Buat peringatan diri saya dan juga kawan-kawan semua, dari kolumnis Solusi, Fatimah Syarha Mohd Noordin.
Zina mata adalah dasar kepada zina tangan,kaki, hati dan kemaluan.Sabda Rasullullah s.a.w "Sesungguhnya Allah telah menetapkan atas diri anak keturunan Adam bahagiannya daripada zina.Dia mengetahui yang demikian tanpa dimungkiri"
Mata itu boleh berzina dan zinanya ialah pandangan.
Lidah itu boleh berzina dan zinanya ialah perkataan.
Kaki itu boleh berzina dan zinanya ialah ayunan langkahnya.
Tangan itu boleh berzina dan zinanya ialah tangkapan keras.
"Hati itu boleh berkeinginan dan berangan-angan.Sedangkan kemaluan membenarkan yang demikian itu atau mendustakannya" (Riwayat al-Bukhari , Muslim, Nasa'i, dan Abu Daud)
Rasullullah s.a.w bersabda dalam Musnad Ahmad Bin Hanbal maksudnya: "Pandangan mata itu laksana anak panah beracun daripada berbagai macam anak panah iblis.Sesiapa yang menahan pandangannya daripada keindahan wanita, maka ALLAH mewariskan kelazatan beribadat di dalam hatinya yang akan dimilikinya hingga saat dia bertemu denganNYA"
2 inspirasi naluri :-):
zina ini luas..org hny tahu zina "itu" shj..padahal zina "hati" kena jaga sungguh sbb itu adalah senjata utama iblis utk buat manusia terjerumus dlm kancah yg lebih besar..
setuju sangat. sebab tu kita kene jaga mata dan tundukkan pandangan selalu utk elakkan semua zina tu. ..:-)
Post a Comment