Di tengah-tengah kehilangan mood semalam (tapi bukan monday blues tau) boleh pula saya teringinkan sup gearbox di kedai berhampiran Yayasan Pahang.Rasanya dah hampir dua bulan tak menjengah dan menjamah sup gearbox di situ.Semalam memang saya banyak diam akibat kehilangan mood:-P
Bak kata kawan saya, belajarlah bahasa yang paling indah iaitu D.I.A.M...Hmm..bolehkah kita?
Haa..sedap kan tengok gambar ni. Ambil kat google images je. Kalau nak pergi ke kedai makan, tu, kena secepat mungkin, sebab sup gearbox cepat habis.dalam 1.30 tengahari pun supnya dah habis.Kempunan jawabnya kalau dapat lambat.Harap tak lah macam kisah batu belah batu bertangkup kan?
Tapi rasanya saya tak dapat lagi menjamah sup itu hari ni, sebab ada "meeting" petang ini .Mesti terkejar-kejar dengan waktu makan, waktu solat.Kalau boleh saya nak menjamu selera dengansepenuh hati saya.Fuh!Selera makan tengah naik ni.
Tetapi kena beringat juga kan kawan-kawan, jangan makan berlebih-lebihan, kelak akan membawa kepada sakit perut :-P Sebab itu pentig makan sebelum kenyang, berhenti sebelum lapar.
Tetapi kena beringat juga kan kawan-kawan, jangan makan berlebih-lebihan, kelak akan membawa kepada sakit perut :-P Sebab itu pentig makan sebelum kenyang, berhenti sebelum lapar.
5 inspirasi naluri :-):
knp plik2 yg korg suka mkn yer.. hihi..
Begitu laku sekali sup gear box ni,
Harganya pasti mahal..
izfa: takde plik pun,sup tu mmg sedap berbanding tempat lain, mmg confirm habis..bestnye!tak sabar nak makan :p
azree: tak mahal pun, berpatutan rm4 dapat satu mangkuk, banyak pulak tu..:-)
Post a Comment