Showing posts with label RUMAH. Show all posts
Showing posts with label RUMAH. Show all posts

4/27/16

Sewing Project: Langsir Dapur

BY humble.yat IN , , 4 comments

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Projek Jahit Mudah. Langsir Dapur. Mula-mula masa masuk rumah, guna cangkuk S dan rod besi Daiso dan sangkut langsir je. Sebab tak tahu nak guna konsep apa lagi.Sampai sekarang pun idea tak menjelma lagi.Hehe.Tapi tingkap dapur dah ada frosted tinted, jadi sebenarnya takdela nampak aurat pun. Tetapi entah nak juga letak langsir seketul ada kat  situ.Nama pun dah perempuan.Kita letak jela sampai kitchen kabinet dah ada yek.



Kemudian, , bila nak buat kenduri kahwin adik di rumah kami, (Nanti saya kongsikan pengalaman buat kenduri kahwin di rumah sendiri, memang nervous tau ) . kena upgrade la sikit langsir dapur. Puas juga mencari idea nak jahit langsir labuh mana, warna apa yang sesuai.Akhirnya biru juga pilihannya.Labuh langsir saya amik 3/4 dari grill.



Saya dan zauji puas juga mencari idea macam mana nak sangkut langsir dalam keadaan last minute tu, sebab nak sangkut guna cangkuk S, dan wayar memang tak lepas,.Railing langsir pun ambil masa. Nasib baik idea datang,,,,

Kami guna wiring langsir dan cable tight!ikat pada besi grill tingkap.Memang kemas. Tengok kat bawah ni...:-) .Bolehlah sementara mencari idea yang lebih superb lagi lepas ni.

Boleh nampak kan frosted tinted kat tingkap tu kan?Memang pemandangan luar pun tak nampak, kira memang cover aurat kita sebagai orang dapur.Langsir tu buat syarat penyeri dapur je.Hihi..Nak juga ada unsur bunga kat situ hehe.




Abaikan keadaan susun atur dapur yang tidak terurus tu yek.Malu ai..hehe.Pic silau sikit waktu siang.

Kain langsir tu beli Di kamdar je RM5.00 semeter.Ada macam macam warna, tapi yang ini paling berkenan.

Ok itu sahaja, semoga bermanfaat.

4/22/16

Rumah: Loteng Stainless Steel

BY humble.yat IN 2 comments

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.

Kali ini saya nak  berkongsi berkenaan loteng rumah yang kami dah buat.Terima kasih kepada sesiapa yang emel, ramai juga rasanya, yang request tanya pasal loteng berikutan entri saya yang ini.Alhamdulilah, entri saya dapat membantu mereka yang mencari maklumat,Saya pun kaki google  juga sebelum membuat buat apa-apa keputusan setelah membuat perbandingan,Memang dunia blog membantu saya membuat pilihan yang lebih bijak . 

Tangga besi ke loteng rumah
Insya Allah, saya akan kongsikan loteng yang kami buat di rumah.Antara tujuan kami membuat loteng adalah:

1) Penyimpanan barang ketika musim tengkujuh dan banjir, terutamanya, barang elektrik, tilam, pakaian dan lain lain.
2) Memaksimakan penggunaan bilik yang bersiling tinggi

Eh tapi, boleh buat mini library and tempat solat juga .comel je ruangnya.

Adik adik saya kata, kalau diaorang duduk rumah semua berebut nak duduk dalam bilik berloteng sebab ala ala Korea katanya.Entahlah, cerita yang mana satu , pun saya tak tahu.

So, konsep loteng kami menggunakan besi stainless steel.Di kawasan perumahan kami, memang majoriti buat loteng.Ada yang dari kayu teguh .Ada juga yang DIY, bgai mereka yang berkesempatan buat sendiri..Macam macam design jugaklah.Tapi zauji berkenan menggunakan konsep stainless steel, supaya lebih kukuh dan tak reput , dimakan anai-anai.Kalau kayu lama-lama dimakan hari.Lainlah kalau chengal dan jati kan?Wallahualam :-)

Jadi inilah konsep kami.Loteng stainless steel.


