11/26/10

Tegur Saya Jika Saya "Lagha"!

BY humble.yat IN 8 comments


"Yati, kalau awak nampak saya agak "lagha" , awak tegur ye.." ujar kawan saya. Tersentak saya mendengarnya, maknanya saya ada tanggunjawab lagi yang perlu diteruskan. "Hmm..saya nampak awak dah ok,Quran tak tinggal kan?Solat pun awak jaga kan?Awak nak saya tegur apa ye?" balas saya."Saya sebenarnya rindukan diri saya yang dulu.." ujarnya sayu dari tempat pemandu sambil menghirup air teh ais. "Waktu kita belajar di Petaling Jaya ...dulu saya tak macam ni, sekarang saya dah tak kuat macam dulu"


Saya masih ingat ketika kami sama-sama baru mengenali dunia kampus, dia berpuasa hampir setiap hari dan bercita-cita ingin menjadi seperti Rabiatul Adawiyah. Tulusnya hati dia, nipisnya iman saya.Tiba-tiba saya rasa kerdil!

Saya pernah bertanya, rajin betul dia berpuasa, sekali lagi jawapan yang saya terima amat menyentuh hati!"Bila lagi kita nak beramal macam ni, orang perenpuan ni susah nak dapat peluang beribadat, dah kahwin kena minta izin suami lagi, uruskan anak-anak lagi, kehendak mereka faham-faham sahajalah, sementara belum berkahwin kita buatla.."

Untungnya saya ada sahabat seperti itu.Semoga persahabatan akan terus berkekalan dan saya akan tegur jika dia berbuat "lagha"..dan sila tegur saya jika saya "lagha" ye...

8 inspirasi naluri :-):

Anonymous said...

itulah penting bersahabat kerana ALlah. sahabat perlu menegur dengan ikhlas dan niat yang suci. InsyaAllah persahabatan akan terus diberkati

Pencacai Alim said...

ya..sahabat itu mnjaga aib kita masa hidup dan mati

humble.yat said...

Hisyam Muhibah:
Insha Allah, ukhwah fillah takkan goyah;-)

humble.yat said...

Pencacai Alim:
setuju tu, sebab penting tegur menegur dalam persahabatan:-)

terima kasih kerana sudi singgah ke sini:-)

nenek moden said...

Tegur sy jgk klu sy lagha..

suri said...

bila terlupa ingatkan saya..saling ingat mengingati itu juga perlu sb kta manusia sering leka..lupa huhu..

humble.yat said...

nenek moden:
insha Allah nenek..nenek pun tegur cucu yerk..cucu tak kuat mcm dulu dah uhuk2..

suri:
suri pun tegur sy juga yerkk:)tq suri...

Qib said...

tegor menegor tu bagus,. sy kadang3 takut..

tegor sinis3 sikit buleh larr

tengs singgah blog gue.
lain kali buleh singgah lagi.
muahahaha