Showing posts with label TAKAFUL. Show all posts
Showing posts with label TAKAFUL. Show all posts

10/2/17

WAHM: Zurich Takaful, My New Family

BY humble.yat IN , , 1 comment

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.

Tak sangka saya akan menceburi bidang takaful separuh masa. Kalau dulu, pantang ejen takaful approach, memang macam macam taktik nak elak.Ha, sekarang dah jadi ejen takaful..Jangan tak tahu, takaful juga sebahagian dari cabang Ilmu Syariah. 

Caruman takaful ini membantu pelanggan  memberi perlindungan kewangan jika ada sebarang kemalangan, sakit dan kematian.Kalau panjang umur, dan polisi matang terlebih dahulu, boleh dapat cash value tau dan ianya bergantung kepada pelan yang diambil. Kena ingat ada pelan, bayar dan burn seperti Medical Card Stand Alone.Walaupun konsep bukan konsep simpanan, secara automatik kita mewakafkan/memberi hibah harta kita melalui caruman kita secara bulanan untuk membantu pencarum polisi lain apabila diperlukan.

Eh panjang pula bila bercerita pasal takaful.Kita stop dulu ye.

Ok , mungkin ni kali pertama saya bekerja di bawah organisasi yang besar, dulu dikenali sebagai MAA Takaful.Sekarang dah jadi Zurich Takaful.Memang best, setiap effort kita ada ganjarannya dan rasa dihargai sangat-sangat setiap kerja yang kita.Of course kita akan rasa lebih bersemangat dan bermotivasi untuk terus membantu orang-orang lain.Makna takaful pun saling bantu-membantu kan?

Seriously, memang mereka adalah family baru saya.Maklumlah jakun sikit, tak pernah menceburi bidang lain selain perundangan dan naungi di bawah satu organisasi yang besar dan kukuh.

Antara sebab saya menyertai takaful, saya bercuti tanpa gaji selama 3 bulan sebab nak fokus jaga Adhwa Zinnirah (my prem baby)- for sure dia adalah "booster" saya untuk membuat kerja dari rumah dan menjana duit hehe. Kemudian saya resign because there is a need to focus with my family and i can't focus and give commitment 100% to my job before this.There is a lot of appointment, and special care i need to do. At the same time, saya juga perlukan income untuk membayar pinjaman-pinjaman  saya dan membantu ebonda tercinta saya.Nanti dia takde income dari anak manja dia pula huhu.

So, buat kerja dari rumah sahaja.Merasalah jadi WAHM-Work At House Mom. Memang kena organized masa betul-betul.Barulah saya merasai bagaimana rasanya menjadi WAHM.Selama ini selalu tengok orang bekerja dan rumah dan saya juga sering mengimpikan yang sama hehe. penat juga tapi relax and enjoy sebab anak depan mata. 

Ok antara faktor utama saya menceburi takaful dan celik takaful sebab

......
......
......

Sebelum ini saya banyak mengendalikan kes jual beli rumah, asyik tengok orang beli rumah jual rumah.sampai orang tu dah ada berapa aset dengan nilai kekayaaan mereka, Itu rezeki bagi mereka yang berduit kan. Bukan satu perkara yang mudah  bagi kita rakyat marhaen nak dapat kan sesebuah rumah.

Kita juga maklum dah banyak kesedaran orang nak kumpul nak beli tanah atau rumah sebagai aset. Maksud saya, buat sewa, homestay dan jual rumah tu bila harga market value dah tinggi kan? Golongan sebegini memang bernasib baik sebab ada gaji yang stabil, dan mendapat kelulusan bank. Bukan senang tau nak dapat kelulusan loan di zaman ekonomi meleset ni tau.

Kita pun maklum, prosedur beli rumah bukannya mudah, kita kena buat persediaan untuk wang deposit, fee guaman dan macam macam lagi sebelum menikmati keuntungan dan jangka masa panjang. Dan jika berlaku kematian ketika masih dalam tempoh pinjaman. Waris kita terikat untuk membayar baki jual beli jika jumlah takaful rumah adalah rendah  dan tidak dapat melunaskan segala baki pinjaman rumah sebelum dipindahmilik kepada wari waris si mati.