Tangga besi, berpagar di atas.Buka je pintu memang cukup cukup ruang untuk tangga di atas. Bilik tengah kami ni kecil sahaja,Jadi tangga memang agak curam, tapi saya rasa ok sangat dah. Alhamdulilah.Sekurang-kurangnya ini ikthiar kami bagi persiapan banjir, jika berlaku lagi. 



Nampak kan kawasan di atas yang berpagar.Masa ni memang tengah letak barang-barang kat atas, sebab awal Disember dah start hujan sedikit-sedikit.

Standard Rate harga pasaran ketika itu, RM3,000-RM3,500.00.tapi disebabkan kami adalah yang pertama menempah loteng dengan Abang Man, maka kami dapat harga special:-) Lagipun Abang Man, ni suami kawan saya.Senang nak berurusan dengan dia tau.

So, sesiapa yang berada di Kuantan, bolehlah contact Abang Man (Man Jaya Engineering-013 9501335. dan mengikut masa kami, di hujung minggu, sebab kalau hari berkerja susah sikit kami nak ada di rumah huhu,kerja-keraj Abang Man, memang sangat, siap dia menyapu dan kemas balik apa yang dia dah buat.Menayapu dan sebagainya.Terima kasih banyak banyak tau,Nanti datnglah rumah lagi yek.hehe

Alhamdulilah setakat ni, kami sangat berpuas hati dengan perkhidmatan Abang Man.Next projek tabungan untuk buat awning rumah, besarkan car porch, pagar pula..Step by step. Doakan kami dimurahkan rezeki yek.

Saya harap entri  ini dapat membantu bagi mereka berniat nak buat loteng rumah.

Semoga bermanfaat.

3/15/16

Rumah : Idea of Car Porch Roof Design

BY humble.yat IN No comments

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.


Mood sekarang tengah cari idea untuk renovate car porch.Kita save kat sini dulu untuk rujukan yek.Apa apa boleh update je kat sini.;-)

FROM SENTORIA 
Yang ni ambil design dari projek Sentoria.Kira design rumah kami juga. So amik guideline dari sini dulu . Kebanyakan projek perumahan sekarang,  car porch banyak guna siling yang macam kat bawah ni.Mungkin itu konsep sekarang.

Teringatt pula tentang bacaan reka bentuk atap mengikut negara.Contohnya Malaysia memerlukan bumbung yang macam atap bentuk V terbalik tu kan disebabkan keadaan cuaca di Malaysia yang menerima hujan dan sebagainya.Manakala negara Arab dan seumpamanya, cenderung menggunakan bumbung yang bersimen dan rata , sebab mereka berhadapan dengan cuaca dan ribut pasir dan sebagainya.Wallahualam.

Banyak design car porch sekarang prefer yang macam kat bawah ni.Mungkin nampak lebih kontemporari kot.Tapi macam mana nak maintain ye, kalau ada sampah-samapah kat atas tu? Dah mula bayangkan bukan -bukan kan?hehe

google pic
Design yang ini menarik juga, sebab atas bumbung car porch buat buat balkoni sekali.dengan rekaan tiles dan border yang melengkung.menarik juga.

google pic
YAng ini, memang modern dari jenis "glass".Mesti kena bersihkan selalu kan?

google pic
Yang ni menarik juga.Antara yang orang yang selalu buat sekarang.Nampak moden juga.

PROJEK KOTASAS

Yang ini saya selalu nampak design projek perumahan sekrang bertiang berbumbung simen.Tapi simple sangat bagi saya.Huhu...

google pic
Yang berbumbung rata juga dan ada aksesori tiang seri di tepi.Hmm menarik juga kan.

Ok kalau sesiapa ada idea , bolehlah share dengan saya yek.Masih mencari idea lagi ni hehe.


3/9/16

Rumah : Checklist Dokumen Wajib Ada

BY humble.yat IN , 3 comments

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.


