Terpanggil rasanya untuk saya berkongsi sebuah drama tempatan "Lafaz Bukan Mainan" yang dibintangi oleh Fizz Fairuz dan Sari Yanti. Tahniah buat RTM kerana memilih drama yang tepat bagi isu penceraian yang menjadi-jadi di kalangan umat Islam.
Drama ini ringkas sahaja, tidak melibatkan banyak konflik, tetapi menyampaikan mesej yang telus dalam meniti bahtera perkahwinan. Memang diakui, berkahwin dalam usia yang muda telah menjadi kebiasaan di dalam masyarakat kita. Namun, terdetik di hati saya, adakah mereka cukup matang untuk meniti alam perkahwinan. Ya, mungkin mereka sudah cukup matang, apatah lagi telah mengikuti kursus pra perkahwinan yang dianjurkan oleh Jabatan-Jabatan Agama Islam Negeri.
Berbalik kepada sinopsis drama "Lafaz Bukan Mainan" mengisahkan sepasang suami isteri yang sangat sayang menyayangi sehingga tidak boleh berpisah walau satu malam pun.Si Suami juga suka bergurau dengan si isteri sehingga pada suatu hari si suami bergurau untuk menjatuhkan talak sepuluh kepada si isteri dengan nada berseloroh.Ditokok tambah pula oleh si isteri bahawa jumlah talak itu tidak cukup.Setelah itu mereka saling kejar mengejar.
Lafaz itu didengari oleh kawan si isteri dan menegurnya bahawa, talak itu sah walaupun dalam nada gurauan. Pasangan ini merujuk kepada Jabatan Agama Islam dan keluarga mereka dan mengesahkan lafaz talak itu sah!
Meranalah pasangan tersebut kerana mereka saling sayang menyayangi.Si suami mengakui perbuatan itu berpunca dari kejahilannya.Sudahlah pula, si suami ini graduan universiti luar negara, berkerjaya dan berjawatan tinggi tetapi tidak tahu menahu tentang lafaz talak tidak boleh dibuat gurauan.
Terkenang pula saya, kebelakangan ini, ramai pasangan muda bercerai, termasuk rakan-rakan sebaya saya. Mungkin untuk mengekalkan alam rumahtangga berkekalan, mereka memerlukan ilmu yang cukup matang dalam melayarinya. Ternyata ilmu pra perkahwinan itu sangat penting!
Ibu bapa juga memainkan peranan penting sebelum membenarkan anak-anak mereka berkahwin.Pastikan mereka berilmu sebelum meniti asam garam kehidupan berumahtangga berbanding rasa cinta mereka.
Tetapi, saya pasti jika penceraian itu berlaku, itu adalah kehendak takdirNya dan akurilah jodohnya hanya terhenti di situ sahaja.Belajarlah menerima hakikat dan teruskanlah kehidupan anda dengan satu nafas yang baru.
10 inspirasi naluri :-):
itu la yg jadi kalau cakap tak fikir dulu..lafaz cerai ni memang tak leh bawa main2..
wah..berapinya khairol..sebab tu ilmu rumahtangga sangat penting..;)
mek.. mungkin da jadi trend zaman sekarang kot.. cam tukar2 baju..wallahualam..
penceraian pasti berlaku kalau takda persefahaman. tapi persefahaman takkan timbul tanpa adanya kerjsama dan kepercayaan. Kerjasama dan kepercayaan pula takkan timbul kalau masing2 bawa ego. Ego pula akan sentiasa ada.
SAlah siapa?
salam singgah :)
fuuhh..jaoh lagi perjalanan nak melangkah alam perkhwinan.PREPARATION~
aibaks;
agaknya trend berkahwin tanpa ilmu kot,,tu yg bertukar2 tu :)
ztie:
wah..byknya falsafah..sebab tu ilmu perkwhwinan sgt penting kan sebab meliputi semua perkara dan cara mengawal emosi kita andai kita beriman:)
Z:
takpe z..memng jauh perjalanan tu..cuma perlu bersedia sahaja:)
Yang penting niat asal masa kahwin tu,
jangan semata mata kerana sayang, sebab sayang ni boleh pudar....
sebab kurangnya ilmu agama...menjadikan lafaz cerai di dgn mudah dipermain-main kan...asal marah jer nk cerai...bila dh terlafaz..baru menyesal.... :)
jom ke APA KATA HATI pulak,
CHINTA
dnobiz:
betul jugak tue..setuju sgt2..:)
nabilah_2908:
ilmu agama itu stu kelebihan utuk melayari bahtera perkahwinan;)
ia amatlah memedihkan hati sekli..cukup skli mendagar luahan dari dua tiga org kwn suri ia amat menjeruk hati menikam perasaan..
Post a Comment