Showing posts with label KELUARGA. Show all posts
Showing posts with label KELUARGA. Show all posts

11/7/16

Update Diari Biru Abah

BY humble.yat IN , No comments

Assalamualaikum wbt
Bismillahirahmanirahiim

Maafkan akak sebab lambat update diari biru abah di sini. Tahun ni banyak suka duka berlaku atas keluarga kita.Tapi ini semua ujian Allah untuk melatih kami supaya lebih kuat, Insya Allah.

Walimah Basirah & Jihan

Alhamdulilah , pada 5hb February 2016, abah dah dapat menantu lelaki kedua, Jihan,Insya Allah dia akan menjaga Basirah sebaik mungkin.Orang Johor, berdarah jawa, abah kan nak menantu orang Jawa,.Sampai juga hajat abah bermenantukan orang jawa..Jangan marah ye Basirah dan Jihan.Kenduri Basirah juga dilakukan di rumah kami untuk pertama kali.Berdebar rupanya nak menyambut “menantu baru” di rumah baru ni.



Kemudian, anak bongsu abah, Aizuddin telah menamatkan pelajarannya di KIPSAS, Diploma Teknologi Maklumat dengan Anugerah Khas Kecemerlangan Yayasan Pahang.Kalau abah ada, mesti abah senyum tak henti kan.Alhamdulilah kami semua hadir ke majlis konvokesyennya.Sekarang Aizudin baru sahaja melanjutkan pelajaran ke UTEM, bahagian Network Security .Berat juga dengar nama course tu.Okla tu, dia pun memang minat bahagian computer ni.Lega sangat  dia kuat untuk sambung pelajaran setelah bekerja hampir satu tahun bekerja  di Kuantan.



Ketika pendaftaran, Angah dan keluarga je yang menguruskan Zudin.Dah Nampak sangat kewibawaan Angah menjaga kami semua.Mak dan akak tak dapat nak ikut, sebab masih dalam tempoh berpantang.

Hari pertama di UTEM

Sebelum pendaftaran ke UTEM, Zudin ada mengalami kemalangan, pengsan di tempat kejadian, ditahan di wad untuk satu malam.Berjahit juga di mulutnya.Dalam pada masa yang sama, akak juga ada di hospital room in dengan cucu baru Abah yang paling istimewa, Adhwa Zinnirah.Sebulan juga cucu abah berkampung di hospital atas kesihatan yang tidak memberangsangkan.Idah pula tengah berkejar untuk outstation di Iraq.Menantu abah yang hantarkan setelah semalaman selesaikan urusan zudin.Memang masing masing tak cukup tidur, penat .Tak terkata rasanya.

Idah dengan baju kalis peluru
Alhamdulilah, Idah dah selamat pergi dan balik dari Iraq.Bukan senang dapat pergi Iraq sebab Iraq bukan Negara pelancongan.Tetapi yang mempunyai tugasan sahaja yang dibenarkan untuk ke Iraq.Adalah pengalaman memakai baju kalis peluru yang beratnya hampir 10kg. huhu..Kami dapat kurma fresh dari Iraq, memang best rasanya.Idah pun dah ambil talent abah, photographer dan sains.Perhi ke iraq untuk sebarkan sains.Hebat kan, abah? Doakan Idah dapat jodoh yang baik bila tepat waktunya. Aamin Ya Rabb Alamin.

Konvokesyen di USM
Alhamdulillah juga kerana anak manja abah, Halimatun juga telah menamatkan ijazahnya di USM dalam bidang Dietetik. Majlis konvokesyen di Pulau Pinang.Yang hadir dalam dewan menyaksikan penyerahan skrol ialah Idah dan Basirah sebab mak tak larat dah nak jalan jauh, akibat Rheumatid Arthritis dan Osteoarthritis yang di alaminya.Akak pun tak dapat turut serta ke majlis konvokesyen Matun memandangkan cucu abah masih perlu dikuarantin dan pemantauan rapi dalam tempoh setahun.Syahdu juga rasanya, sebab inilah satu satunya konvo adik adik yang akak tak dapat pergi.Tapi kuatkan hati sahaja.Insya Allah, doakan yang baik baik untuk mereka.

Walaubagaimanapun, pada awal tahun ini juga, Tok dan Pak Andak telah meninggalkan kami, meninggal dunia di bawah jagaan Mak Su Ros.Alhamdulilah, berkesempatan menguruskan jenazah Tok. Insya Allah, semoga mereka digolongkan di kalangan orang-orang yang beriman. Tetapi yang paling sedih, bila kami melalui kampung, memang rasa sunyi, rumah di kampung sudah terbiar tanpa jagaan. Insya Allah satu hari nanti kami akan hidupkan semula suasana di situ.

