara ini tidak berlanjutan.Alhamdulilah case closed selepas Asar semalam.

KESIMPULAN.
Walaupun kita upload gambar yang sopan di laman sosial, ianya tetap akan dipergunakan oleh orang yang tidak bertanggungjawab, maka akan berlaku fitnah dan salah faham di kalangan kita.

Sikap peka itu perlu bila ia melibatkan sahabat kita, jangan diam, bertindak ikut kemampuan.

Saya sendiri terkesan dengan peristiwa ini, maka dengan rasminya saya akan delete segala gambar saya di laman sosial.

Semoga kawan-kawan semua juga mengambil inisiatif juga demi menjaga imej Islam.

Nota Naluri:
Sebelum zauji pergi kerja, dengan muka serius, katanya "Hari ni kalau boleh delete semua gambar-gambar kita kat facebook.Walaupun yang telah diprivatekan...Bimbang suatu hari akan terkena pada kita pula...".

5/9/13

Lima Tahun Sekali #Bahang PRU13

BY humble.yat IN , No comments

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Undi Dun Teruntum, Parlimen Kuantan
 Sekadar catatan kenangan  #PRU13.Lima tahun sekali kan.Beratur panjang juga di pusat mengundi.Rasanya sebelum ini, tak adalah seramai tu, dalam 30 minit saya dah balik ke rumah.Tapi kali ini, saluran di tingkat 3, saya beratur di tingkat satu!Pengajarannya, bawa bekal air dan kipas tangan supaya lebih selesa.Sakit pinggang berdiri lama-lama

Kecil-kecil dahulu selalu berangan nak jadi ahli Parlimen, sebab uniform dia menarik dan smart di dalam Parlimen.Apatah lagi lantang menyuarakan hak rakyat.

Debaran penuh debaran.Terasa satu hari yang cukup panjang menunggu "the new Malaysia".

Sana-sini bincang PRU 13.Bak kata Barack Hussein Obama, PRU13 adalah "the most competitve election..".Apa-apapun, perjuangan kita baru bermula.In sha Allah, Dia akan menolong seluruh hambaNya, cuma kita diuji sedikit dugaan demi dugaan.Jadi, kawal emosi kita dan pandang ke hadapan dan teruskan kerja keras kita sebagai rakyat Malaysia dan umat Islam.

Wah! saya pun pening melihat update terkini dari media alternatif, tetapi terpulang kepada fikrah kita untuk menjustifikasikan segala isu dan pendapat.

Apa-Apa pun selamat bertugas buat semua ADUN dan Ahli Parlimen.
Selamat Berkhidmat untuk Rakyat!
Ini Kalilah!
 
Pemimpin Yang Baik

[kredit]

"Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat "Sesunggunhnya aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi"
2:30

Nota Naluri: 
Yakin apa yang berlaku ada hikmahnya. Ini adalah satu signal rakyat buat pemimpin. 
 

6/7/12

Jangan Jemu Berjuang Adikku...

BY humble.yat IN , No comments

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.


Sejurus pulang dari kerja semalam, ada surat tawaran dari sebuah kolej swasta untuk adik bongsu saya.Tergelakbesar bila saya baca bahagian ini;

Tahniah !Anda ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran. Kursus : Diploma/Ijazah Pilihan sendiri.
 
Pilihan sendiri? Wah mudahnya, kalau saya dapat mesti saya nak kursus perubatan hehe...Cita-cita yang terpendam tu...:-P

Berkongsi cerita dengan ibunda tercinta, Katanya, "Lain kali tulis macam ni: Kalau ada duit banyak, pilihlah course mana yang nak..banyak-banyak pun tak pe,," Haha...emak, emak...Macam-macam, betul jugak katanya.Zaman sekarang memang banyak guna duit.
Sumber: Google

Bayangkan sistem penggunaaan buku teks nanti akan digantikan dengan penggunaan  Ipad. Bak kata suami saya, pendidikan sekarang kembali zaman mak ayah kita dulu-dulu, orang yang berduit sahaja mampu menyekolahkan anak mereka nanti pada zaman Ipad.

