7/18/11

Human Cloning In Islamic Perspective

BY humble.yat IN 2 comments


Klon?Apa agaknya yang rakan-rakan bayangkan ye.Isu ni memang dah lama.Tapi saya cuma terbelek-belek "assignment" ketika bergelar pelajar dahulu.Sayang juga jika dibiarkan berhabuk, jadi sebagai alternatif saya nak kongsikan maklumat dan kajian kami di sini, supaya ia sentiasa disebar, dikongsi, di"update" jika ada maklumat yang berkaitan.

"Profesor Klon.?" hehe..:-) Teringat cara profesor ni gelak :-)

Klon atau "Istinsaakh" dalam bahasa Arab pernah menjadi isu kemanusiaan yang panas suatu ketika dahulu di setiap sudut dunia. Apa yang pasti , ianya pasti  menjadi persoalan setiap individu yan beragama Islam terutama mengenai  hukum dan perspektif nya dalam Islam.

Secara amnya, daripada pandangan Islam, ada dua isu yang diketengahkan;

  1. Adakah ia mempersoalkan kepercayaaan dan pegangan orang Islam tentang kekuasaan Allah sebagai Maha Pencipta?
  2. Kenapa pengklonan ini harus dibenarkan?
Isu ini telah dibincangkan di Islamic Fiqh Academy yang berhubung dengan Organization of Muslim Doctors di Kuwait.Pakar perubatan juga hadir dlam perjumpaan ini dalam menerangkan proses-proses dan implikasinya.

Adakah ia mempersoalkan kepercayaaan dan pegangan orang Islam tentang kekuasaan Allah sebagai Maha Pencipta?
Berkaitan isu pertama, ada persetujuan bersama bahawa pengklonan tidak membawa kepada persoalan kepada percayaan Islam di dalam apa jua cara pun.Jika seorang saintis berkemampuan dan berjaya membuat kaedah pengklonan, ianya tidak menjadikan mereka sebagai pencipta.Mereka hanya memanipulasi ciptaan Tuhan dan menggunakan sebab dan akibat bagaimana Allah menciptakan manusia.Klon adalah sebab dan hanya Allah s.w.t yang mengakibatkan tercipatnya manusia.

Kenapa pengklonan ini harus dibenarkan?

Apakah implikasinya terhadap teknologi biologi baru jika ia dibenarkan?Sebagai seorang Muslim, kita seharusnya menitikberatkan sama ada ianya dibenarkan atau tidak  menurut Al Quran dan Sunnah. 

Perbincangan di dalam Islamic Fiqh Academy telah mencapai konklusi bahwa pengklonan ini dibenarkan  di dalam pertanian dan haiwan kerana ianya adalah tidak mustahil dalam bidang perubatan yang mana mungkin membawa satu penemuan yang boleh menyembuhkan penyakit yang kronik dan serius kepada orang-orang yang tertentu. Jadi pengklonan ini dibenarkan tetapi dalam kadar terhad dan hanya untuk tujuan perubatan sahaja.

Asas syariah yang diaplikasikan di sini adalah "la dharara wa la dhirara " atau " No harm Given and no harm taken" .

Teknologi pengklonan ini menjadi haram kerana ia  menyebabkan maslah-masalah yang berikut;
  • menyebabkan mudarat kepada personaliti ;
  • menyebabkan mudarat kepada maruah ;
  • menyebabkan mudarat kepada keluarga dan masyarakat.
Di dalam surah-surah berikut, ayat-ayat ini menerangkan bahwasanya Allah lah yang menciptakan manusia ini menjadi sebuah sistem keluarga, melalui penciptaan lelaki dan perempuan.Subhanallah!

Annisa :1

"Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kamu kepada Rab (Tuhan) kamu yang telah menciptakan kamu daripada diri yang satu, dan daripadanya dijadikan jodohnya, kemudian daripada kedua-duanya Dia (Allah) membiakkan laki-laki dan perempuan yang ramai. Dan bertakwalah kepada Allah yang kamu saling tanya-bertanya tentang-Nya (tentang Allah), dan (peliharalah) hubungan (silat’ur-rahim) kekeluargaan. Sesungguhnya Allah adalah al-Raqib (Pengawas) atas kamu"

Al-A'raf:189

Dia lah (Allah) yang menciptakan kamu semua dari (hakikat) diri yang satu, dan Ia mengadakan daripada hakikat itu pasangannya (diri suami isteri), untuk bersenang hati dan hidup mesra yang satu kepada yang lain. Ketika suami mencampuri isterinya, mengandunglah ia dengan kandungan yang ringan, serta teruslah ia dengan keadaan itu (ke suatu waktu). Kemudian ketika ia merasa berat (dan menaruh bimbang) berdoalah suami isteri itu kepada Tuhan mereka (dengan berkata):” Sesungguhnya jika Engkau (wahai Tuhan kami) mengurniakan kami nikmat yang baik, tentulah kami menjadi orang-orang yang bersyukur”.


Al Hujurat:13

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)."


Secara konklusinya, hasil pengklonan tidak akan dikira sebagai penciptaan yang sempurna.

Ada juga sesetengah pendapat Sarjana-Sarjana Islam yang membincangkan tentang isu mengubah ciptaan Allah (taghyr khalq Allah) tidak dibenarkan di dalam Islam melainkan ianya benar-benar diperlukan atau kebajikan manusia itu sendiri (maslahah).

Rasullullah s.a.w juga melarang untuk mengubah badan, muka, kening dan seumpamanya.Jika mengubah  ciptaan di anggota badan juga tidak dibenarkan di dalam Islam, apatah lagi untuk membenarkan pengklonan  yang melibatkan genetik?

Wallahu alam

Hanya sekadar perkongsian dari saya.Yang baik itu dari Allah, yang buruk itu dari diri yang naif ini.  



2 inspirasi naluri :-):

ieza ashaari said...

perkongsian yg bermanfaat.. :)

humble.yat said...

terima kasih..penat jug nak menterjemah assignment english ni hehe..:-)