Semoga arwah abah juga bahagia di sana.

Al Fatihah

1/19/16

Al fatihah: Arwah Tok 18.01.2016

BY humble.yat IN , No comments

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.


18.01.2016.Tengahari, mendapat panggilan dari emak, bahawa arwah tok (nenek) telah meninggalkan kami.Al Fatihah.

Tenang sekali wajahnya,,.Semoga arwah Tok dikumpulkan dengan golongan orang orang yang beriman.




"Ya Allah, ampunilah baginya dan kasihilah dia dan afiatkan dia dan maafkan kesalahannya dan muliakan kedudukannya dan lapangkan kuburnya dan bersihkan dia dengan air salju dan dingin. Bersihkan dia dari kesalahannya sebagaimana dibersihkan kain putih dari kekotoran, dan gantikanlah kampungnya dengan kampung yang lebih baik dan ahli keluarganya yang baik, suami isteri yang lebih baik.Massukkanlah dia ke dalam syurga dan lindungilah dia dari seksa kubur dan fitnahnya dan dari seksa api neraka"

Aamin Ya rabb Alamin

1/15/16

Majlis: Engagement Adik- Basirah & Jihan

BY humble.yat IN , No comments

Bismillahirahmanirrahim..
 Assalamualaikum wbt.

Pejam celik pejam celik dah besar dah adik saya seorang ni. Alhamdulilah.Majlis pertunangannya dilangsungkan secara kecil kecilan je.Jemputan keluarga dan saudara mara, dan jiran jiran yang dekat je.Ala-ala buat jamuan raya kat rumah kan.Cuma jiran datang seleaps habis majlis merisik dan bertunang.

**** Masa ni majlis selepas hari raya puasa hari tu, baru kali ini nak update kat blog . 

Hidangan nasi tomato, ayam masak tomato dan lauk yang  sepadan dengannya. tempah dengan kawan sepejabat juga.Memang sedap lah. Tempah kuih talam labu .Yang lain kuih raya je :-) 

Adik saya pun pakai jubah dan shawl je.Takde dah macam zaman kakaknya, siap veil bagai hehe.Zaman sekarang semua jubah dan tudung dah cantik cantik.Tak macam zaman saya, semua kena buat sendiri..Susah nak cari yang berkenan di mata..hehe


Yang ini gambar emak , M de , M njang dan nenek tunang lelaki, Jihan. 


Meja tempat makan . Buat kat porch car je. 


Antara hantaran dari perempuan dan lelaki.Kali ni adik adik saya buat sendiri.Tak sempat dah  saya nak nukilkan hasil seni saya saya dah hehe



Basirah dan bakal mak mertuanya.Amboi lebar sengihnya yek.


Gambar dengan family pula.Nenek kat tengah paling berseri hehe.


Siap dapat surprise bunga lagi tu. eh lupa pula , Jihan asalnya dari Pontian Johor.First time dapat bakal ahli keluarga bukan orang Pahang.Dah mix dah keluarga kami nanti.Mereka dah mula kenal sejak zaman universiti lagi.


Pakcik sedara dan sepupu sepupu kami


Dari family emak, sepupu-sepupu saya juga


Antara keluarga dari pihak lelaki.


Dari family ayah mertua (masa tu ayah mertua msih sihat lagi)


Ok lah itu sahaja.Insya Allah by this February, mereka akan menjadi suami isteri.Semoga menjaga segala muamalat walaupun dalam ikatan pertunangan, Dan bahagia dunia akhirat.

10/21/15

Doakan: Ayah Mertua Diuji Kesihatan

BY humble.yat IN No comments

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.

Berita kurang baik, Awal Muharam hari tu, ayah mertua jatuh motor ketika hendak pergi Solat Subuh di surau. Pada mulanya dia berasa kakinya lemah sahaja, dan perlu dipapah bila nak ke tempat yang laim.But Unfortunately, nampak sebahagian badan tak dapat bergerak dan diangkat.Kami cek ke hospital, pengesahan ayah mertua diserang strok.Allahuakbar.

Ayah mertua pada tahun lepas.
Sekarang bergerak menggunakan bantuan wheelchair sahaja.



Saya mohon doa kawan kawan sekalian supaya ayah mertua cepat pulih dari strok ini, Insya Allah dengan bantuan fisioterapi dan sebagainya.