Kos pengajian di kolej swasta memang agak tinggi berbanding IPTA sehingga ada yang berhenti separuh jalan, ada juga yang menggadaikan tanah di kampung,ada jugak keluarga yang mengikat perut semata-mata mahukan anak mereka melanjutkan pengajian.

Tetapi, lebih malang, jika anak itu tidak menghargai pengorbanan mereka.Malah membelanjakan duit secara boros, yang mereka tahu, bila poket kosong,mahukan duit belanja dari kampung.Adik-adik, belajar berjimat dan belajar menghargai mereka yang banyak berkorban untuk kamu terus melanjutkan pelajaran ok?

Buat adik-adik yang kurang bernasib baik, jangan jadikan alasan "tak dapat universiti dan kursus idaman" itu sebagai penghalang.Jujurnya, Ada banyak alternatif pendidikan yang lain, tapi harus bijak memilih.Mohon pandangan keluarga sekali, jangan ikutkan hati dan kawan-kawan.Ini soal masa depan kamu.:-)

 

10/19/11

Tempias Tragis Kemalangan Kanak Kanak di China

BY humble.yat IN , 10 comments

Bismillahirahmanirahim..
Assalamualaikum wbt.


Satu dunia sudah maklum mengenai tragedi kanak-kanak yang ditimpa kemalangan dan dibiarkan oleh 18 orang yang lalu lalang di situ.Cukuplah, saya juga tak sanggup nak letakkan di video itu di sini.Sayu .Saya  sendiri masih teringat bagaimana langkah-langkah terakhir seorang budak kecil sebelum kejadian.Gaya langkahnya cukup menunjukkan dia terlalu kecil, masih mencari arah tuju.

Kalau orang lain tak sanggup tengok video itu, ibunda saya pula dengan mendengar ceritanya pun tidak sanggup.Jangan diulang kisah itu didepannya. ditutup telinganya daripada mendengar cerita yang masih panas dan dihujani simpati dunia.

Saya juga menerima traumanya.Malam tadi ketika saya memandu ke rumah sepupu saya atas urusan tetentu, bilamana melihat seseorang yang melintas jalan tanpa menggunakan jejantas, mahu saja menekan brek.Padahal mereka yang mahu menyeberang itu masih jauh dari kereta saya.Terketar lutut sehingga sampai ke rumah sepupu saya kerana saya juga tak mahu menjadi cuai.

Tak cukup dengan itu, saya dan ibunda tercinta nampak kelibat wanita bertelekung putih hingga ke paras kaki.Menjerit serentak kami di situ.Di tengah jalan yang sangat sesak.

Oh!orang baru balik sembahyang .Tapi makcik itu duduk di pembahagi jalan (besi "divider" jalan).Mahu tak berderau jantung dan bertambah terketar lutut saya.T.T.Saya kagumi makcik itu, bersungguh-sungguh ke masjid dan sangggup menyeberang jalan yang sesak, tetapi keselamatan harus dijaga ye makcik.Jatuh jantung saya nanti.huhu..

Nota Naluri:
Prihatin terhadap diri sendiri dan keadaan sekeliling sangat penting,Tapi bukan jadi "busy body" yerk :-)
 

10/4/11

Hello Miss, May I Know About Hudud?

BY humble.yat IN , , 3 comments

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.


 Pagi tadi, saya menunggu giliran saya di Mahkamah Tinggi untuk beberapa kes.Mahkamah ditangguh sebentar berikutan kes lelong.Sambil itu, saya berbual dengan rakan seperjuangan meng'update' pengetahuan .Haa, jangan ingat kami tahu semuanya, kerana semuanya sentiasa berubah, dan kami perlu sentiasa bertanya.