Hari ni nak kongsikan senarai dokumen yang perlu ada bila dah dapat kunci rumah. Sebab banyak klien saya , apabila dia merancang untuk menjual rumah ataupun refinancing(pembiayaan semula ) kebanyakan dokumen perjanjian beli tidak lengkap dan menyukarkan proses dan pertambahan kos.

Jadi, saya harap perkara ini bermanfaat untuk semua.

1. Perjanjian Jual Beli 
Mesti berrtarikh dan dimatikan setem, ditandatangani penjual pembeli disaksikan peguam 
Ada salinan geran sebagai lampiran, dan harga jual beli dan maklumat yang seadanya.

2. Salinan geran atas nama pembeli
Bila kita beli rumah dan membuat pinjaman bank, tak semestinya kita ada geran asal.Sebab geran asal tergadai pada bank.maka bank yang akan simpan geran asal tersebut bagi tujuan jika pembeli tidak membayar pinjaman bank, mereka ada hak untuk membuat lelongan dan sebagainya

Jadi salinan geran asal (yang fotostat) .Biasa boleh minta salinan tersebut dengan peguam yang mengendalikan pendaftaran pindahmilik rumah tersebut.

3. Resit Cukai Tanah & Cukai Pintu
Cukai Tanah adalah cukai yang dibayar ke Pejabat Tanah Daerah yang dibayar setahun sekali sahaja.Manakala Cukai Pintu dibayar kepada Majlis Perbandaran dibayar dua kali setahu.Sila bayar tiap-tiap tahun,sebab kebanyakan dari tidak membayar kedua-dua cukai sehingga menyebabkan tunggakan yang terlalu banyak dan melibatkan penalti.

4. Segala Resit Atas Perbelanjaan Rumah
Resit Fee Guaman, Resit Renovation Rumah.Penting sebab sebagai bukti perbelanjaan atas rumah bagi urusan LHDN jika rumah itu dijual dalam tempoh kurang lima tahun ke bawah.

5. Dokumen Bank
Wajib. Ada salinan yang bersetem mengikut produk bank yang dipilih  dan No Akaun Pinjaman Bank ada supaya mudah berurusan.

6.Salinan CCC(Sijil Layak Menduduki)
Yang ni wajib ada bagi yang beli rumah secara terus dengan pemaju.Kalau beli rumah dari owner sendiri, tak perlukan CCC , hanya geran individu sahaja yang berdaftar atas nama pemilik terkini.

Ok Itu sahaja perkongsian dari saya,Balik ni masing masing sila semak ye.Sila pastikan semua dokumen tu ada dan diletakkan setempat.

1/18/16

Rumah : KDK Wall & Auto Fan

BY humble.yat IN 1 comment

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.

Akhirnya selesai juga masalah kipas di dinding .
  • bilik yang bersiling rendah, 
  • bilik tengah yang ada loteng aka bilik modus operandi 
  • antara dapur dan meja makan.
Semuanya diselesaikan sebab loteng dah siap. baru senang bila sekali harung.:-) hebatlah zauj buat all out dalam masa setengah hari.Sampai bermandi peluh walaupun kesihatannya tak mengizinkan untuk dia buat kerja lasak-lasak.Semoga Allah sentiasa melindunginya.Aaminn...

Macam biasa , kami beli di kedai pembekal barangan KDK Kuantan di Jalan Bukit Ubi, tengok katalog, minta pendapat , bayar dan pekerja hantar terus ke kereta.


KDK Auto Fan RM230.00

Dah berfungsi dengan jayanya di bilik yang bersiling rendah:-)

Kipas ni letaknya di bilik yang siling rendah kat bilik belakang menghadap bilik tetamu.Mencabar juga pasang di bilik ni  sebab settingnya tak sama dengan kipas di dinding biasa, kena set regulator. Kalau orang wiring mungkin takde masalah sangat kot.Tapi bagi kami yang DIY sendiri ..hehe memang kena study la bab wiring ni .Buat finally Alhamdulillah..berpusing dengan jayanya.Memang angin KDK ni best..Tempat solat dan pantry office saya pun pakai kipas dinding KDK..:-) 