Nota Naluri:
Sayu sebab, kalau arwah abah masih ada, usianya lebih kurang ayah mertua. Dan dia telah banyak membantu saya.

9/22/15

Bila Rasa Susah....

BY humble.yat IN , , No comments

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Semalam berbual dengan adik, tentang cabaran dan kesempitan masa yang ada dan ujian untuk kami. Yes, katanya benar, " kalau kita rasa susah, cuba bayangkan orang yang lagi susah dari kita, mesti kita akan rasa kuat balik untuk hadapi segala dugaan.Thumb ups Idah, Kadang-kadang diri sendiri pun boleh jadi "blur" bila ada masalah datang.T.T 

Hidup kita telah diatur Allah swt, Dia telah menentukan bahagian hidup kita mengikut kemampuan kita.Jika ujian terasa berat, ingat Allah banyak banyak

Eh teringat satu petang tu, park kereta dekat rumah mak.emak pula dengar saya asyik mengeluh je. Diterjah emak : Kenapa asyik nak mengeluh ni 
Saya  : Banyak kerja mak, tak tertanggung dah rasanya..
Emak : Biasala tu, kalau takde kerja pun, susah hati juga,Ingat Allah..
Saya  : Astaghfirullazim...

Selalu menasihatkan orang sentiasa sabar dan ingat Allah, tapi bila sampai giliran diri sendiri, kena ada pula orang mengingatkan kita kan?Sebab tu dalam hidup kita saling memerlukan.Saling ingat mengingati.

Doakan kesihatan emak, emak dan ayah mertua kami. Mereka semua diuji dengan kesihatan. Kami pula diuji dengan kesibukan dan jarak.

Minggu lepas ayah mertua ada pemeriksaan MRI , bagi pemeriksaan saraf di leher. Pagi tadi, emak ada temujanji dengan doktor pakar. Emak mertua pula sakit lutut dan ada penyakit jantung. Ya Allah, kurniakanlah kekuatan untuk kami dalam memberi segala perhatian dan kasih sayang dari anak-anak. Aamiin.

7/28/15

Throwback: Raya 2014

BY humble.yat IN 1 comment

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.

Baru perasan kenangan raya 2014, tak diupload ke sini.Sibuk sangat ke waktu tu huhu..Belanja gambar raya 2014.Masih fresh juga gambar tu.Sebab tu masa sibuk dengan "monopod" kan?

Kakak  dan adik ipar..cantik betul tema diaorang kan?
Raya tahun lepas, berpeluang beraya bersama keluarga zauj, di Kuantan juga,Tak jauh mana..Nyanyi lagu "Balik Kampung" dan la habis " seround" , dah sampai kampung tercinta.Walhal tiap tiap minggu balik ke sana . Tapi yang bezanya adik beradik ipar duai, anak buah berkumpul.Tunggu turn mandi, Tunggu turn iron baju.Bersalam-salaman.Itulah bezanya, walaupun kampungya dekat sahaja.

Family Abg Long-kiriman gambar di whatsapps
Hari raya Kedua-nak balik ke Chenor dah,,

Raya di sini ada sate, ditempah dari jiran kawasan situ juga.Lemang dari orang kampung situ juga.Rendang daging, Nasi Impit Kuah Kacang. Saya memang hantu lemang, tapi tahun tu saya tak berani makan lemang, sebab beberapa hari sebelum raya, saya kena sakit urat belakang.Tak dapat la nak makan lemang, sebab nanti makin sakit jadinya. Makan tembikai sikit pun dah berasa sakit.Bertabahlah sehingga berkurangan. Zauj kata kalau balik Kampung di Chenor, lemang la yang dia tak dapat lupakan.Sebab bakar sendiri.Tapi tahun tu tak merasa la pengalaman bakar lemang tu.Huhu.

..One two.... Iffah & Aina cubaan selfie monopod sendiri kat kampung.

Gambar belah keluarga saya pun tak kurang meriahnya juga, mereka beraya di Temerloh.Saya je yang takde pada tahun tu.

Emak, adik adik, mak sepupu dan dua pupu,,memang rapat mcm adik beradik..

Angah , Iman dan Haniyyah.Masa ni anak sorang lagi,Tahun ni anak dua orang dah..

Nanti nak update gambar sedara mara 2014 pula.Supaya kekal di ingatan.Manalah tahu antara kita ada yang bersaudara kan.Seronok cari saudara baru ni..:-)

Selamat Hari Raya semua...

Semoga amalan yang baik di bulan Ramadhan akan berterusan sampai bila-bila..


