Harta itu duniawi.Tetapi melalui harta juga , jika dapat dimanfaatkan sebaiknya ianya menjadi jambatan ke akhirat. Banyak juga contoh-contoh ahli perniagaan muslim yang tidak melupakan untuk melabur harta mereka ke tempat yang selayaknya. Berniaga sambil beramal. Saya juga mengimpikan perkara yang sama andaikata rezeki ada, ingin sekali berniaga sambil beramal.
“Perumpamaan (nafkah yang
dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah
adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada
tiap-tiap butir seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi
siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha
Mengetahui” (Al Baqarah:261)
Teringat satu kes pertama saya dalam wasiat.Secara umumnya wasiat ini hanya sah diberikan kepada bukan waris dan tidak melebihi satu pertiga kerana waris-warisnya sudah mendapat hak mereka dalam faraidh.Tetapi ada sesetengah keadaan wasiat ini dibenarkan kepada waris dengan syarat ianya mendapat persetujuan bersama antara waris-waris yang ada.Jadi sebaik sahaja, Wasi meninggal, ianya tugas Peguam Syarie untuk untuk menguatkuasakan wasiat tersebut dalam urusan pindah dalam mendapatkan perintah
Mahkamah Syariah yang berkenaan dalam urusan pindah milik harta alih dan tidak
alih.
Tetapi apa yang mengecewakan
saya, sikap waris-waris.Terlalu teruja menilai setiap harta ibu bapa mereka,
ada juga yang sanggup berbalah dengan saudara sedarah sedaging, ada juga yang sanggup
bermusuhan.Ada juga mertua memusuhi menantu sebab harta.Allahu Akbar!Terlalu
banyak tidak mengira golongan samada yang ada asas agama dan sebagainya.
“Hai orang-orang yang beriman,
janganlah kami saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil,
kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama-suka di
antara kamu. Dan janganlah kamu membunuh dirimu, sesungguhnya Allah
adalah Maha Penyayang kepadamu” (an-Nisaa 4:29).
Sangat kecewa, kenapa harta itu dijadikan pertaruhan sebegitu rupa.Bila nafsu menguasai segalanya.
Tetapi saya tidak menafikan, wasiat, hibah, wakaf dan seumpamanya itu sangat penting bagi setiap umat Islam dalam pengurusan harta, cuma ada segelintir sahaja yang tiba-tiba berubah menjadi haloba dan hilang imannya bila melihat aset-aset yang ditinggalkan.Itu yang tidak patut diamalkan dan patut diubah.
“Sesungguhnya
orang-orang yang beriman itu hanyalah orang-orang yang percaya
(beriman) kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka tidak ragu-ragu
dan mereka berjuang (berjihad) dengan harta dan jiwa mereka pada jalan
Allah. Mereka itulah orang-orang yang benar”
( al-Hujuraat 49:15).
6 inspirasi naluri :-):
berniaga sambil beramal....terbaik...;)
eh..nak tau cara tambah pendapatan dari blog, facebook dan twitter?? klik sini http://www.churpchurp.com/godribble/share/thenightrace
lebih baik sederhana dlm mengumpul harta, takut2 termakan harta anak2 yatim pulak :D
papa mifz:impian dlm diam tu..hrp2 terlaksana suatu hari nnti jika berkemampuan..:-) ameen!
iqbalhafifi: tq..nnti sy join yerk:-)
asniza:
betul2.setuju sgt...hidup bersederhana juga terbaik..tapi itulah nafsu, nampak harta, gelap mata.Alangkah baiknya jika mereka yang berharta sentiasa merendah diri:-)
Post a Comment