Ini adalah part paling klimaks kepada waris bila takaful rumah tidak mencukupi untuk menampung baki pinjaman rumah tadi.. Kalau mereka bernasib baik, tak perlu bayar jika perlindungan takaful mencukupi. Di mana waris waris ni nak cari duit untuk selesaikan baki hutang bank tadi , kan? Nampak tak isu ini?Masa ni waris akan cari sama ada si mati ada duit takaful atau tidak jika berlaku kematian.Masa ini adalalah masa yang tepat bagi waris menggunakan duit takaful bagi menyelesaikan pinjaman yang ada tanpa melalui proses tuntutan pesaka.

Inilah keperluan takaful pada situasi ini untuk bahagian pertama.

Kalau orang yang tak berapa ada duit dan mengharapkan duit gaji dan EPF semasa bersara, apakah yang ditinggalkan untuk waris mereka.? Adakah takaful akan membantu mereka?

I will write by next entry ye.

Banyak kerja la pula huhu..Minda dan jasad sudah terbelah enam. Multi tasking dah sekarang walaupun dalam kesibukan yang ada. Impian mahu menyumbang untuk umat tanpa henti dengan pengetahuanyang ada ..:-)

Luaskan syariah dalam ekonomi umat Islam...:-)



10/4/13

Merenung Kewangan Masa Hadapan

BY humble.yat IN 1 comment

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Ada sahabat saya kata, sekarang ini masa meningkat taraf hidup, cari pelaburan yang terbaik, cari rumah.

Semasa saya "outstation" pada hari Sabtu atas dasar urusan kerja, ada pegawai yang kata, "Sekarang ini kerja hari Sabtu dan Ahad adalah tuntutan hidup, takde feeling nak cuti dah.Kalau betul-betul nak bersama anak dan keluarga, ambillah cuti betul-betul walaupun satu hari..."

Ada juga sahabat yang tanya tentang kenaikan gaji yang ada (bagi yang bekerja swasta).Kata saya, kita memang ada hak untuk kenaikan gaji setiap tahun.Tapi jangan terlalu bergantung pada status gaji yang ada. Kita cari alternatif yang ada.Gunakan ia sebaiknya.

Kenapa? Pinjaman Pendidikan, Pelaburan, Kenderaan, Rumah adalah satu keperluan dalam tuntutan hidup kita.Terpulang kepada kita bagaimana menguruskannya.Saya pasti ada banyak tips oleh pakar kewangan yang boleh kita rujuk.

Macam saya , masih menelaah buku "Ke Mana Wang Anda?" oleh Hajah Rohani. (Isy tapi cari buku tu malam tadi, kat mana pulak letaknya..adess lupa plak...).




Salah satu tips yang menarik hati saya, adalah simpanan takaful.Kalau lah saya tahu tips ni, dari zaman saya belajar lagi saya nak mencarum..Pelaburan Takaful adalh pelaburan yang sangat menguntungkan, sebab industri takaful semakin berkembang, malahan sebahagian daripada ekonomi Islam.

Berbincang dengan zauji, tentang dana pendidikan yang ada.Mungkin zaman pendidikan anak-anak kita akan kembali seperti zaman mak ayah kita.Siapa yang kaya sahaja boleh belajar memandangkan peruntukan yang ada.Apatah lagi, kos pendidikan mestilah semakin tinggi seiring dengan zaman kan.

Contohnya, saya ambil "double degree", perundangan dan syariah, lebih kurang RM32,000 ke atas.Status kalau tak bayar, boleh jatuh bankrap.Kan teraniaya tu.

Jadi, menjadi sebahagian golongan ibu bapa yang berkerjaya, kami merancang kos maksimum pembelajaran anak-anak akan datang lebih kurang dalam RM 80,000.00-RM100,000.00 untuk setiap seorang dalam masa 18 tahun termasuk perlindungan kesihatan.Insha Alllah, Semoga kami sentiasa dimurahkan rezeki.

Mahu merancang dana kewangan sehingga ke anak cucu.Merancang masa depan melalui pelaburan takaful No 1 di Malaysia.Amin!

Nota Naluri:
Sama-sama reschedule bajet kewangan kita.

Jika anda berminat untuk mencarum TAKAFUL bersama kami boleh hubungi pihak kami dan dapatkan quotation anda! elfateh.inspiration@gmail.com/cyfar_mmy@hotmail.com
Whats app/SMS- En Muz 019 9598199 

6/17/13

Hajj/Umrah: As Time Goes On

BY humble.yat IN No comments

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Orang kita kata, biar lambat asal selamat.Pepatah Bahasa Inggeris kata "better late than never". Tetapi pepatah tersebut tak dapat nak dipakai dalam melakukan perkara kebaikan.Perkara baik usah ditangguh kan?Contohnya,bila sampai jodoh, sampai seruan panggilan ke Mekah.Haruslah disegerakah bila sudah berkemampuan. 

