11/13/10

Saya Ada Aura "Settlement"?

BY humble.yat IN 5 comments

dari Google Images penuh inspirasi.

Terlalu banyak berita baik yang saya terima pada Hari Jumaat!Alhamdulilah...Pertama, Kes bicara pesaka selesai.Apatah lagi, kes ini sukar untuk diselesaikan apabila ia melibatkan pertelingkahan adik beradik. Ada sahaja yang tidak kena.Sebelum ini, kami sudah cuba untuk menangguhkan bicara dengan harapan ianya dapat diselesaikan sebelum hari pendengaran.

Cuba bayangkan, sebaik sahaja adik beradik ini berjumpa , mereka mengecam antara satu sama lain hanya kerana pembahagian harta.Saya lihat ibu mereka hanya duduk dan mendengar mereka bertelingkah.Mungkin sudah penat agaknya.

Akhirnya selesai dan dengan gembiranya, saya melaporkan pada bos saya.Riak wajah mereka pun agak terkejut bagaimana kes ini selesai begitu sahaja.Saya hanya mengambil alih kes ini selepas mendapat arahan dari bos pada petang Khamis."Last Minute Case". Cuba bayangkan, kena kaji fakta kes di saat akhir dan bicara pada 9.30 pagi keesokan harinya.

Salah seorang staf di situ pun agak terkejut bila saya beritahu berita gembira tersebut ,dan "statement" yang dikeluarkan mengejutkan saya "Awak ni ada aura "settlement!"."Bukan sekali, tapi banyak kes yang tak boleh selesai, diselesaikan.."Sambungnya lagi. Haha ye la tu. Yang penting kes selesai dan mendapat persetujuan daripada semua pihak.Itu matlamat saya.

Bukan kali ini sahaja yang berlaku,"statement" bos saya pada satu perjumpaan dengan anakguam, "takpe, kita bagi Cik Yati selesaikan,dia pandai berbincang and "negotiate"..." Oops!apakah semuanya ni?" Betulkah ada aura "settlement" dalam diri saya.

Ada juga anakguam, beri saya "thumbs up" mengatakan dia berpuas hati dengan perkhidmatan saya walaupun saya masih setahun jagung dalam bidang ini.Alhamdulilah!



Bika kes selesai, saya minta izin untuk ke "Hi-Tea" di Shahzan Inn bersama rakan-rakan peguam Pahang dengan senangnya dilepaskan walaupun atas meja saya ada banyak kerja yang perlu diselesaikan .Satu lagi saya hantar borang cuti 2 hari.Alhamdulilah lulus.Mood gembira berterusan dan saya masih mengharapkan akan ada banyak berita gembira buat kami.

Nota: Sukanya hari Jumaat sebab saya boleh banyakkan berdoa untuk permudahkan segala urusan saya sepanjang hari tersebut.Aminnnn!

5 inspirasi naluri :-):

khairolghani said...

bagus la kalau macam tu..semua orang suka la kalau ada aura settlement

humble.yat said...

:) berfikir positif bhw setiap masalah ada penyelesaian.cuma perlu ada critical thinking untuk selesaikan sesuatu masalahh.itula aura settlement yg sebenarnya..:)

Awangku Johan said...

thniah coz ada aura settlement.. nmpaknya sy pun mmpunyai aura itu pabila adik bradik saya bertengkar.. padahal sy ni adik mrk dan mrk adalah kakak n abg saya.. so, sy sllu jd org tngah tuk settlekan hal2 mrk.. hurmm..

humble.yat said...

Awangku Johan:
kelakar la pula dapat tahniah hehe..
pelik juga dgr term ni sebenarnya kan? tapi setiap org ada peranan sebagai problem solver...:)

terima kasih kerana singgah ye awang..

suri said...

malam yang sungguh mendamaikan..mendekatkan diri padaNYA lagi..