RM165 - 16"



Kipas di bilik "modus operandi".Sebab bilik ni sesuai untuk buat kerja sahaja.Tidak sesuai untuk tetamu.Tetamu bujang mungkin boleh hehe. Yang berbesi kat atas kipas tu loteng kami, standby letak barang bila musim banjir dan letak barang barang yang jarang digunakan. Kipas ni menghadap pintu bilik.Supaya angin tidak beredar dengan elok ke luar rumah.Takde lah ter"paap" je kan? Kipas atas loteng mungkin pakai kipas meja je.Sebab mudah alih. Sebelum ni bilik ni, sebelum tiada loteng kami pakai kipas siling KDK. Kipas tu dah dicabut dah , dan diberikan kepada mak dan ayah mertua untuk dapur baru mereka.



RM220- 18"


Yang last, kipas antara ruang makan dan ruang dapur . Kali ni guna bilah yang besar 18" sebab penggunaan ruang yang besar.Dah tak bersauna dah di dapur.Biasa mengharapkan angin kat luar tingkap je  .Alhamdulilah yang ni pun berfungsi dengan jayanya

Alhamdulilah, kami dapat juga harga less.Jaminan bagi semua kipas ini adalah setahun, Harap dapat berfungsi dengan baik.Be nice to us ok?

12/31/15

Journey of 2015

BY humble.yat IN , 2 comments

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.

Ending of 2015- Dalam bonet kereta saya ada kucing! Mendebarkan betul bila nak drive tapi ada bunyi kucing mengiau.Tapi tak tahu kucing tu kat mana.haha.Agaknya dia tumpang tidur sebab malam tadi hujan.Janji dia selamat.Alhamdulilah.

Alhamdulilah, banyak azam yang terlaksana.Antaranya, melakukan penjimatan kos dan janaan kewangan, menunaikan umrah bersama family. Itulah impian paling besar kami pernah laksanakan.

Kerja? Kita tak boleh memuaskan hati semua orang.Janji buat kerja kita baik baik dan Allah tahu sebagai kemampuan kita. Yang paling sedih, kawan sepejabat saya mengakhirkan perkhidmatannya pada tahun ini, buka firma guaman sendiri.Tahniah Irfan.Dah berjaya mencari "Magic" ye.

Alhamdulilah, adik saya Basirah telah selamat bertunang pada bulan Ogos, dengan Jihan dari Pontian, Johor.Tak sangka betul dia nak kahwin dah. Sampai tak sempat nak coretkan kat blog.

Perkahwinan anak sepupu, Mardhiah dan suaminya juga  telah selesai pada Oktober.

Adik ipar saya juga dah selamat bersalin anak kedua , Uwais Abdul Azim pada 3/7/2015. Tak dapat nak potong dah queue dah.insya Allah,segala rezeki semuanya datang dari Allah.

Renovation rumah mak
Guna duit bonus hari raya, upgrade car porch rumah mak.Tiada lagi taman mini dia sebab dia pun tak larat nak menebas rumput.Dan kami pun takde masa nak menebas rumput huhu.

Loteng Rumah
Target loteng rumah pun dah tercapai.Alhamdulilah!


Cerita Duka 2015

Tetapi dalam suka ada juga dukanya.Ayah mertua diserang strok pada 1 Muharam.Alhamdulialh setakat ini perkembangan makin baik.Sudah mula jalan bertongkat.


20.11.2015- operation slip disc

Suami saya kena operation for slip disc pada 20.11.2015. Katanya, dia dah tak dapat lagi jadi "Superman" saya sebab tak boleh buat aktiviti yang berat-berat.Huhu.Kebetulan pada tarikh tu merupakan tarikh kami kehilangan arwah abah kami.

Kemudian kami dikejutkan dengan berita jiran saya, Pak cik Suhaimi meninggal .Saya terima berita di pejabat.Masuk bilik air, menangis habis-habis.Sebab sebaik sahaja arwah abah meninggal, dia pesan pada saya "Kakak kena belajar sampai habis dulu, jangan fikir pasal kahwin lagi yek".Maknanya pelajaran kami begitu penting pada matanya.Dia juga banyak menolong kami selepas pemergian arwah abah.

