Showing posts with label 100penulis. Show all posts
Showing posts with label 100penulis. Show all posts

7/15/11

Kalau Saya Seorang Pengarah Filem

BY humble.yat IN , , 2 comments



Hi, Izfa, saya menyambut tag kamu, boleh juga lah berangan kejap nak jadi pengarah filem, duduk atas kerusi sambil cakap "action!"..Izfa ni juga merupakan rakan editor saya di 100penulis.:-)

Kalau saya seorang pengarah filem, teringin juga nak buat satu cerita tentang penguasaan ilmu.Sebenarnya saya sangat mengagumi kisah-kisah tokoh sejarah, bagaimana mereka berjuang dengan ilmu yang ada.Bukan setakat satu cabang ilmu, tapi PELBAGAI.Hebatnya mereka dalam mendisiplinkan diri dan mempelbagaikan ilmu.Tapi filem ni mesti nampak macam berat kan untuk dihayati.Saya tahu.Mungkin hanya sedikit sahaja yang ingin menontonnya.:-(


Tapi itulah cabaran saya untuk menghidupkan sejarah,terlalu banyak kisah teladan yang boleh golongan muda ikuti, cuma harus ditransformasi sahaja dalam versi moden, bagaimana ada anak-anak muda (macam saya kot) mengambil nilai-nilai murni, Contohnya kisah sejarah Sultan Muhammad Al-Fateh si pejuang muda, Rabiatul Adawiyah si sufi wanita tentang bagaimana harus kita terapkan nilai kehidupannya dalam kehidupan kita.


Bagi kawan-kawan yang tidak suka matematik, mungkin kita boleh terapkan kisah tokoh Islam Matematik, Al-Khawarizmi dalam kehidupan kita.(Macam saya, kurang suka matematik :-P). Bukan sahaja ilmu matematik, malah ilmu astronomi.


Dalam diam saya juga mengagumi cerita CSI, Criminal Minds bukan hanya kerana kisah siasatan jenayah, tetapi bagaimana mereka boleh menyebarkan ilmu dan mengajar kita berfikir lebih pantas, dan konsep itu yang saya mahukan, supaya minda kita sentiasa berkembang dan tidak hanya di takuk lama.

Tag:
Teringin nak tahu filem arahan kamu.:-P



12/1/10

Dapat Award Lagi..:-)

BY humble.yat IN , 8 comments

Wah, agaknya menjelang Disember banyak berita gembira buat saya.Baru sahaja meraikan follower yang ke-100, Apesz Slamber,  Tupai Karan pula bagi saya "Beautiful Blogger Award"!. Alhamdulilah...Saya mengenali Tupai Karan di ruangan 100penulis.Kalau rakan-rakan ada masa, singgahlah ke sana yerk..Terima Kasih banyak-banyak ye Tupai...
Award dari Tupai Karan..:-) Berkilau lagi baru lepas gilap ahaks..
Tanpa membuang masa, sebab saya ada banyak berita gembira yang lain, saya selesaikan tugasan saya yang ini dulu yerk..Tengok tau Tupai..:-) tapi janganlah ambil markah pula ye uhuks!

11/15/10

Kalaulah Kita Ikhlas

BY humble.yat IN 2 comments


Dari IluvIslam.com
Petang tadi, saya bersiap untuk keluar menghantar adik ke terminal.Saya sarungkan tudung yang kawan saya hadiahkan. Tudung berwarna merah, putih dan hitam bermotifkan floral.Tiba-tiba saya terrfikir, "Kenapalah saya suka pakai tudung yang kawan saya bagi ni?" Agak pelik, sebenarnya. Ketika dia menghadiahkannya beserta kotak tudung itu, saya hanya mengagak untuk memakainya apabila tetamu datang sahaja.

11/8/10

Mmm..Hujan Lagi?

BY humble.yat IN 4 comments


Sedar tak sedar, kita mula melangkah ke musim tengkujuh.Seronok ke musim tengkujuh ni?Yang tak seronoknya menjadi mangsa banjir kerana mereka mengalami kerugian ekonomi terhadap segala kerosakan La Nina.

Namun, bagi saya hujan itu satu rahmat.Dari kecil saya sukakan hujan, apatah lagi bau kelembapan tanah yang ditimpa hujan membuat saya bertambah segar untuk meneruskan fasa kehidupan saya. Satu perasaan yang tidak terungkap oleh kata-kata. 

10/18/10

Undang-Undang Jenayah Sihir

BY humble.yat IN , No comments






Seorang suami melafazkan talak kepada si isteri dalam keadaan dipukau, yang melibatkan ilmu hitam, sahkan talaknya?

Seorang isteri disihir oleh suami supaya dikunci mulut dan ditutup kes untuk mendakwa si suami yang asyik memukul, menendang dan perbuatan yang lain.Teraniayakah si isteri?

10/3/10

100 Kuntum Ros!

BY humble.yat IN 10 comments


100 kuntum bunga ros ini saya tujukan kepada 100 penulis sebagai tanda penghargaan dan persahabatan buat semua editor 100 penulis. Sepanjang menjadi salah seorang editor 100 penulis, bermacam-macam pendapat yang kami kongsi daripada semua perspektif. Maklumlah, mereka terdiri daripada berbagai golongan seantero Malaysia.Saya pula tak menyangka, permohonan saya dibalas dengan segera oleh pihak pentadbiran, pada masa itu bilangan editor masih 45 orang dan sekarang saya menjadi antara saksi perkembangan bilangan 100 penulis sehingga sekarang.Tahniah kepada pihak pentadbiran kerana berjaya merancang sistem yang begitu baik sekali. Jom mengunjungi 100 penulis!



Nota: 100 kuntum bunga ros ini melambangkan keharmonian sepanjang abad, kekal sehingga akhir hayat. Semoga 100 penulis begitu juga dalam melahirkan generasi baru untuk terus berkarya!