Seringkali kita mendengar pepatah "setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya". Tetapi dapatkah seseorang itu mencari hikmah yang tersembunyi sebenarnya dengan mata hati? Untuk memudahkan pemahaman hikmah yang terindah, saya selitkan melalui pengalaman yang dialami, yang telah dikongsi bersama saya (mungkin saya ditakdirkan untuk menjadi penasihat yang baik agaknya).
AL-KISAHNYA
Cik F (bukan nama sebenar) merupakan seorang penuntut di sebuah universiti tempatan.Cita-citanya ingin menjadi seorang pegawai kerajaan kerana ia lebih menjamin masa hadapannya dan keluarga. Jadi, pada fikirannya, dia perlu mendapatkan biasiswa supaya lebih mudah untuk mendapatkan pekerjaan. Namun, entah kenapa, seringkali dia terlepas peluang untuk membuat permohonan biasiswa tersebut. Ada sahaja halangannya.
Terdetik di hati Cik F rasa cemburu melihat rakan-rakan sekuliah mendapat biasiswa tersebut, sedangkan dia tidak. Rasa menyesal menyelubungi hati Cik F. Dia juga sebenarnya sangat berkelayakan untuk memohon biasiswa tersebut. Malah dia pernah disenaraikan dalam Senarai Dekan.Namun dikuatkan semangat kerana dia percaya ada hikmahnya.
Tahun demi tahun berlalu, akhirnya Cik F memasuki alam pekerjaan, Peluangnya mungkin tipis untuk jawatan kerajaan dan penaja-penaja biasiswa yang terkemuka. Rakan-rakan yang kebanyakan merupakan pemegang biasiswa dengan mudahnya ditawarkan jawatan kerajaan.Sedangkan dia hanya memerhati kegembiraan itu dan meneruskan pekerjaan di syarikat swasta dengan hati yang terluka.Hampir setiap hari dia meluahkan rasa kesal disebabkan dia tidak dapat memohon biasiswa tersebut. Malahan bayaran pinjaman pelajaran harus juga dilunaskan setiap bulan.Ruginya!
Tahun demi tahun berlalu, akhirnya Cik F memasuki alam pekerjaan, Peluangnya mungkin tipis untuk jawatan kerajaan dan penaja-penaja biasiswa yang terkemuka. Rakan-rakan yang kebanyakan merupakan pemegang biasiswa dengan mudahnya ditawarkan jawatan kerajaan.Sedangkan dia hanya memerhati kegembiraan itu dan meneruskan pekerjaan di syarikat swasta dengan hati yang terluka.Hampir setiap hari dia meluahkan rasa kesal disebabkan dia tidak dapat memohon biasiswa tersebut. Malahan bayaran pinjaman pelajaran harus juga dilunaskan setiap bulan.Ruginya!
Namun, dia bermuhasabah kembali , kenapa takdirnya begitu.,dan akhirnya dia pasti dan pasrah .Kenapa ya?Kerana Allah telah menjadikan satu perjalanan yang indah untuknya, andai dia dapat biasisiwa tersebut, pasti dia akan dapat menjawat jawatan tersebut seterusnya akan dihantar "posting" merata-rata tempat. Maka dia tidak dapat berbakti dan membalas jasa keluarganya. Kebetulan pula, tika ini keluarganya sangat memerlukan kehadiran dirinya. Memang tidak dapat dinafikan, jika dia mendapat biasiswa, dia tidak perlu membuat bayaran balik, tapi itulah harga sebenar pengorbanannya untuk keluarga. Tanpanya, goyahlah semangat keluarga yang sentiasa mengharapkannya. Dia pasti itu hikmahnya dan baru sekarang dia memahaminya dengan mata hati!
6 inspirasi naluri :-):
emang tiap apa yang terjadi tu ada hikmahnya,dan apa yg terjadi adalah ketetapan Allah..kena selalu bersyukur dengan apa yg kita ada dan apa yang kita dapat..
Very interesting and inspiring!
tak mudah putus asa... :-)
ada setengah org mudah nak dpt biasiswa ada stgh tidak..namun ia terpulang pada rzki masig, kepandaian seseorang tu..
tapi kita ttp still blh mencri altenatif jln trbaik utk suport pembelajar kita sperti cari keje part time.. jual kerongsang yangcomel2 kt kolej tu pun blh mendatangkan wet buat diri kita juga heee
@zikri: yang penting jangan sentiasa menyesali setiap apa yang berlaku.
@suri:kalau dah rezeki tak ke mana..saya dulu bekerja partime juga suri, jual prepaid dan partimer promoter.:)
@syedahmad fathi..lot of thanks for the appreciation:)
Post a Comment