11/15/10

Kalaulah Kita Ikhlas

BY humble.yat IN 2 comments


Dari IluvIslam.com
Petang tadi, saya bersiap untuk keluar menghantar adik ke terminal.Saya sarungkan tudung yang kawan saya hadiahkan. Tudung berwarna merah, putih dan hitam bermotifkan floral.Tiba-tiba saya terrfikir, "Kenapalah saya suka pakai tudung yang kawan saya bagi ni?" Agak pelik, sebenarnya. Ketika dia menghadiahkannya beserta kotak tudung itu, saya hanya mengagak untuk memakainya apabila tetamu datang sahaja.

Ibu saya pula tengah memadankan tudung yang baru dibelinya dengan sepasang baju kurung pemberian sahabatnya yang saya anggap sebagai kakak sendiri.Saya juga perhatikan ibu saya seringkali memakai baju tersebut tanpa jemu walaupun pada awalnya baju tersebut bukanlah baju kegemarannya.

"Mak, kenapa mak suka pakai baju tu banyak kali?Sebelum ni kan mak tak suka pakai baju tu?" 

"Mmm..entahla, mungkin kawan mak bagi ikhlas. Biasanya kalau pemberian tu sangat ikhlas, kita akan sukakannya tanpa jemu"

" Ye ke?Patutlah rasa macam suka je pakai tudung ni.Mesti dia ikhlas bagi akak,kan?,Tapi macam mana nak tahu dia ikhlas ke tak?"

"Wallhua'lam, tapi kalau pada asalnya kita tak suka, kemudian tiba-tiba kita gemarkan barang tu, sifat keikhlasan tu sampai pada kita.."

Barulah saya perasan. Sifat ikhlas tu boleh sampai bukan sahaja melalui lisan, tetapi melalui perbuatan.

Semasa saya baru menjejak kampus dahulu,asal berselisih dengan kawan di koridor kelas, saya lontarkan senyuman walaupun saya tak kenal dia. Biasanya mereka ini akan membalas senyuman saya balik.Nampak tak sifat ikhlas dari senyuman tersebut?Sampai dari hati ke hati kan?

Bukan itu sahaja yang saya dapat. Malah yang lebih mengejutkan, ada seorang rakan perempuan dari kuliah yang berlainan yang sering berselisih dan bertukar senyuman tekad mencari siapa nama saya, kursus apa dan orang mana.Terkejut juga saya mendengar ceritanya.Hanya kerana satu keikhlasan persahabatan kami terjalin.


"Bahawa sesungguhnya Allah tidak memandang kepada tubuh badan dan rupa paras kamu tetapi Dia hanya memandang kepada hati sanubari kamu"
 (Hadis Riwayat Muslim)


Nota: Entri ini juga dikeluarkan di dalam ruangan 100penulis.Kunjungi disana untuk mendapat artikel-artikel yang menarik dari 100 penulis.:)



2 inspirasi naluri :-):

suri said...

salam kawan..
maaf harini baru berpeluinag mmbaca entri yang termiss huhu..

keje dipejabat semakin banyak..staff sorg palak..mmg tak menag tangan di buatnya..

blog entah le tak sempat nak belek lebih dri hari2 biasa huu..

keikhlasa itulah yang sukar di cari sb ia dtg dr hati yang tulus..

humble.yat said...

suri:
tak mengapa...suri datang ke sini sudah membuktikan keikhlasan suri...:)