Apa yang menarik, seorang wanita yang berbangsa Cina, berbaju kurung ungu, menghampiri kami, 

 "wow..nowadays, there are lots of  young lawyers in court..."
"Yes, madam..
tersenyum aje kami bila menerima gelaran muda..:-) :-)

"Well, my name is Mrs Y, I am from NGO, National Council."
Kami bersalaman dan kenalkan diri masing-masing merupakan taaruf kami. Sambungnya lagi,

"May I know about hudud? Because lately, non muslim feel afraid with application of hudud in Malaysia, is it applicable to whole country and non muslim too?"

"Oh, no. it is only applicable for muslim only."

"How about hudud to the whole country?"

"Yes, it is to the whole country, but specifically applicable to muslim."

"ooh..I see, because I think many non muslim became "kecoh" , as if hudud also applicable to them, May be I am from Ngo should clear those statement."

Nampak tak, dimana puncanya?Fikirkan-fikirkan.
  
Walau apa pun pekerjaan anda, selagi membawa imej Islam, bersedialah dengan pengetahuan agama yang sepatutnya, kerana mereka akan bertanya , salah jawapan, membawa mereka kepada salah faham.

10/3/11

Harga Rumah Naik 20 Peratus

BY humble.yat IN No comments

Bismillahirahmanirrahim 
Assalamualaikum wbt.


 Memandangkan kerjaya saya juga berkaitan hartanah, mungkin kupasan berita yang dipetik dari Berita Harian ini membantu persoalan-persoalan, kenapa rumah agak mahal sekarang selain faktor ekonomi.Sedih juga bila harga rumah meningkat. Sangat berbeza dengan harga dulu.Ai, semua harga barang naik.Tetapi ingat rezeki itu datang dari Allah s.w.t jua.:-)Sabar duhai hati..

Peningkatan kos bahan mentah, isu kuota Bumiputera beban pemaju

PUTRAJAYA: Unjuran harga hartanah akan meningkat sehingga 20 peratus dalam separuh kedua 2011 bukan disebabkan permintaan pasaran yang tinggi, tetapi sebaliknya berpunca daripada kenaikan harga bahan binaan dan kos pembinaan.
 
Presiden Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), Datuk Seri Michael K C Yam,berkata berdasarkan maklum balas diperoleh daripada sektor berkenaan, 65 peratus berpendapat harga hartanah akan meningkat sehingga 20 peratus menjelang akhir tahun ini. 

Sehubungan itu, katanya, 47 peratus pemaju berkata, mereka bercadang menaikkan harga jualan bagi projek masing-masing sehingga 15 peratus menjelang pelancaran jualannya akhir tahun ini.

“Pemaju kini dibebani kenaikan harga batu bata, besi, simen dan pasir, selain masalah kekurangan tenaga kerja, manakala sikap tidak telus dan kegagalan pihak berkuasa tempatan (PBT) menangani isu perumahan bagi kuota Bumiputera turut menyumbang kepada peningkatan kos operasi pemaju.


Harga batu bata meningkat 27 peratus kepada 42 sen tahun ini berbanding 33 sen tahun lalu, harga besi kerangka meningkat 13 peratus kepada RM2,589 satu tan berbanding RM2,285 satu tan pada 2010. Sejak Julai lalu, harga simen, pasir, batu bata dan besi masing-masing naik lagi sehingga 46.2 peratus, 81.1 peratus, 47.2 peratus dan 69.5 peratus.


“Jadi, Panel Majlis Kebangsaan REHDA menggesa supaya peruntukan kuota Bumiputera disemak semula kerana ia antara punca utama pemaju menanggung kerugian, selain dibebani kenaikan harga bahan binaan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Mengikut syarat sekarang, pemaju mesti memperuntukkan antara 30 hingga 70 peratus unit rumah untuk kuota Bumiputera dan unit yang tidak terjual hanya boleh dilepaskan jika mendapat kelulusan kerajaan negeri berkenaan.

Pemaju juga perlu membayar kadar diskaun tujuh peratus untuk kuota Bumiputera sebagai levi kepada kerajaan negeri berkenaan.


