10/30/10

Hijaunya Saya!

BY humble.yat IN 6 comments


Hari ini saya nak berkongsi apa erti warna dalam hidup saya.Kiranya ekslusif dari pandangan saya sendiri.Saya pasti banyak artikel mengenali warna diri dan potensinya.Saya juga yakin warna memainkan peranan penting dalam kehidupan dan personaliti kita.

Saya suka warna hijau. Sama macam "background" blog ni. Jika dibelek almari baju saya, kebanyakan warna hijau.Tapi adalah juga warna lain, cuma majoritinya warna hijau.;) Kawan-kawan saya pun kata saya sesuai sangat pakai baju warna hijau.Ada juga riwayat yang mengatakan, Rasullullah s.a.w pun sukakan warna hijau. 

Annas bin Malik mengatakan "Warna yang paling disukai oleh Rasulullah saw adalah warna hijau."

Apalagi, bertambah lagilah minat saya untuk mengumpul barang-barang hijau ini. Dinding bilik, karpet, langsir, baju semuanya berwarna hijau.Bagi saya, warna hijau ibarat warna alam, atau rumput atau tanah tempat yang sering dipijak, walaupun sering dipijak-dipijak, ia sangat berguna dan jangan biarkan ia meledak seperti terjadinya gempa bumi yang membawa kemusnahan, terjadinya fenomena gunung berapi dan seumpamanya.

Begitu juga ironinya saya, nampak senang dipijak-dipijak mungkin kerana atas sebab kesopanan yang ada (cewah), tapi punya pendirian yang tetap dan tidak goyah seperti rumput di bumi, walaupun ribut melanda. Tetapi awas, jika ada yang boleh membuat saya meledak seperti gunung berapi.Itulah tahap kesabaran yang maksimum yang saya kumpul selama ini dan tidak dapat disimpan di dalam hati lagi. Tapi, kesabaran seperti rumput tetap saya utamakan kerana sabar itu separuh dari iman.

Itulah sebabnya saya sukakan kehijauan!

6 inspirasi naluri :-):

ztie said...

dulu tak minat warna hijau. tiba2 tahun ni segala2 nya warna hijau. baju raya. tudung. tshirt. botol air.. ehehe... hijau kan warna alam. tenang jerr

humble.yat said...

hijua bukan setakat warna alam tapi warna kerendahan diri..hehe

Nas said...

ape2 pon..aku suke warna biru cair,hitam..hijaw suke gak..siap beli moto hijaw..hehehe

latest entri:

widget yang wajib,harus serta tak perlu ada dalam blog

Zikri Husaini said...

hijau mendamaikan... seperti di hutan rimba...

Clarky Afif said...

aku suka kalau hijau tu royal green pastu combine ngan gold. woooo

humble.yat said...

@zikri:
hutan rimba itu sejuk :)

@clarky:
woo..excitednya kehijauan clarky:)