Malam dengan En. Google.:-) |
Saya pernah bekerja lebih masa melepasi waktu maghrib dan bersolat di pejabat lantaran kerja yang perlu disegerakan secepat mungkin. Seperti biasa, jika saya balik lambat, saya menghantar mesej teks/membuat panggilan terdahulu selepas waktu pejabat dalam 5.30 petang terus kepada ibunda saya.Ibunda saya maklum hal tersebut. Cuma apabila,sampai di rumah, saya dapati mukanya tidak ceria (tanda tidak suka) dan meminta saya mengunci pagar depan.
Saya mengunci pagar sambil membaca surah 3 Qul. Maklumlah waktu Maghrib, banyak "benda" yang berkeliaran. Kita sahaja yang tidak nampak dengan mata kasar kita. Sebab itu dia mendidik kami supaya tidak keluar malam.Tambahan pula, uniform kerja saya berwarna hitam dan putih pada ketika itu.Senang didekati" benda-benda" yang tidak dijangka. (Faham-faham sendiri ya!)
Adik lelaki saya juga pernah balik pada waktu matahari terbenam.Cuma tindakan ibunda saya agak mengejutkan kami.Dia menutup semua lampu di rumah kami seolah-olah tiada penghuni di rumah kami.Dan kami menunaikan solat Maghrib tanpa lampu.Masing-masing tak berani untuk membuka suis lampu atas larangannya.
Tegasnya ibunda saya mendidik anaknya supaya tidak keluar malam.Bak kata orang "Reverse Psikologi!".Sebaik sahaja adik saya tiba di rumah, dia merayu-rayu meminta maaf kerana kelewatannya dan berjanji tidak akan mengulangi perkara tersebut.
Bukan itu sahaja penyebabnya, sebagai muslimah, harus kita jaga diri masing-masing supaya tidak keluar malam dengan sewenang-wenangnya.Dan itu cara saya menjaga diri seadanya.
Nota: Boleh keluar malam tetapi setelah bersolat dan mengaji , dengan keluarga atau urusan kecemasan sahaja:-)
11 inspirasi naluri :-):
masa masa untuk berehat. tapi ada orang menjadikan waktu malam untuk berhibur. kemudian waktu siang tido. dunia sudah terbalik ke?
kalau blik lmbt sebab keje mst xpe kn..ibu pn mst phm..:)
Setuju :)
selamat menjaga diri~
adam:
betul tu, sudah menjadi trend skrg,suka keluar malam tak kira usia.cuma bergantung pada gaya hidup kita untuk menguruskannya.:-)
tapi sy tetap tak suka keluar malam
kerana itu bukan cara saya:-)
syafiq:
lambat sebab keje pun, tak leh buat selalu. kerana redha seorang ibu sgt penting:-)
iqbal syarie:
terima kasih..;-) insya allah..
jarang keluar malam... ada jugakla kadang2...
zaman bujang dulu selalu juga balik kerja lewat2..tapi sekarang bila dah kahwin,ada anak,memang balik awal je memanjang..
bagus juga mak awak buat macam tu..dia kan sayang anak2,mesti risau kalau anak2 balik lewat
zikri:
lelaki tak mengapa.cuma jgn amlakna keluar waktu reman2 maghrib ajer dan pastikan tugasan semuanya selesai..:)
khairolghani:
biasalah bila ada komitmen dengan family..:)
kagum dengan cara "reverse psikologinya" :)
bagus2..setuju sesangat cara ni
pernah diberitahu oleh rakan sekerja, malam adalah untuk dunia binatang. Binantang aktif di waktu malam untuk mencari makan dan lain2. maka jika manusia membiasakan diri keluar malam, maka dia akan mempunyai ciri-ciri 'kebinatangan' dalam diri.
Hisham Muhibah:
Terima kasih En. Hisham..
pertama kali sy dengar ada ciri2 "kebinatangan" jika keluar malam,
kalalah semua tahu, pasti mereka tak keluar malam kan?
Post a Comment