Michael berkata, unit rumah kuota Bumiputera kurang diminati pembeli Bumiputera sendiri kerana ia hanya boleh dijual kepada pembeli Bumiputera saja, sekali gus menyukarkan mereka mendapatkan pembeli pada masa depan.


Beliau berkata, fenomena itu menyebabkan pembeli Bumiputera lebih cenderung membeli unit rumah bukan kuota Bumiputera dan keuntungan pemaju pula terjejas kerana tidak ada pembeli untuk unit rumah kuota Bumiputera itu.


Katanya, syarat kuota Bumiputera itu harus dikaji semula kerana bimbang industri hartanah mungkin diperalatkan sebagai senjata politik pihak tertentu.


Bagaimanapun, beliau menyifatkan pasaran hartanah negara masih kukuh kerana bergantung kepada pembeli tempatan yang menduduki sendiri hartanah dibeli, sekali gus terlindung daripada kemerosotan ekonomi yang memberi kesan ketara terhadap pasaran hartanah di negara maju.


Berdasarkan Laporan Kaji Selidik Industri Hartanah REHDA bagi separuh pertama tahun ini, hanya 52 peratus pemaju, berbanding 55 peratus pemaju pada separuh pertama 2010, melancarkan projek baru.


Walaupun jumlah projek baru berkurangan, purata saiznya bertambah kepada 150 unit setiap projek pada separuh pertama 2011 berbanding hanya 100 unit bagi tempoh sama tahun lalu, sekali gus membuktikan pemaju lebih cenderung memilih projek mempunyai permintaan pasaran tinggi. 
  
Oleh Magendran Rajagopal
magendran@bharian.com.my
2011/10/03

Nota Naluri:
Hati-hati dalam membeli rumah, pastikan segala urusan jual beli sehingga pindahmilik berjalan lancar, jangan sampai tertipu, dan jangan mudah memberi deposit kepada orang ketiga, dan Pastikan resit bayaran , dokumen jual beli sentiasa ada dan tersimpan rapi untuk persediaan di masa akan datang jika berlaku apa-apa.Yang pasti rumah itu dalam kemampuan dan bajet kita, ukur baju di badan sendiri dulu..:-)

7/18/11

Human Cloning In Islamic Perspective

BY humble.yat IN 2 comments


Klon?Apa agaknya yang rakan-rakan bayangkan ye.Isu ni memang dah lama.Tapi saya cuma terbelek-belek "assignment" ketika bergelar pelajar dahulu.Sayang juga jika dibiarkan berhabuk, jadi sebagai alternatif saya nak kongsikan maklumat dan kajian kami di sini, supaya ia sentiasa disebar, dikongsi, di"update" jika ada maklumat yang berkaitan.

"Profesor Klon.?" hehe..:-) Teringat cara profesor ni gelak :-)

Klon atau "Istinsaakh" dalam bahasa Arab pernah menjadi isu kemanusiaan yang panas suatu ketika dahulu di setiap sudut dunia. Apa yang pasti , ianya pasti  menjadi persoalan setiap individu yan beragama Islam terutama mengenai  hukum dan perspektif nya dalam Islam.

Secara amnya, daripada pandangan Islam, ada dua isu yang diketengahkan;

  1. Adakah ia mempersoalkan kepercayaaan dan pegangan orang Islam tentang kekuasaan Allah sebagai Maha Pencipta?
  2. Kenapa pengklonan ini harus dibenarkan?
Isu ini telah dibincangkan di Islamic Fiqh Academy yang berhubung dengan Organization of Muslim Doctors di Kuwait.Pakar perubatan juga hadir dlam perjumpaan ini dalam menerangkan proses-proses dan implikasinya.

Adakah ia mempersoalkan kepercayaaan dan pegangan orang Islam tentang kekuasaan Allah sebagai Maha Pencipta?
Berkaitan isu pertama, ada persetujuan bersama bahawa pengklonan tidak membawa kepada persoalan kepada percayaan Islam di dalam apa jua cara pun.Jika seorang saintis berkemampuan dan berjaya membuat kaedah pengklonan, ianya tidak menjadikan mereka sebagai pencipta.Mereka hanya memanipulasi ciptaan Tuhan dan menggunakan sebab dan akibat bagaimana Allah menciptakan manusia.Klon adalah sebab dan hanya Allah s.w.t yang mengakibatkan tercipatnya manusia.

