9/10/15

Rumah : Survival Banjir

BY humble.yat IN 4 comments

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.


Kawasan Perumahan Kami,
Sejak dua tahun yang lepas, selalu berlaku musim banjir besar, termasuklah rumah yang kami beli.Pada mulanya kami susah hati, kan.Tetapi bila memikirkan tentang orang Kelantan yang hampir saban tahun mengalami banjir dan banjir terbesar pada tahun lepas, membuatkan kami memikirkan idea survival (ikhtiar hidup) rumah dalam keadaan banjir.

1. Cari perabot tahan lama/tahan banjir
  • Perabot kayu jati. Perabot kayu jati pun dah ada yang moden. Tapi saving kena banyak.Janji berbaloi guna.Insya Allah akan diusahakan. (Di kawasan kami, penduduk di kampung sini memang dah survive untuk banjir, lot kedai yang boleh terapung bila berlaku banjir, perabot jati, rakit terapung untuk letak barang elektrik dan sebagainya) 

Wall Rack from ikea, boleh tarik macam tu je.Panel Chipboard dilarang yek.

  • TV dan Panel, yang boleh dicabut anytime. 
  • Rak/Kabinet yang bergantung dan boleh dicabut- wall rack.
  • Katil besi dan kayu teguh (bukan jenis chipboard yang mudah mengembang bila terkena air- say no to chipboard furniture di kawasan rendah) 

Idea Console dari Ikea, rak plastik.Menarik kan?

  • Almari kayu teguh/Almari Plastik/Almari Mudah Alih/Mudah dicuci
  • Tong plastik yang besar, kumpul ikut kategori (elektrik/periuk, kuali) supaya mudah dialih ke loteng

"Mangsa Banjir" di dapur kami yang tak sempat diselamatkan

  • Kabinet dapur, kalis air/banjir, mudah dicuci.Sekarang ni dah banyak di pasaran yang jenis pintu aluminium.
2.   Bina loteng yang tinggi, untuk  letak tilam dan sebagainya. Tilam kalau kena banjir. memang rosak dan tak boleh digunakan lagi.Tilam pun mahal juga kan?

3. Lekapkan kelengkapan elektrik, seperti mesin basuh, peti sejuk, rak -rak yang berkaitan terus ke dinding untuk elak jatuh/tumbang ketika waktu banjir Perabot lekapan didinding akan dikira sebahagian struktur bangunan dan dilindungi insurans.takaful banjir (jika ada)

4. Cat kalis air/banjir- cara mengecat kena betul- plaster dan cat.

5.  Wallpaper- ada jenis yang boleh digulung dan digam balik jika berlaku banjir.Tak pasti jenis apa, tap memang ada.Wall Paper Korea kalau tak silap.

Antara koleksi carpet patchwork.Beli bila ada sale , baru berbaloi..
6. Carpet yang ringan, mudah alih, contoh patchwork.Sebab kalau basah, senang cuci dan dijemur.Tak berhabuk pun, sesuai untuk anak kecil.

7. Paling penting , dokumen dan sijil letak setempat yek.

Terfikir juga, bila situasi berlaku, di temapt kami tinggal, membuatkan kami lebih kuat dan bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.Insya Allah, semoga urusan kami dipermudahkan setiap tahun.

Setakat ini, itu sahaja. Kalau ada idea lain, mungkin akan diupdate lagi

Semoga bermanfaat yek.



4 inspirasi naluri :-):

ieza ashaari said...

Terbaik yati. Ni idea juga utk yg xkena banjir. Za ni ada 1 carpet je kt umh, tp nk urus ya ampun berat amat.

Fahimah Mahayuddin said...

Baru tau banyak idea yang boleh buat untuk hadapi banjir. semoga dipermudahkan untuk awak sekeluarga

humble.yat said...

ieza: terima kasih..manlah tahu ada yg tgh cari idea kan..kami ni takleh nak berdeko bagai dah..janji ada rumah tempat berteduh, terima tetamu...:-)

humble.yat said...

imah: tq imah..insya Allah, semoga Allah permudahkan urusan kita semua..