7/22/15

Mood Cuti Raya 2015

BY humble.yat IN 1 comment

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt


Hari ni sudah mula bekerja.Ramai juga sambung cuti rupanya.Dah gaya duduk dalam library dah di pejabat ni. (ok i'm the lady boss..yeeha! :-P)

Mengadap blog. tak tahu yang mana satu nak dimulakan.

Entri Madinah yang tertangguh?


Kelahiran anak buah baru..Uwais Abdul 'Azim Bin Abdullah Hanif pada 03/07/2015 bersamaan 17 Ramadhan.

Baby Uwais Abdul 'Azim
atau cerita raya di kampung?

Gelagat silaturrahim di kampung
Apa-apa pun selamat hari raya dari saya dan keluarga, semoga kita dapat mengambil keberkatan Ramadhan untuk bulan bulan yang seterusnya yek. 

Masuk tv jap..gaya semanis kurma sudah ;-) 
Maaf Zahir dan Batin dari kami sekeluarga, Hayati, Muzafar dan Aina Shafiyah jika ada salah silap, terkasar bahasa, terguris hati dan sebagainya.

Salam Aidilfitri...

1/6/14

Pergi Tak Kembali

BY humble.yat IN 3 comments

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.

Pergi Tak Kembali 1


2 Januari 2014, selepas Subuh kami mendapat berita tentang pemergian sepupu kami, arwah Shahirah, 19 tahun meninggal di dalam tidurnya.Arwah adalah penuntut di sekolah pengajian pondok, di Sungai Buloh. Ayah arwah (Pakcik Bawi) beritahu kami, bahawa kali terakhir arwah dilihat solat malam pada 1 pagi, sebelum menyambung tidurnya.Rakan sebilik cuba gerakkannya untuk solat Subuh, Namun, tidurnya tak akan bangun , tetapi bangun di "syurga" sana.

Tersentak saya mendengar berita itu, membuatkan saya berfikir, bagaimana akhirnya " tidur " kita nanti. Lebih indah jika "tidur" kita diakhiri dengan solat malam, pertemuan dengan Allah Yang Maha Pengampun.Semoga kita semua juga mendapat "husnul khatimah"

Dugaan keluarga mereka ini besar, kerana sebelum ini mereka diuji dengan kebakaran rumah mereka sekeluarga.kemudian kehilangan anak.Semoga mereka tabah dalam menghadapi ujian ini,Dan semoga arwah ditempatkan di klangan orang-orang yang beriman.

Al Fatihah......

Pergi Tak Kembali 2


5 Januari 2014, kami diberitakan bahawa anak sepupu kami meninggal sejam selepas dilahirkan.Difahamkan disebabkan degupan jantung yang lemah.Teringat pula saat Aina Syafiyah dilahirkan yang saya tak pernah coretkan di blog ini.Cukuplah ia menjadi satu kesyukuran buat kami sekeluarga.

Dan catatan-catatan dari sepupu kami ini amat menyentuh sanubari.

credit FB
Al Fatihah....

Nota Naluri:
Sama-sama kita target husnul khatimah, lajukan gear amar maaruf. Sentiasa berbuat kebaikan di dalam saat kehidupan kita.

12/6/13

Kuantan : Banjir 2013

BY humble.yat IN , No comments

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.


Ya, saya orang Kuantan.Mangsa banjir?Alhamdulillah, rumah keluarga saya terletak di lokasi yang di tengah-tengah walaupun berhampiran Sg Galing.Hanya nampak Sg Galing yang melimpah ruah hampir ke jalan raya ketika saya balik dari pejabat setelah menyelamatkan kereta, dengan kain baju yang lenjun meredah banjir kilat di pejabat kami di Malay Town.

Tetapi, pada masa yang sama, rumah keluarga mertua saya dan sepupu saya di Permatang Badak dinaiki air paras atas lutut hingga ke paha (kalau saya yang redah paras pinggang lah jawabnya)

Keadaan 3 Dec 2013 ( kebetulan hari lahir saya) memang huru hara, jalan 4 line di bandar tenggelam.Jalan ke Mahkamah yang berhadapan Terminal Sentral pun terputus.Mahkamah pun dah jadi air terjun.Lagi teruk dari banjir 2001.

Tahun lepas, 2012, hanya banjir kilat yang berlaku di sekitar Bandar Kuantan setelah semalaman Ada saya cerita di entri ini. Tahun ini, lebih kurang begitu, tapi airnya cepat surut.Mungkin sebelum ini, petugas-petugas dah berhempas pulas cuci longkang dan sebagainya.

