Jadual aktiviti pada minggu lepas sangat padat.Terkejar-kejar saya ke sana dan ke sini,. Sudahnya, petang Ahad baru saya dapat melelapkan mata.Hehe..Mana taknya, Hari Sabtu minggu lepas ada aktiviti gotong royong di pejabat, kemaskini fail-fail.Apa yang saya suka, semua rakan sepejabat bersepakat memakai T-shirt hijau.Saya je yang tak pakai, sebab saya tak konfiden nak pakai T-shirt macam mereka.Saya ni kan pemalu orangnya.Maaf ye semua.Tapi, sebelum bergotong royong , sempat juga mereka bergambar.Cuba Lihat gambar ceria mereka sebelum bergotong royong!
Kemudian, habis bergotong royong pula.Lama rasanya tak menyentuh bowling ni.Aktiviti macam ni bagus kan, tapi solat jangan lupa pula sambil asyik nak "membaling".
Sedar-sedar dah Asar, beransurlah masing-masing pulang ke rumah untuk meluangkan masa dengan keluarga pula.Saya pula berjanji dengan rakan-rakan sepengajian saya untuk melepaskan tekanan kerja, berkongsi ilmu dan pengalaman di Taman Gelora, Kuantan.Waa memang seronok berjumpa mereka.Walaupun ditemani awan yang gelap, kami tetap teruskan perbualan kami.Rancak.! Tetapi apa yang menghampakan sebaik sahaja sampai di parkir kereta, cermin kereta belakang rakan saya retak seribu.Aduhai, malang memang tak berbau kan?
Malam pula, seusai Isyak berlalu, keluar lagi!Tetapi kali ini bersama ibunda tercinta dan adik-adik tersayang berjalan-jalan mencari aksesori rumah.Penat tapi berbaloi, kerana saya habiskan masa yang berkualiti bersama rakan-rakan sepejabat, sepengajian dan yang paling penting keluarga saya walaupun hanya seketika.
Aktiviti bersama keluarga diteruskan juga pada awal pagi Ahad.Destinasinya, Pasar Tani!Tempat wajib kami di hujung minggu.Apalagi sesi kembara memborong barang-barang segar bermula. Kalau bernasib baik, dapatlah jumpa kawan-kawan lama di sini.
Dan akhirnya saya kalah juga pada tenaga yang kian lemah .Hmm,lenanya diulit mimpi selepas Zuhr.Fuh!Alamak kereta tak basuh lagi..Huhu..
Dan akhirnya saya kalah juga pada tenaga yang kian lemah .Hmm,lenanya diulit mimpi selepas Zuhr.Fuh!Alamak kereta tak basuh lagi..Huhu..
Nota:
Kadang-kadang masa tak mencukupi untuk kita mengaturkan semuanya.Tetapi semuanya bergantung kepada kesungguhan kita untuk memdapatkan masa yang berkualiti kan?
Kadang-kadang masa tak mencukupi untuk kita mengaturkan semuanya.Tetapi semuanya bergantung kepada kesungguhan kita untuk memdapatkan masa yang berkualiti kan?
3 inspirasi naluri :-):
taman gelora?macam pernah dengar..memang duduk kat kuantan ke?
wah tenang je tengok warna hijau...hehe..anyway, dah follow ur blog...sudi2kan lah jenguk blogger baru ni....salam ziarah & perkenalan
khairolghani:
taman gelora,kuantan.:)
sy ank jati phg..
man:
suak hijau ye man:)salam perkenalan jua..
Post a Comment