10/10/10

Hanya Kerana Cinta

BY humble.yat IN 4 comments


Malam ini, secara tiba-tiba saya tersentuh mendengar lagu "Hanya Kerna Cinta" . Mungkin hanya kerna cinta saya pada keluarga tersayang. Di sini ada nota-nota saya mengapa lirik lagu ini amat menyentuh hati saya. Lagu ini  dikeluarkan sempena Raya baru-baru ini gabungan personaliti Hot FM dan Artis Monkey Bone iaitu Hafiz, Aril, Ayu, Anne & Tini.
 
Keadaan kita memang sukar  
Bukan kerna cinta yang menghalang 
Walaupun terpaksa kita terpisah
Namun hanya untuk seketika saja
   
Nota: Ibunda, keadaan kita memang sukar kan selepas sepeninggalan arwah abah? Tetapi hanya kerna cinta ibunda pada arwah abah dan anak-anak, rela membiarkan kami melanjutkan pelajaran jauh dari ibunda. Kami terpaksa meninggalkan ibunda tercinta walaupun berat hati untuk meninggalkan bebanan tersebut.Cuba merancang yang terbaik untuk masa depan kami. Apatah lagi  tatkala melihat kerutan dahi ibunda tercinta yang sentiasa resah memikirkan anak-anak yang baru ingin mengenal erti kehidupan.Walaupun begitu, pasti keadaan ini hanya untuk sementara kan?Cuma kita terpaksa berpisah...


Tak pernah lepas dari cobaan
Dalam perjalanan percintaan
Tapi ku relakan cintaku untuk mu
Yakin pada tulusnya kasihmu

Nota: Benar, kita tak pernah terlepas dari cubaan kan ibunda? Berat mata memandang lagi berat bahu memikul? Menerima gelaran "ibu tunggal" di kala anak-anak baru menerjah dunia.Berbagai khabar angin berlalu begitu sahaja. Tetapi hanya kerana cinta, kita teruskan perjalanan kehidupan kita.Betapa tulusnya kasih kita dan setianya ibunda.
 


Hanya kerana cinta ku melangkah jauh
Sanggup menyepi mencari ilham ku
Tak ada yang lebih dari itu

Nota: hanya kerana cinta pada ibunda, hati dan semangat juang yang lemah menjadi teguh secara tiba-tiba. Mencari sesuatu yang boleh dibanggakan kepada ibunda suatu hari nanti untuk membuktikan cinta kita tidak sia-sia.

Hanya kerana cinta ku bersujud pasrah
Mengharapkan belas maaf dari mu
Tak ada yang lebih
Tak ada yang lebih dari itu

Bawalah aku ke dalam mimpi mu
Agar ku dapat bersama mu
Walaupun hanya sementara
Sentuhanmu indah



Nota: Ibunda, hanya kerana cinta dan kasih ibunda kepada kami, kami pasrah dan redha mengikut takdirNya.Walaupun payah, kita harus tabah bersama-sama.  Terbukti satu sentuhan cinta ibunda yang paling indah buat kami.Kami Sayang sangat Ibunda! Semoga kita sentiasa bersama, berkongsi kerutan dahi , rasa resah serta gusar, dan segala bebanan itu.

4 inspirasi naluri :-):

di sebalik wajahku.. said...

salam,

ibu akak mmg tabah.. mcm akak jugak.. macam basirah jugak.. ^^, sy kagum.

insyaALLAH kebahagiaan menanti....

khairolghani said...

suka lagu ni..waktu mula2 dengar tak ambil port sangat,sebab tak hayati lirik..tapi bila dah hayati lirik,semacam ada satu perasaan yang nak buat diri ni menangis..

semoga ibu anda kekal tabah menempuh hari2 mendatang..

noreed said...

suka jugak lagu ni. especially dekat part yg awk quote kan tu. maksud liriknya begitu mendalam skali

humble.yat said...

noreed:
lagu ni memng bez...hehe..tak terkata kot..:)