Namapk kan air menderu dari stadium ke kawasan Malay Town?

Apa yang saya perhatikan, tahun ini kawasan Permatang Badak, Bukit Rangin dan satu kawasannya memang terjejas teruk.Bayangkan pada hari kejadian, zauji yang bersiap sedia di rumah keluarga di Permatang Badak, dalam pukul 4 pagi sudah kedengaran suara orangmengaji, tanda amaran bagi penduduk setempat.Pukul 5, saya dapat mesej dari zauji, bahwaa, air dah masuk paras buku lali.Dan seterusnya, sampai ke paras paha dan bawah pinggang.Allah Rabbi...

Pada malam yang sama juga kira-kira satu pagi, bekalan elektrik terputus sehingga keesokan tengaharinya. Memang terputus hubungan dengan dunia luar, tengok berita pun tak boleh, hanya boleh dengar radio di kereta.Itupun nasib baik dah isi minyak penuh-penuh sebleum kejadian, dah keluar duit siap-siap.Telefon?masing-masing bertahan dengan bateri yang ada.

Mencari makanan di pasaraya, tetapi kebanyakkannya tutup,akibat terputus bekalan elektrik. Cuba mencari kedai runcit yang tak guna cashier, maksudnya boleh tunai tanpa resit, Tetpi, nasib baik ada pasar basah di Tanjung Api.Kami cari lilin, makanan yang boleh bertahan sementara bekalan elektrik belum ada.Roti, tak yah cakap, semua rak dah kosong. Semalam pun saya beli roti ambil dari lori, tak menyempat-nyempat langsung.Hoho. Line telefon, dah macam tenggelam timbul dalam air.Wah Darurat betullah.


Keluar bandar pun, dah terasa filem orang putih dah, Trafik light tak berfungsi, dengan helikopter, dengan ambulans mencari laluan, lori besar bersimpang siur.Ada kemalangan pula.Kira drive redah berani je.lesen pulamati pada hari semalam.Nak renew, semua sistem tak berjalan lagi.

Sekarang ni, ada satu kereta adik dah tersadai di air banjir kawasan Tanjung Lumpur, dah kena towing .Harap semuanya ok.Jangan lah kos yang tinggi pula dikenakan.Huhu.

Sepupu saya kata, peti ais, mesin basuh kat rumah dia semua tumbang, siap ada dua ekor anak ular dalam rumah.Rumah family in law pun macam tu.Almari banyak kembang.Kerusi set makan tak boleh pakai dah. dan sampai sekarang bekalan eletrik masih tidak ada lagi, Line telefon masih tenggelam timbul.

Masjid Sg Isap, terletak di kawasan tinggi, selamat dilindungi Allah swt
Dan tahu tak penempatan tempat ayah, emak mertua, adik ipar dan zauji duduk tu, SMK Sg Isap, tidak menerima bantuan langsung.Melainkan, mereka menggunakan duit sendiri untuk membeli keperluan makanan yang dikirim melalui sesama mereka?sedih saya dengar.Dua hari pula tu tersadai di sana....

Ujian dari Allah.Semoga semuanya tabah,Yang penting semuanya selamat, barang dan wang boleh di cari, nyawa tak boleh diganti.

Nota Naluri:
Sebaris dengan Bukit Rangin terdapat banyak projek perumahan yang terlibat dengan banjir.Bagaimana cara menyelesaikannya?

11/20/13

Sembilan Tahun Berlalu...

BY humble.yat IN 1 comment

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Pagi-pagi lagi sudah diiringi dengan hujan renyai-renyai di luar.Sesayu rasa hati  bila hari ini , rupanya sudah sembilan tahun arwah abah pergi meninggalkan kami .

Al fatihah....

Abah,(update diari biru..)


Tahun ini, Basirah sudah selamat bergraduasi dari Universiti Malaysia Terengganu.Seronok emak sebab dapat berjalan dengan satu keluarga ke Terengganu.Selepas ini, kami tak ada alasan untuk pergi ke Terengganu lagi sebab Basirah dah habis belajar di negeri penyu itu.

Aina pun konvo dapat "kaki"...
Hari konvokesyen Basirah, cucu sulung abah, Aina Syafiyah dah rancak berjalan, menepati janji pada Atehnya (Basirah) mahu berjalan tatih-tatih masa majlis konvonya.Alhamdulilah!


Dan Aina pun dah dapat sepupu pada raya lalu, cucu abah yang kedua, anak Angah dan Iman , Iman Nur Haniyyah namanya.Macam muka walid dia. Tapi, bila besar nanti mungkin ada juga iras uminya juga.