Kenapa pengklonan ini harus dibenarkan?

Apakah implikasinya terhadap teknologi biologi baru jika ia dibenarkan?Sebagai seorang Muslim, kita seharusnya menitikberatkan sama ada ianya dibenarkan atau tidak  menurut Al Quran dan Sunnah. 

Perbincangan di dalam Islamic Fiqh Academy telah mencapai konklusi bahwa pengklonan ini dibenarkan  di dalam pertanian dan haiwan kerana ianya adalah tidak mustahil dalam bidang perubatan yang mana mungkin membawa satu penemuan yang boleh menyembuhkan penyakit yang kronik dan serius kepada orang-orang yang tertentu. Jadi pengklonan ini dibenarkan tetapi dalam kadar terhad dan hanya untuk tujuan perubatan sahaja.

Asas syariah yang diaplikasikan di sini adalah "la dharara wa la dhirara " atau " No harm Given and no harm taken" .

Teknologi pengklonan ini menjadi haram kerana ia  menyebabkan maslah-masalah yang berikut;
  • menyebabkan mudarat kepada personaliti ;
  • menyebabkan mudarat kepada maruah ;
  • menyebabkan mudarat kepada keluarga dan masyarakat.
Di dalam surah-surah berikut, ayat-ayat ini menerangkan bahwasanya Allah lah yang menciptakan manusia ini menjadi sebuah sistem keluarga, melalui penciptaan lelaki dan perempuan.Subhanallah!

Annisa :1

"Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kamu kepada Rab (Tuhan) kamu yang telah menciptakan kamu daripada diri yang satu, dan daripadanya dijadikan jodohnya, kemudian daripada kedua-duanya Dia (Allah) membiakkan laki-laki dan perempuan yang ramai. Dan bertakwalah kepada Allah yang kamu saling tanya-bertanya tentang-Nya (tentang Allah), dan (peliharalah) hubungan (silat’ur-rahim) kekeluargaan. Sesungguhnya Allah adalah al-Raqib (Pengawas) atas kamu"

Al-A'raf:189

Dia lah (Allah) yang menciptakan kamu semua dari (hakikat) diri yang satu, dan Ia mengadakan daripada hakikat itu pasangannya (diri suami isteri), untuk bersenang hati dan hidup mesra yang satu kepada yang lain. Ketika suami mencampuri isterinya, mengandunglah ia dengan kandungan yang ringan, serta teruslah ia dengan keadaan itu (ke suatu waktu). Kemudian ketika ia merasa berat (dan menaruh bimbang) berdoalah suami isteri itu kepada Tuhan mereka (dengan berkata):” Sesungguhnya jika Engkau (wahai Tuhan kami) mengurniakan kami nikmat yang baik, tentulah kami menjadi orang-orang yang bersyukur”.


Al Hujurat:13

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)."


Secara konklusinya, hasil pengklonan tidak akan dikira sebagai penciptaan yang sempurna.

Ada juga sesetengah pendapat Sarjana-Sarjana Islam yang membincangkan tentang isu mengubah ciptaan Allah (taghyr khalq Allah) tidak dibenarkan di dalam Islam melainkan ianya benar-benar diperlukan atau kebajikan manusia itu sendiri (maslahah).

Rasullullah s.a.w juga melarang untuk mengubah badan, muka, kening dan seumpamanya.Jika mengubah  ciptaan di anggota badan juga tidak dibenarkan di dalam Islam, apatah lagi untuk membenarkan pengklonan  yang melibatkan genetik?

Wallahu alam

Hanya sekadar perkongsian dari saya.Yang baik itu dari Allah, yang buruk itu dari diri yang naif ini.