Bulan puasa hari tu, saya menerima berita tentang pemergian sahabat baik saya, Mieza yang meninggalkan seorang anak 4 tahun.Sakit dalam perut yang tidak dapat dikesan.Memang satu tamparan buat saya, memikirkan dia sudah selamt bertemu Allah. giliran kita pula bagaimana?

Al fatihah  untuk mereka yang telah pergi.Semoga mereka digolongkan di dalam golongan yang beriman.

Insya Allah tahun hadapan.Semoga semuanya bermula dengan baik.Be nice to me 2016!


Eh Zauj ada bagi diari eksekutif 2016 kat saya semalam.wah terima kasih, Terharu tau! sebab buka buka je diari tu ada "love" .:-) Itupun sebab Aina yang perasan.


10/20/15

Susun Atur: Barang Daiso

BY humble.yat IN , 3 comments

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Sejak Kuantan dah ada Daiso,Asyik cuci mata je di sana,Sebab kat sana ada banyak yang sangat sesuai untuk memudahkan segala urusan di rumah and praktikal.Tapi nak beli barang kat Daiso, kena fikir fikir juga sama ada berbaloi atau dengan RM5.30 (termasuk GST).Kadang-kadang ada di kedai RM2 pun lebih murah ataupun Mr DIY lagi murah. 

Jom tengok apa yang saya grab di Daiso, sampai sekarang berbaloi guna,Sangat suka aksesori warna putih kan,Nampak gaya IKEA plak hehe.

Tempat sisa makanan di sinki.
Saya beli yang ini bagi menjimatkan ruang di sinki.Bila nak guna, baru letak plastik. Bila tak guna kita simpan di tepi..Jadi nampak bersih sikit kawasan sinki ni.Minat juga nak letak "dustbin" comel-comel tu.Tapi mengambil ruang.Jadi tak sesuai untuk keadaan sinki rumah kami.


Yang ini pula penyidai kain,Saya sidai kain buruk. Bila bersih, kita ketepikan semua hook tu ke dinding.Jadi nampak kemas lagi.Lokasi, bilik utiliti tempat mendobi baju,



Ada satu lagi, beli tisu roll, letak tisu lekap di dinding dan tarik.Boleh juga letak di peti.Tapi jarak yang tidak sesuai untuk digunakan.Saya selalu guna tisu tu kalau nak tapis makanan yang bergoreng supaya kurang minyak..Maka di dinding sebelah tempat memasak yang paling sesuai 

Ok itu sahaja perkongsian hari ini.

Semoga bermanfaat.

9/10/15

Rumah : Survival Banjir

BY humble.yat IN 4 comments

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.


Kawasan Perumahan Kami,
Sejak dua tahun yang lepas, selalu berlaku musim banjir besar, termasuklah rumah yang kami beli.Pada mulanya kami susah hati, kan.Tetapi bila memikirkan tentang orang Kelantan yang hampir saban tahun mengalami banjir dan banjir terbesar pada tahun lepas, membuatkan kami memikirkan idea survival (ikhtiar hidup) rumah dalam keadaan banjir.

1. Cari perabot tahan lama/tahan banjir
  • Perabot kayu jati. Perabot kayu jati pun dah ada yang moden. Tapi saving kena banyak.Janji berbaloi guna.Insya Allah akan diusahakan. (Di kawasan kami, penduduk di kampung sini memang dah survive untuk banjir, lot kedai yang boleh terapung bila berlaku banjir, perabot jati, rakit terapung untuk letak barang elektrik dan sebagainya) 

Wall Rack from ikea, boleh tarik macam tu je.Panel Chipboard dilarang yek.