Dan di rumah sekarang, dah ada tiga "kuda" yang sedia berkhidmat untuk bawa emak dan semua berziarah rumah saudara, berjalan.Satu amalan yang abah selalu ajarkan kepada kami.Ziarah saudara mara, walau susah macam mana pun.

Insha Allah abah, janji kami adik beradik akan menjaga emak setulus hati kami.Menghiburkan hatinya selagi nadi kami masih berdenyut.

Semoga Abah sentiasa menerima segala amalan-amalan yang baik dari kami semua.

Amin!

8/15/13

Aidilfitri 2013

BY humble.yat IN 3 comments

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Salam Aidilfitri semua.
Semoga amalan-amalan di bulan Ramadhan dikekalkan sehingga sekarang..
Raikan syawal dengan kemenangan dan istiqamah kita.
Huhu Rindu Ramadhan....

Meriah walaupun kami adik beradik je yang ada..:-)
Gambar-gambar ni ambil dari FB/IG adik-adik.Rajin diaorang nak edit-edit gambar.Kakaknya pun cilok je.Sekadar mengabadikan kenangan Aidilfitri di sini.Aci tak?

Seronok juga beraya kali ini, sebab ahun lepas kan berpantang.Jadi tahun ni dapat bakar sate, rebus ketupat ,rendang daging kerbau, solat raya dengan Aina sekali di Masjid Tanjung Api..Ada juga rasa duduk di kampung (walaupun tak balik kampung tahun ni) sambil rasa angin pagi di pantai hehe.Terima kasih semua sebab sudi melayan permintaan hoho :-P



Bermulanya Syawal, bermula juga perjuangan kita untuk terus menjadi hambaNya yang bertaqwa.Bukan sekadar di bulan Ramadhan sahaja tau.


4/16/13

Kami di UIAM Kuantan Berselawat

BY humble.yat IN , , No comments

Bismillahirahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Kami dah sampai!Alhamdulilah!
 Alhamdulillah,dalam kesibukan kami sekeluarga di hujung minggu, kami berpeluang untuk menghadiri Mawlid Akbar di kampus UIAM, Kuantan di samping mengubat rindu pada tempat pengajian sebelum ini.Syahdu rasanya bila melepasi lanskap-landskap, bangunan pentadbiran , kuliah dan mahallahnya.

Jangan tak tahu rombongan kami empat buah kereta tau bersama emak dan adik, keluarga mertua, kakak dan adik ipar, dan anak-anak buah kami.Meriah! Semangat siapkan Aina awal-awal, tidurkan dia waktu siang, supaya dia boleh biasakan diri dengan majlis macam ini.Walaupun ada halangan-halangan kecil, bila dingatkan niat untuk bermawlid, tetap tekad untuk meneruskan perjalanan kami.Alhamdulillah,Semua dengan segala izinNYA.

Dalam Masjid SuItan Haji Ahmad Shah, UIAM Kuantan
Ok.Cara berselawat yang disediakan oleh pihak penganjur, ada salinan kertas selawat-selawat yang diedarkan.Tapi membaca di layar skrin lebih mudah bagi saya. Dan kami betul betul menghargai waktu ini.Ada juga sesi tausiyah oleh Ustaz Habib Ali Zainal Abidin al Hamid, secara langsung tau.

Kami sekeluarga datang selepas Maghrib walaupun programnya bermula dari Asar lagi,Itulah waktu yang terbaik bagi kami.Sebaik sahaja sampai, dan parking kereta, saya dah dengar qasidah-qasidahnya bergema di luar masjid.Wah pasti lah saya yang teruja.Aina pun menyengih aja bila uminya teruja begitu.Tapi abinya lagi teruja, terus pergi bawa Aina ke tempat muslimin untuk berqasidah sama-sama.Laju pula jalannya.Teruja dalam diam la tu..:-P

Di luar masjid ada juga kiosk menjual barang-barang, tapi saya tak sempat nak menyinggah pun.Zauji kata ada macam-macam jenis selendang bahu, ada yang bersulamkan gambar capal nabi lagi.Rupanya memakai selendang di bahu (macam Ustaz Don selalu pakai) merupakan satu sunnah Nabi Muhammad s.a.w.

Semoga kami berpeluang sekali lagi untuk menikmati majlis ilmu-ilmu sebegini. Rindu zaman bertaalim! 

