11/10/10

Cara Elak Selsema

BY humble.yat IN 11 comments

Musim-musim tengkujuh begini, saya pasti ramai yang mengalami selsema.Selesema biasanya akan berlaku apabila berlaku perubahan cuaca.Jadi, saya terjumpa tentang cara-cara untuk elak selsema dan mencegahnya. Jom kita semak sama-sama ye!


Minum banyak air sekurang-kurangnya 15 gelas air dalam sehari.


Susahnya nak dapatkan 15 gelas kan?Lapan gelas sehari pun belum tentu kita dapat habiskan.Tapi apa yang saya sarankan, air memang memang mempunyai ciri-ciri perubatan yang tersendiri untuk memulihkan kita secara automatik.Saya pasti, terdapat banyak produk temapatan yang berasaskan air kesihatan, kalaulah tak dapat nak habiskan 15 gelas sehari, mungkin kita boleh mencuba air minuman kesihatan tersebut. Tetapi sebelum minum, digalakkan membaca selawat syifa ya sebagai usaha dan tawakal kita kepada Allah s.w.t.

Jika kita terdedah dengan habuk, gunakan topeng muka.


Mungkin situasi ini apabila kita terlalu terdedah dengan habuk.Teringat pula zaman H1N1 dulu, topeng muka pun ada harga kawalan dan boleh kehabisan stok.!Jadi apa kata kita sediakan payung sebelum hujan, dan sediakan topeng muka ini sebagai alat bantuan kecemasan tambahan kita. Boleh kan?

Banyakkan meminum jus dan makan buah-buahan terutamanya yang mengandungu vitamin C.


Vitamin C memang memainkan peranan penting untuk mencegah selsema. Perkara yang selalu saya amalkan ketika selsema, meminum air oren segar dan makan buah oren sunkist yang masam supaya hidung tidak berair lagi. Sangat berkesan daripada supplemen Vitamin C!Tak percaya cubalah.Kalau makan bersama kawan-kawan di kedai makan, jangan lupa order jus oren yang masam punya ye!Kalau boleh kekalkan Vitamin C untuk kesihatan kita.

Kurangkan bercakap sekiranya sudah mula batuk dan selsema 
untuk mengelakkan virus dari tersebar.




Dalam tempoh selsema, mesti suara kita dalam keadaan sengau kan?Jika tidak mahu keadaan ini berterusan , kenalah  kurangkan bercakap.Kalau nak bercakap juga, kena pakai topeng muka ya.Kasihan kawan-kawan kita nanti jika virus selsema ini tersebar kepada mereka kan?

Mendapat rehat yang secukupnya.


Mendapat rehat, tidak semestinya rehat dan tidur 24 jam. Cuma kita perku kurangkan aktiviti lasak dan tidur awal supaya kita mendapat tenaga yang sepenunhya untuk hari esok.Biasanya, selepas makan ubat selsema, mesti kita mengantuk dan tidur, kan?Sebelum tidur tu, jangan pula lupa kuncikan jam loceng supaya kita tak terlajak tidur dan ketinggalan waktu solat.

Tahan nafas seketika ketika sujud semasa bersolat.




Berkemungkinan sejadah itu berhabuk dan boleh membuatkan habuk disedut dan melekat di paru-paru dan akan meyebabkan selsema kita bertambah teruk.Jadi, kalau boleh , sila jaga kebersihan sejadah sekali.Jangan biarkan ia berhabuk kerana Islam mengutamakan kebersihan.Kebersihan itu separuh dari iman.

Kurangkan aktiviti luar rumah yang sudah pastinya tercemar 
yang akan memburukkan kesihatan kita.




Perintah berkurung di rumah waktu selsema dijalankan.Kurangkan aktiviti dalam persekitaran yang tercemar . Apatah lagi asap kereta dan rokok boleh memudaratkan kesihatan kita. Penyakit jangan dicari ye.

Dapatkan ubat selsema yang boleh dipercayai dan telah disahkan 
oleh Jabatan Kesihatan bila hidung mula berair.



Kadang-kadang kita hanya membeli "Panadol Soluble" kan?Mungkin ada pilihan-pilihan ubat-ubatan lain yang biasanya disyorkan oleh pegawai farmasi berdekatan.Gunakan preskripsi mereka secara teratur.

Segeralah berjumpa doktor sekiranya selsema masih 
tidak sembuh walaupun telah memakan ubat yang disyorkan




Jika selsema masih berlarutan juga, rawatan doktor amat diperlukan.Ambillah cuti sakit untuk mendapat rehat yang secukupnya.Mungkin, kita ini ditakdirkan mendapat sakit untuk menggugurkan dosa-dosa kita.Bukti kasih sayang Allah pada hambaNya.Tak rugi kan kalau kita sakit sedikit kerana pada masa ini kita akan lebih dekat dan sering membisik doa-doa kita kepadaNya :-)


11 inspirasi naluri :-):

khairolghani said...

yang tahan nafas masa sujud tu selalu buat sebab sejadah kat ofis ni tak pernah dibasuh..1 hari nanti nak bawa balik la sejadah tu,basuh sikit mana yg boleh

Unknown said...

oh, nice tips :)
Inilah namanya, tawakkal dengan berbekal.
Usaha dulu :)

Post-post menarik.
Allah wujud ke?

Allah Sangat Baik. Setuju?

humble.yat said...

khairolghani:
wah bagus tue khairol..niat yang suci lagi murni.
terasa juga nak bwa sejadah kat ofis untuk dicuci:)

iqbalsyarie:
syukran iqbal:)
yang penting kita usaha sambil tawakal,
janganlah kita terlalu reda sebelum berikhtiar :)

Tupai Karan said...

thanks for the tips.. compile sini senang skit nk refer.. alhamdulillah jarang nak kena selsema, tp kalau ada pun sapu vicks kat batang idong bagi cayaq hinguih.. esok tu bangun tidoq selesa skit kurang berair :)

humble.yat said...

hi tupai..
terima kasih kerana sudi singgah kat sini..
dulu sy selalu jugak guna vicks..
tp sekrg lebih suka makan limau sunkist sebab yg tu lebih berkesan rasanya..
kuasa semulajadi..alhamdulilah!;)

Zahra said...

tips yang sgt berguna.
Sbb aza mmg sgt selalu
dpt flu, taw. Resdung~
Lepas tuh dah lar tamau
mam ubat lgsung. Tak suka ubat!
Sampai kena paksa mam ubt (:

Anonymous said...

kalau makan ubat selsema, pastikan kita tido lepas tu. supaya ubat tu boleh berkesan. kalau tak tido, macam tak jalan je ubat selsema..

chenta said...

kene minum 15gelas sehari?fuh~`banyaknya!

tp minum jus mmg betul la sbb sy amalkan..

humble.yat said...

azza zahra:
tq.oo..resdung ker, kena jaga pemakanan tu.:)

Hisyam Muhibah:
terima kasih bagi tips tambahan .:)
senang nak kenal ubat yg yg mana lebih baik.

chenta:
mmg kena minum air byk2 kalau nak cepat sihat chenta;)

suri said...

jika suri selsama mesti kt pjbat satu bakul sampah penuh degn tisu muka heeee...selsama punya angkaa..

apapun itu smua ujian kecil dari Tuhan..

humble.yat said...

suri:
pakai tisu ke?org kata klunak baik selsema cepat2 elakkan pakai tisu;-)
guna saputangan...