  • TV dan Panel, yang boleh dicabut anytime. 
  • Rak/Kabinet yang bergantung dan boleh dicabut- wall rack.
  • Katil besi dan kayu teguh (bukan jenis chipboard yang mudah mengembang bila terkena air- say no to chipboard furniture di kawasan rendah) 

Idea Console dari Ikea, rak plastik.Menarik kan?

  • Almari kayu teguh/Almari Plastik/Almari Mudah Alih/Mudah dicuci
  • Tong plastik yang besar, kumpul ikut kategori (elektrik/periuk, kuali) supaya mudah dialih ke loteng

"Mangsa Banjir" di dapur kami yang tak sempat diselamatkan

  • Kabinet dapur, kalis air/banjir, mudah dicuci.Sekarang ni dah banyak di pasaran yang jenis pintu aluminium.
2.   Bina loteng yang tinggi, untuk  letak tilam dan sebagainya. Tilam kalau kena banjir. memang rosak dan tak boleh digunakan lagi.Tilam pun mahal juga kan?

3. Lekapkan kelengkapan elektrik, seperti mesin basuh, peti sejuk, rak -rak yang berkaitan terus ke dinding untuk elak jatuh/tumbang ketika waktu banjir Perabot lekapan didinding akan dikira sebahagian struktur bangunan dan dilindungi insurans.takaful banjir (jika ada)

4. Cat kalis air/banjir- cara mengecat kena betul- plaster dan cat.

5.  Wallpaper- ada jenis yang boleh digulung dan digam balik jika berlaku banjir.Tak pasti jenis apa, tap memang ada.Wall Paper Korea kalau tak silap.

Antara koleksi carpet patchwork.Beli bila ada sale , baru berbaloi..
6. Carpet yang ringan, mudah alih, contoh patchwork.Sebab kalau basah, senang cuci dan dijemur.Tak berhabuk pun, sesuai untuk anak kecil.

7. Paling penting , dokumen dan sijil letak setempat yek.

Terfikir juga, bila situasi berlaku, di temapt kami tinggal, membuatkan kami lebih kuat dan bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.Insya Allah, semoga urusan kami dipermudahkan setiap tahun.

Setakat ini, itu sahaja. Kalau ada idea lain, mungkin akan diupdate lagi

Semoga bermanfaat yek.



9/9/15

Rumah: Cuci Mata di Romantika

BY humble.yat IN , No comments

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.


Hari Jumaat , ada waktu rehat yang panjang.Bolehlah nak merayap jauh sikit kan.Kali ini kami merayap ke Romantika Home Decor, teman kakak-kakak sepejabat nak beli barang deko.Saya cuci mata je. Depan Kuantan Plaza je.Senang juga nak cari parking kat situ.Kalau Rajin sikit, boleh merayap kat SSF.:-P


Bagi peminat koleksi "cupcake".memang macam-macam ada.Rambang mata.


Bekas gula dan kopi.Bolehlah untuk mini pantry nanti kan?Konon self service la kat mini pantry ni.



Wah, jam .Lagi rambang mata tengok.Siapa minat English Deco, pasti takkan lepaskan peluang untuk koleksi,Saya pun minat juga yang ini.Letak kat area dapur.Tenang sikit kalau nampak bunga.;-P 


Jam yang ini pun menarik kan...pilih pilih..tapi kalau harga murah, tunggu dia buat sale.

Rumahku Syurgaku.

Nota Naluri:
Jangan lupa hias dan deko juga "rumah bawah tanah" yek dengan iman, amal dan taqwa. Yang tu paling penting :-) 

8/28/15

Rumah: Grill & Tinted

BY humble.yat IN 17 comments

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.

Bila nak masuk rumah,mesti perkara pertama yang terfikir adalah grill.Tetapi sebelum pasang grill, kena selesaikan kemasukan elektrik dahulu kan.Sediakan sahaja dokumen yang diperlukan, daftar di TNB dan buat bayaran mengikut harga pasaran rumah, Tak semua bayaran sama yek.Ada yang mahal, ada yang murah, sebab ianya bergantung kepada nilai rumah,TNB akan maklumkan, kemasukan elektrik dalam masa lima hari waktu bekerja dan akan dilakukan oleh kontraktor/subkontraktor yang dilantik oleh mereka.Alhamdulilah, rumah kami dah siap dalam dua hari selepas pendaftaran. Barulah boleh setup grill kan.Lepas grill, pasang kipas dan lampu.Step by step.