"Ya Rasullullah...Dalam sirahmu ku temu tulusnya cinta 
Demi Umatmu berkorban jiwa sehingga hujung nyawa-
 Kasih Padamu, Ya Rasulullah..." 



4/3/13

Fitrah Khitan Anak Perempuan

BY humble.yat IN , 1 comment

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

 Khatan atau pemotongan genitalia wanita.
atau istilahnya berkhatan bagi wanita.


Dalil utama untuk berkhatan adalah;

خمس من الفطرة : الختان والإستحداد وتقليم الأظافر ونتف الإبط وقص الشارب

Ertinya : Lima perkara fitrah : berkhatan, mencukur bulu kemaluan, memotong kuku, mencabut bulu ketiak (cukur), memendekkan misai. ) Riwayat Muslim

Mengenai prosedur berkhatan, boleh baca artikel  Dr Zubaidi.membantu sangat-sangat tentang bagaimana, perbincangan tentang salah faham tentang hukum khatan.Boleh baca kat situ ye.

 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------
   

Lokasi: Hospital Al Farabi, Kuantan/30hb Mac 2013.

Sambil menunggu giliran untuk prosedur untuk khatankan Aina, kami cerita pada Aina, tentang kenangan ini.:-) Kelakarlah pulak, bila zauji menghafal bait-bait di entri itu.Terasa malu sendiri.Zauji memang begitu. Ada sahaja pesan-pesan saya di entri blog ini dilontarkan kembali, supaya saling ingat mengingati.In Shaa Allah..

"Ha, Aina, di sinilah umi dan abi dapat tahu Aina dah ada tau."

Aina pun buat muka serius memandang kami berdua, sambil melihat keadaan keliling.Macam orang besar je,asyik berfikir...^___^. Tapi senyumannya pun tak pernah lekang, macam senyuman pertama yang kami lihat.Malah makin menyejukkan hati kami sekeluarga.
 
Alhamdulilah, rasa lega bila anak umi dan abi sudah dikhatankan.Sepatutnya harus dibuat seawal mungkin sebaik dilahirkan.Dek kekangan jaundis berpanjangan, kesihatan serta kesibukan yang amat, kami terlupa menyegerakan perkara ini.Risau juga bila melihat Aina yang makin aktif.Mahu ke dia duduk diam-diam bila dikhatankan nanti. Nak pakaikan pampers pun berperang.huhu..

Syukur, keluarga kami berdua sentiasa mengingatkan tentang perkara ini.Maka terlaksanalah misi khatan, Aina Syafiyah pada petang Sabtu, 30/03/2013 di Hospital Al Farabi, Kuantan.

Kami bershopping...!test aje..:-)

Kalau dulu, kami adik beradik perempuan disunatkan oleh tok sebelah arwah abah,merangkap bidan dan tukang urut.Hmm..mudah sikit. tetapi sekarang kami teruskan prosedur ini di klinik/hospital sahaja memandangkan perkhidmatan ini disediakan.

Kenapa Hospital Al Farabi?Sebab pada asalnya mahu ke Klinik Al Farabi. tetapi penuh.Mesti gilirannya lama lagi.Jadi kami dimaklumkan kalau nak cepat, daftar di Hospital Al Farabi (bersebelahan Klinik sahaja).Yang berbeza adalah fee klinik lagi murah sebab atas dasar rawatan pesakit luar.Tapi yang penting kami mahu yang cepat , tak kisah tentang harganya , RM35.00 sahaja.

Memanglah, Aina ada menangis ketika prosedur itu berlaku, tetapi dia behave sangat bila nurse baringkan, bukakan pampers.Tetapi tangisannya berhenti bila dipeluk dan ditepuk-tepuk oleh abi dan umi.TAPI, sebelum keluar
-
-
-
-
-
-
 
Aina bagi "jelingan maut" pada doktor, macam bagi warning aje..tajam pula jelingannya tu.adus..macam-macam.

Buat masa ini dah pandai bercakap panjang-panjang, meniarap sambil merangkak,memanjat badan abi dan umi masa tidur, berdiri dengan kaki berjinjit ( feeling kasut "high heel" kot. ), cuba memaut macam nak berdiri, mengenali lagu-lagu selawat.Semua nak buat ye Aina.Sabar tau, buat satu-satu,

Nota Naluri:
Parlimen dibubar pada hari ini, 03/04/2013.Rasa macam dengar pengumuman hari raya aja. Jadi teruskan perjuangan dan selamat mengundi!

2/20/13

Silibus Pertama Aina :-)

BY humble.yat IN , 1 comment

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.


