11/8/10

Mmm..Hujan Lagi?

BY humble.yat IN 4 comments


Sedar tak sedar, kita mula melangkah ke musim tengkujuh.Seronok ke musim tengkujuh ni?Yang tak seronoknya menjadi mangsa banjir kerana mereka mengalami kerugian ekonomi terhadap segala kerosakan La Nina.

Namun, bagi saya hujan itu satu rahmat.Dari kecil saya sukakan hujan, apatah lagi bau kelembapan tanah yang ditimpa hujan membuat saya bertambah segar untuk meneruskan fasa kehidupan saya. Satu perasaan yang tidak terungkap oleh kata-kata. 

Mungkin waktu kita kecil dahulu, hujan akan membuat kita terhibur, memijak lopak-lopak kecil dengan kaki kerdil kita, melayarkan kapal atau sampan kertas atas parit-parit yang dipenuhi air hujan dan kita akan berhenti bermain sejurus jeritan ayah ibu didengari memanggil pulang. Pergi ke sekolah pun memakai selipar jepun sahaja dan hanya menukar kasut sekolah apabila tiba di kelas untuk memastikan kasut sentiasa bersih.Ingat lagi tak?Kadang-kadang, datang sifat kenakalan kita untuk memonteng sekolah atas alasan hujan.Lebih seronok berkelubung dengan selimut tebal di rumah.

Petang tadi, saya menziarahi saudara saya, dia juga menceritakan betapa sukarnya kehidupannya apabila hujan turun tidak berhenti-berhenti pada zaman dia masih kecil.Pada ketika itu, dapur gas tidak mampu dimiliki, hanya kayu api digunakan untuk memasak.Sebelum tiba musim hujan, mereka berkumpul untuk berbincang di manakah tempat sasaran mencari kayu api?Kebun getah siapakah yang menjadi terjahan mereka?Berbeza dengan sekarang kan?Kita pula hanya berkumpul bersama rakan-rakan di pusat membeli belah, kopitiam tanpa ada kegusaran langsung untuk melepaskan segala kebosanan kita.

Hujan itu bukan sekadar rahmat, tapi sebagai tanda kasih sayang Allah pada kita. Didatangkan hujan, untuk memakbulkan segala doa-doa kita kerana pada waktu itu doa kita akan dimakbulkan.Jadi, jangan lepaskan peluang berdoa ya, kerana saya ada pengalaman yang sama, saat hujan turun, saat itulah segala permintaan saya dimakbulkan, alhamdulilah!

Nota: Saat mustajabnya doa ketika turunnya hujan.
Entri ini juga dikeluarkan didalam ruangan 100Penulis.Jangan lupa singgah disana ya.Ada banyak entri yang menanti  rakan-rakan semua

4 inspirasi naluri :-):

Anonymous said...

kena bersiap sedia menghadapi banjir.. hujan dah turun dengan kerap.

Unknown said...

Oh hujan~ saya ada buat artikel tentang hujan.

http://iqbalsyarie.blogspot.com/2010/04/hujan-itu-mengajarku.html

Antara petikan, "Sehebat-hebat manusia, tetap tak mampu menghalang hujan dari turun"

Jemputlah baca klo berkesempatan.

Apapun, saya setuju dan suka entry kamu ini :)

humble.yat said...

Hisyam Muhibah:
setuju sgt, pasrtikan dokumen penting senang dicapai :)

iqbalsyarie:
terima kasih iqbal...
sehebat2 teknologi pun tak mampu juga menghalang hujan:)

suri said...

kasihan pada keluarga yang meimpa masalah banjir huhu..