Musim cuti sekolah baru-baru ini,ramai yang mengambil peluang untuk bercuti.Tapi yang paling bagus bagi mereka yang berkemampuan, menunaikan umrah.Allahuakbar!Mekah...siapa yang tak nak ke sana kan?Mekah,Kaabah,Raudhah,Hajarulaswad,Makam Rasullulah saw sinonim dengan impian kita sebagai HambaNya. 

Bagi mereka yang pandai menyimpan di akaun Tabung Haji sejak dari kecil,disokong dan ditambah pula dari sumbangan ibubapa,mereka bernasib baik punya rezeki sebegitu,dapat menunaikan umrah bersama keluarga.Tetapi bagi mereka yang baru bekerja,belajar mempunyai impian begitu, dan baru nak memulakan tabungan umrah dan haji,masih berpeluang lagi.Insha Allah, boleh.Yang penting FOKUS, tetapkan matlamat.

Bagaimana? Ha, kami bagi tips yang menarik.


Pertama, pastikan ada akaun tabung haji. Ya, ada yang buat autodebit siap-siap ditolak dari gaji tiap bulan.Tapi cara saya, ada elaun bonus baru saya simpan.Kira simpan lumpsum terus.Kemudian harus daftar pendaftaran haji, dengan bayaran yang ditetapkan, boleh ditolak dengan jumlah akaun simpanan atau locked dari simpanan KWSP(jika ada).


Kedua, simpanan alternatif tabungan haji/umrah secara disiplin yang mempunyai manfaat.Contohnya simpan RM150.00 sebulan,dan dalam sepuluh tahun akan dapat dalam RM25,000.00 dan anda telah merancang untuk menunaikan haji .Manfaat dan perlindungan seperti berikut;


  • Hibah
  • Khairat Kematian
  • Ziarah Protection (takaful apabila ke Arab Saudi)
  • Upah Haji (bagi mereka yang tidak berkesempatan)
  •  Pulangan Pelaburan Yang Tinggi  
  • Tuntutan kemalangan RM100,000.00 
 Maklumat yang lebih lanjut ada di sini, tentang simpanan TAKAFUL HAJI bersama MAA TAKAFUL.
 
Jika anda berminat untuk mencarum TAKAFUL HAJI bersama kami boleh hubungi pihak kami dan dapatkan quotation anda! elfateh.inspiration@gmail.com
Whats app/SMS- En Muz 019 9598199
 
Nak cerita panjang lagi tentang ini.Insha Allah, ada kesempatan saya review yek.
 
Syukur dan Alhamdulilah buat kawan-kawan yang sudah pun mencarum takaful haji bersama kami.Mereka kata, susah nak cari pelan simpanan macam ni.Jadi semua tak mahu lepaskan peluang istimewa ini.Kawan-kawan macam mana?

Nota Naluri :
Sedang berurusan dengan arkitek tabung haji sekarang ni..nervous!Mahu kurier dokumen penting petang ini.Doakan semuanya dipermudahkan.


12/31/12

Takaful Terbaik Untuk Anak Anda!

BY humble.yat IN , 2 comments

BismillahirahmanirRahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Merancang dana pendidikan anak anda?Mahu pendidikan terbaik untuk anak anda?Mahu perlindungan kesihatan dan pulangan tahunan yang tinggi terhadap dana takaful anak anda?


Saya pasti Takafulink Education MAA Takaful, Adalah yang terbaik untuk anak kami, Aina Syafiyah. Insha Allah kami akan mencarum RM100.00 sebulan untuk Aina.Semoga usaha kami diberkati.

Tak pandai nak cakap apa kelebihannya.Tetapi setelah disurvey pilihan inilah yang terbaik.Mudah-mudahan. Semuanya ada di sini.KLIK SINI

Jika berminat, silalah hubungi pihak admin di  elfateh.inspiration@gmail.com/019-9598199. Dapatkan quotation untuk si kecil anda dengan segera.

Kalau ada rezeki Aina, bercita-cita mahu pendidikan yang terbaik untuknya.Ameen!Semoga dipermudahkan segala urusan kami.


Nota Naluri:
Baru baru ini saya baru sahaja mendapat tahu bahawa Takafulink Education antara yang terbaik berbanding produk lain.:-) Psst..Laburkan bonus gaji anda bersama takaful.Sejajar dengan pulangan ASB...:-)