Alhamdulillah.Pejam celik pejam celik, ikatan pernikahan kami sudah mencapai usia sebulan baru-baru ini. Kad akuan nikah pun baru ambil petang tadi.:-)
Hmm..Tak nak komen banyak-banyak sebab saya tahu siapa yang akan baca blog ini kan?hehe :-P Setakat ini syukur sangat-sangat dengan apa yang ditakdirkan.Dan tadi saya tertarik dengan kata-kata ini dari status FB seorang kawan saya, Farah, katanya;
" Bukan mencari persamaan untuk hidup bersama tetapi MEREDHAI PERBEZAAN untuk hidup bercinta..."
"dipercayai lebih utama dari mencintai.."
Dalam maksudnya kan?Fikir-fikirkan...:-)
Inilah gambar penuh semua ahli keluarga saya.Jutaan terima kasih banyak-banyak sebab terlalu banyak memberi kerahan tenaga dan sokongan kasih sayang. Sayang sangat kat semua!Rasanya tak terbalas budi, buat ibunda tercinta, Angah, Idah, Basirah, Atun dan Zudin..:-)
Dan tak lupa juga sekalung Al-Fatihah buat arwah abah di sana.:-) Akak tahu abah pasti tersenyum andai dia ada di majlis ini.
Khas untuk zauji , ahlan wasahlan fii seri kuantan..Terima kasih kerana memahami keluarga kami seadanya dan menerima segala kekurangan dan kenaifan diri ini.:-) Sama-sama kita memperbaiki diri dan istiqamah dalam setiap perbuatan dalam menuju rahmat dan kasih sayangNYA ya.Ameen!
Nota: Adik saya , Atun ada tujukan lagu di bawah ini untuk kami berdua.Terima kasih ye Atun..:-)
"Adam dan Hawa diciptakanNya , Disemai rasa kasih sayang , Agar bersemi ketenangan Dan kedamaian di hati"
~Kasihku Abadi,Inteam~
5 inspirasi naluri :-):
sokong ayat di atas tu..tak yah sibuk mencari persamaan sebab hidup suami isteri lebih lengkap dengan adanya perbezaan..semoga bahagia sampai syurga..
muka berseri2... :) best ye kawin.. hihi..
khairol:
best kan ayat tu, banyak antara kita cuna mencari persamaan bukannya meredai perbezaan :-)
dalam erti kata banyakkan toleransi :-)
izfa:
huisy takdelah..gambar candid aje tu :-)
hehe
ALf MAbruk!~
satu pesan atuk untuk saya masa baru kahwin dulu...untuk adik pulak yang baru nikah ni:-
S.A.B.A.R
Trust me, you'll need a lot of this 5 letters word as time goes by...
All the Best...semoga sentiasa dalam redhaNya...
Post a Comment