Grill Rumah


Grill kami tempah dari suami kawan saya, Abang Man.Memang kami utamakan kontraktor Melayu, Memang hasil kerja dia sangat bagus dan kemas.Proses pasang grill adalah dalam dua hingga tiga hari rasanya. Tak siap satu hari terus, sebab kerja dia memang banyak.


Abang Man ,minta kami pilih design mana yang berkenaan, tunjuk je mana mana contoh grill yang kita suka, kemudian dia akan berikan pandangan yang terbaik.Macam kami, pilih yang simple je,Takde corak dan bunga-bunga.Tapi harga grill tetap sama, sama ada yang bercorak, kosong dan ada bunga.

Total kos grill RM3,000.00  termasuk ampaian baju. Ok la kan.Sebab kami survey yang kontraktor yang lain, rumah kami lebih kurang RM3,500.00.Jimat RM500.00 kan?

So, buat kawan-kawan di Kuantan, bolehlah hubungi Abang Man (Man Jaya Engineering--0139501335.

Sekarang kami baru tempah dengan Abg Man untuk buat loteng.Tak sabar tunggu hasilnya.Semoga terus sukses ye.

Tinted Rumah (gambar akan diupdate kemudian)

Tips Tinted Rumah,Kalau nak murah, sila selesaikan tinted rumah sebelum pasang grill.Bila pasang tinted rumah , bila ada grill, kerja kerja agak sukar sedikit dan kos pun bertambah lah sedikit.

**Biasa bajet tinted rumah teres setingkat RM500-600. Rumah Berkembar Setingkat  RM1,000-RM1,500.00 bergantung pada keluasan rumah dan jenid tingkap.

Cari tinted yang tahan UV dan warna, maknanya warna tinted takkan pudar dalam masa yang singkat. Memang terdapat di pasaran, akan ada yang menawarkan harga tinted yang murah, jadi berhati berhati, sebab kami dah nampak kesan tu pada tinted di kawasan kejiranan kami.Asal hijau dah jadi warna kuning, walaupun belum sampai setahun lagi.Jadi cari yang berbaloi yek.

Bagi mereka yang suka DIY, mungkin boleh cari tinted kereta di kedai tinted, kemudian pasang mengikut kreativiti kita.eheh sebab jiran belakang rumah, buat macam tu.Jimat kos.



Sumber: google
Yang frosted tinted bercorak.Lebih kurang yang ada kat rumah.

Sumber :Google

Sumber:Google

Tinted dapur kami buat yang UV decorative frosted tinted .Memang direka khas untuk kawasan dapur, sebab senang dicuci kalau terkena kotoran. Bayang-bayang kita pun tak nampak.Saya pun tak pasang blind pun kat situ.Just buat langsir yang simple, sangkut dengan besi DAISO RM5, 

Kami buat dengan En Sh Ikhwan dari One Solar Tint. Boleh hubungi dia 019-3010583.Kerja dia pun sangat kemas. Dia juga sangat mementingkan aurat isteri terjaga di dalam rumah dengan tinted yang dicadangkan seperti UV  decorative frosted tinted.Saya pilih corak kristal:-) 

Kami buat tinted warna hijau di luar, tinted silver di dalam. Bila waktu malam, nampak macam cermin. Di dapur, kami buat tinted frosted untuk tiga tingkap.Setakat hampir setahun berlalu,memang kami puas hati dengan tinted ini.Rumah lebih sejuk walaupun ketika cuaca panas tanpa pengahwa dingin, sebab kawasan rumah kami kawasan bukit dan sungai, maka angin banyak menyinggah..Alhamdulillah..

Jom support usahawan Islam.

