Bismillahirahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.
Kami dah sampai!Alhamdulilah! |
Alhamdulillah,dalam kesibukan kami sekeluarga di hujung minggu, kami berpeluang untuk menghadiri Mawlid Akbar di kampus UIAM, Kuantan di samping mengubat rindu pada tempat pengajian sebelum ini.Syahdu rasanya bila melepasi lanskap-landskap, bangunan pentadbiran , kuliah dan mahallahnya.
Jangan tak tahu rombongan kami empat buah kereta tau bersama emak dan adik, keluarga mertua, kakak dan adik ipar, dan anak-anak buah kami.Meriah! Semangat siapkan Aina awal-awal, tidurkan dia waktu siang, supaya dia boleh biasakan diri dengan majlis macam ini.Walaupun ada halangan-halangan kecil, bila dingatkan niat untuk bermawlid, tetap tekad untuk meneruskan perjalanan kami.Alhamdulillah,Semua dengan segala izinNYA.
Dalam Masjid SuItan Haji Ahmad Shah, UIAM Kuantan |
Kami sekeluarga datang selepas Maghrib walaupun programnya bermula dari Asar lagi,Itulah waktu yang terbaik bagi kami.Sebaik sahaja sampai, dan parking kereta, saya dah dengar qasidah-qasidahnya bergema di luar masjid.Wah pasti lah saya yang teruja.Aina pun menyengih aja bila uminya teruja begitu.Tapi abinya lagi teruja, terus pergi bawa Aina ke tempat muslimin untuk berqasidah sama-sama.Laju pula jalannya.Teruja dalam diam la tu..:-P
Di luar masjid ada juga kiosk menjual barang-barang, tapi saya tak sempat nak menyinggah pun.Zauji kata ada macam-macam jenis selendang bahu, ada yang bersulamkan gambar capal nabi lagi.Rupanya memakai selendang di bahu (macam Ustaz Don selalu pakai) merupakan satu sunnah Nabi Muhammad s.a.w.
"Ya Rasullullah...Dalam sirahmu ku temu tulusnya cinta
Demi Umatmu berkorban jiwa sehingga hujung nyawa-
Kasih Padamu, Ya Rasulullah..."
0 inspirasi naluri :-):
Post a Comment