Aina Syafiyah dan Islamic Softbook Hijaiyah Alphabet.Terharu Umi, bila bagi pada Aina Islamic Softbook ni, dia boleh menjerit macam teruja sangat dengan softbook tu.Macam si gadis dapat handbag baru dari kekasih hati.Eceh..Tak habis-habis dia membelek-belek softbook.

Jadi, ini antara modul silibus pertama Umi untuk Aina.Hari-hari kita baca kan?Kalau dah mula baca softbook, umi atau abi dia bersuara, Aina sibuk berbunyi, konon-konon membaca bersama kami.

Modul ke-2, memperdengarkan bacaan 30 surah lazim menggunakan MP3 dan Speaker Pillow ketika Aina tidur, baring-baring.Tujuannya supaya Aina dapat membiasakan diri dengan bacaan tersebut.Dan Uminya boleh mengulangkaji surah-surah tu,mana-mana yang panjang yang masih belum hafal kan.Sambil menyelam minum air.:-) (gambar kaedah mp3 and speaker pillow nanti saya kana upload kemudian yer..maaf atas kesulitan)


Modul ke-3, mestilah lagu Alif Ba Ta dari You Tube. Kalau bernasyid lagu ni pada Aina Syafiyah yang tengah menangis, dia boleh senyap sekejap. Hehe..Abi dia pun semangat bernasyid lagu ni.Insha Allah, kita sama-sama berusaha untuk kenalkan huruf hijaiyah kepada Aina  sebelum silibus moden yang berikutnya.
 
Sekarang, silibus kedua baru bermula. Ada keizinan, saya kongsikan ye.Tetapi silibus pertama tetap diteruskan.:-)

Asmaul-Husna

Asmaul Husna [kredit]
Teringat waktu Aina Syafiyah di dalam kandungan, tak sempat memperdengarkan secara khusus bacaan Al Quran, cuma Asma Al Husna sahaja sempat didengari melalui MP3 adik (sebab MP3 saya hilang ketika itu!).Nak guna handset, tahap radiasi tinggi ,zauji kata tak elok untuk baby.

Kesannya: 
Dalam umur Aina dua bulan lebih, bila Mak De bernasyid lagu Asmaul Husna, dia merenung tepat ke mata Mak De nya, seolah-olah pernah mendengarnya, dan menjerit "Haaaaaa!" sambil menuding jarinya ke Mak De. 

Saya, emak pun terkejut dengan respon Aina Syafiyah dengan Asmaul Husna. Nenek Aina kata, "Mungkin Aina ni macam pernah dengar Asmaul Husna, tapi tak tahu dari mana, sebab tu dia buat muka macam tu tadi.." 

Alhamdulilah, usaha saya hanya secebis, mungkin tak sampai secebis pun, tapi ada hasilnya dengan izin kasih sayangNYA.Syukur sangat!Sekurang-kurangnya dia mengenal nama-nama Allah s.w.t terlebih dahulu.

Oh ketika dalam pantang pun, saya memperdengarkannya juga bacaan Al Quran (guna radio emak, masuk pendrive aje), Asmaul Husna dan zikir-zikir, tetapi hanya secara random sahaja, tidak mengkhususkannya.

Selawat Syifa 

[kredit]
Nama Aina Syafiyah juga adalah kesinambungan dari selawat syifa.---Syifa---> Syafiyah---> iaitu Penawar. Semasa Aina Syafiyah kena jaundis susu ibu, saya tidak putus-putus membaca selawat Syifa ketika menyusukannya, sambil dodoi Aina tidur pun, saya selang selikan zikir-zikir dan selawat syifa.Nenek  dan Mak De Aina pun selalu dodoikan dengan lagu selawat Syifa ni.

Kesannya: 
Biasanya Aina hanya akan dengar selawat Syifa dari kami, dan tiba-tiba suatu hari tu, TV mana entah yang menyiarkan lagu dan video klip Selawat Syifa, dia senyap dan menoleh ke arah TV, bersungguh mendengar lagu-lagu tu.Oh mesti rasa pelik, sebab suara yang beransyid tu, bukan suara Uminya, neneknya atau Makdenya kan?:-)

Alhamdulilah.Doakan kami sekeluarga berjaya menerapkan persekitaran yang baik buat Aina ye.Sama-sama kita usaha.

Nota Naluri:
Sekarang tengah cuba habiskan blog ni,Cinta Rasul.Menarik sangat.Kagum dengan cara dia mendidik kedua-dua anak lelakinya sampai boleh tolong memasak.Siapa kata anak lelaki tak payah masuk ke dapur kan?