Grill- Man Jaya Engineering - 0139501335.
Tinted-  One Solar Tint- Sh Ikhwan 019-3010583

8/27/15

Rumah :Defect Liability Period

BY humble.yat IN 2 comments

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Buat peringatan bagi kawan kawan yang beli rumah direct dengan pemaju, sekarang cuaca asyik hujan kan?Jadi jangan buang masa cek siling dan kebocoran rumah atau apa apa sahaja kecacatan/kerosakan rumah selagi tempoh liabiliti kecacatan masih ada.

Contoh kerosakan yang sedang dibaiki.

Tempoh liabiliti kecacatan adalah dua tahun bermula dari penyerahan kunci atau tarikh CCC dikeluarkan. Jangan sekali kali abaikan bahagian ini. Sebab hak pembeli ada 5% daripada harga belian rumah tu.Kalau dalam perjanjian jual beli rumah di bwah pemaju , pergi pada Jadual Bayaran Berperingkat, akan jumpa klausa macam ni;

(a) two point five per centum (2.5%) at the expiry of eight (8) months  after  the  date the Purchaser takes  vacant possession of the said Building; and

(b) two point five  per  centum  (2.5%)  at  the expiry  of twenty-four (24) months after the date the Purchaser takes vacant possession of the said Building.


***Jika ada renovate rumah, tuntutan kerosakan ni tidak terpakai lagi.contoh table top. Jika Bahagian sekeliling table top  ada retak di dinding dan seumpamanya, kita tak boleh claim dengan pemaju lagi,

   Tetapi buat rumah yang berada di dalam kawasan risiko banjir, dan pinjaman rumah telah dilindungi oleh takaful/insuran banjir, sebarang lekapan perabot seperti table top akan dikira sebagai struktur bangunan dan akan dilindungi dibawah takaful tersebut. Segala perabot alih tidak termasuk di dalam perlindungan takaful banjir yek, Insurans perabot pun ada tau.Pilih je mana yang berkenan.Semoga hak pembeli sentiasa terpelihara.

Ok. Laksanakan hak pembeli yek.


3/16/15

Idea : Wall Deco Khat

BY humble.yat IN , 2 comments

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Aish..akhirnya terkena Monday Blues juga hari ni.Mulalah tak leh duduk diam, selagi entri blog tak settle.Makanya, hari ini cuci mata dan cari idea menarik utk untuk wall decoration.Kosong je dinding kat rumah.Kena cari sesuatu yang menarik ni.

Frame Khat 

Sumber : http://jakamusafir.blogspot.com
Sumber: http://aliffkufi.blogspot.com
Minat betul, warna kufi no 4 tu biru, purple and pink.Sejuk je mata memandang.


Yang ini memang tengah"in" sekarang.Memang cantik dan nampak lebih moden dalam seni khat.





Yang ini boleh letak kat pintu masuk.:-)

Sumber: http://asmahshop.com
Khat di atas ni menarik, kekalkan tulisan khat yang mudah dibaca dan ada corak abstrak lagi,Lima Bintang *****. Macam nak DIY style yang ini je.Berkenan la pula kan?

Idea di Topkhat pun menarik juga kan?





Nampaknya, saya dah lebih terarah kepada khat dan corak abstrak sebagai background.

Parking gambar kat sini dulu , sebab nak senang nak cari ilham.

Semoga bermanfaat.

2/27/15

Pagi Pertama

BY humble.yat IN 2 comments

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.

Pagi pertama.
Alhamdulillah, hijrah kami bermula pada Jumaat , 1 Jamadilawal 1436H. Inilah kediaman rasmi pertama kami tiga beranak.Sebelum ini hanya duduk di rumah ibunda tercinta di samping menjadi peneman aka "bodyguard".:-P

Rumah Ibunda tercinta
Tetapi, tempat yang jatuh lagi dikenang kan? Mana boleh kita lupakan betul tak?

Semoga segala urusan dipermudahkan.Jadi, kami akan berulang alik tiga buah rumah setiap minggu, rumah sendiri, rumah emak dan keluarga mertua.

Pena Hayati:
Bahagia bukan terletak pada besarnya rumah...;-)