11/2/10

Malang Itu Tidak Berbau

BY humble.yat IN 5 comments



Hari Isnin tiba lagi. "Mood" nak bekerja pun agak kurang sedikit.Maklumlah nak memanaskan minda sebelum menyelesaikan kes-kes yang kritikal tahap CCU di atas meja, bukannya suatu perkara yang mudah.Ditambah pula penghawa dingin dalam 16'C, yang menusuk ke tulang sumsum. Nasib baik ada "sweater" putih berkait kegemaran saya tersangkut di atas kerusi.Bolehlah nak memnaskan badan dan semangat kerja.

Rakan saya, Ana, pula kebetulan tiada tugasan di mahkamah hari ini. Tapi, gayanya agak lemah dan ternyata benar seperti yang saya duga, dia tidak sihat rupanya.Tambahan pula, anaknya demam pula.Naluri ibu kan?Anak sakit, ibu pun terasa auranya.Kami meneruskan kerja seperti biasa. Kesejukan hawa dingin semakin terasa tatkala kami meneruskan amanah-amanah kami walaupun bos-bos kami tiada di pejabat kerana tugasan luar.

Hari Selasa.Pagi-pagi lagi saya menerima mesej dari Ana, dia mengambil cuti sakit, namun dia akan masuk ke pejabat sekejap untuk menyediakan beberapa ikatan dokumen tambahan.Kasihan pula saya melihatnya.Dahla demam, ada bicara selama dua hari lagi dan mempunyai lima saksi yang belum tentu untuk mendapat keadilan. Hmm..Setelah selesai Ana selesaikan tugasan-tugasannya, dia kembali pulang ke rumah untuk berehat.

Namun sangkaan saya meleset sekali apabila mendengar deringan telefon sambil Ana mengadu, dia terlibat dalam kemalangan, keretanya remuk depan belakang akibat dihimpit  Ford Ranger dan proton Iswara. Masya-Allah. Malang memang tidak berbau. Nasib baik suaminya ada di situ, dan dia meriba anaknya yang sulung ketika kemalangan terjadi.Cuma saya bimbangkan kesihatan dirinya yang berbadan dua. Moga-moga semuanya selamat dan semoga dia berjaya dalam perbicaraan kelak.;-)




5 inspirasi naluri :-):

khairolghani said...

hopefully semuanya ok..kalau tak sihat,lebih baik berehat je kat rumah kan..buat kerja pun bukan boleh fokus..

M a W a D D a H said...

moga dia tidak apa2...

Zikri Husaini said...

betul2.. malang memang tidak berbau... semoga berjaya dalam perbicaraan buat rakannya an...

Unknown said...

kasihan...
Moga segalanya dipermudahkan :)
Mari menjadi manusia

Latest Post : Kita Tidak Hipokrit!

humble.yat said...

terima kasih atas doa kalian. dan pagi ini, dia hadir untuk meneruskan perbicaraan tersebut:)

alhamdulilah takde apa-apa .Yang penting sifat tawakal kita kepada Yang Maha Pengasih walaupun malang itu tidak berbau.