Tengah membelek cd-cd gambar lama, terjumpa pula video lama kami sewaktu perbicaraan olok-olok pertama di Moot Court IIIUM. Memang rindu masa belajar dahulu.Masing-masing pun dah berjaya sekarang,alhamdulilah! Jom imbas balik sewaktu pembentangan hujahan-hujahan kami.Chewah!
Perbicaraan olok-olok kami bertujuan untuk mendapatkan "carry mark" untuk peperiksaan akhir semester. Dan kami adalah golongan yang bertuah kerana berpeluang belajar bersama Pn.Liza, seorang yang berpengalaman di dalam bidang kehakiman. Beliau jugalah yang banyak memberi kami erti realiti kehidupan sebagai pengamal perundangan.
Memang penat, bayangkan kami terpaksa bersedia secara spontan dengan Dwi Bahasa, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Ketika waktu kami mengambil tempat masing-masing, saat itulah kami dimaklumkan bahawa kami perlu berhujah dengan salah satu bahasa!Mahu berpeluh kami dibuatnya. Bukan itu sahaja, diuji pula kecekapan kami dengan pertukaran isi-isi hujahan, dan menjawab soalan hakim.(Pn.Liza).
Cuba bayangkan , jika ada tugasan yang diberi, pasti kita dibahagikan skop masing-masing kan?Jadi, skop kawan kita pun tidak ambil peduli.Tapi perbicaraan olok-olok ini menguji mental kami untuk mengetahui keseluruhan hujahan dari lapan isu.Fuh!
Alamak, bila sampai giliran saya, klip mikrofon buat hal pula, tak nampaklah saya berkarisma (hehe) disebabkan terpaksa memegang mikrofon itu sendiri.
Walaupun semuanya agak gementar, kami lakukan yang terbaik untuk "carry mark" kami!Alhamdulilah, kami diumumkan antara kumpulan yang terbaik pada malam itu.Berbaloi usaha kami, bermalam di surau, balik ke kolej hampir setiap 3.00pagi, menghafal semua fakta kes.Semuanya memerlukan tenaga fizikal dan mental yang kuat.
Untuk pengetahuan semua, video perbicaraan kami ini direkodkan bagi tujuan rujukan "junior-junior" kami kelak. Terima kasih semua atas sokongan padu yang kita lakukan bersama-sama.Rindu semua!
Buat sahabat seperjuangan, alhamdulilah, tak sangka rupanya kita sedang melalui alam pekerjaan.Saya pasti rakan-rakan semua sudah mengharungi pelbagai bicara sehingga saat ini.Teruskan usaha kita untuk hak-hak mereka:)
Nota: Jika inginkan kejayaan, pastikan usaha kita itu berbaloi juga...:)
Buat sahabat seperjuangan, alhamdulilah, tak sangka rupanya kita sedang melalui alam pekerjaan.Saya pasti rakan-rakan semua sudah mengharungi pelbagai bicara sehingga saat ini.Teruskan usaha kita untuk hak-hak mereka:)
Nota: Jika inginkan kejayaan, pastikan usaha kita itu berbaloi juga...:)
21 inspirasi naluri :-):
wah,hebatnya..kagum2~ huuhu~ sekarang lawyerla ek???
alhamdulilah mommy:)apa2 pun kita semua pun hebat, mommy pun hebat juga orgnya kan?
hebat~
Kagummmmmm gilerrrrrrrrrrrr...hahahaha!
Astaghfirullah. Sori kak, gelak lebih-lebih.
:)
iqbal:
1001 kesyukuran,alhamdulillah!
tapi ramai yg salah faham tentang kerjaya kami
maybe ada next entri terperinci insha allah...
kecik:
kecik...asyik gelak aje yek.
takpe, tip awet muda, gelak2 byk :)
apa2 pun study smart and wish u all the best:)
wah .. best2... sapa yang dakwa??? huhu
woww..tibe2 teringat bait2 sajak '' apabila peguam menang bicara ''.. hehe
zikri:
tqvm zikri..mestilah plaintif yg menuntut hehe..
sy act for defendant..:)
sofia karim:
oh..sajak tu pasal jasa guru kan?
tapi kdg2 ada kalah dalam menang, dan ada juga pihak yg menang tapi kalah..tersirat tu..:)susah kot nak difahami:)
wow!!!!! lawyer pun blogging.............??? =)
best2..hehe..kira sekarang ni jadi peguam kat mana?best tak kerja?
s.o.f.i.a:
:)..
tapi segala rahsia klien masih sulit dan persendirian..trust me:)
tetiba je teringat kenangan lama:)
khairolghani:
alhamdulilah, di kuantan..:)
kerje?satu kepuasan bila dapat tolong org :)
hohoho malu siut
anonymous:
hi liza...this dedicated for you as leading plaintif council..nsb bek tak letak videonya..:)
congrats dah byk menang bicara kan?
gembira dan rindu bila teringat...
anonymous:
thanks aiza..i know dat's you..memng rindu korang sesangat..:)
ouuuuuh iium student..proud of u..besh nyer da kije..
cimot:
terima ksih cimot:)
keje tu memng best, puas hati dpt tlg org :)
usaha tangga kejayaan...ada keinginan semua blh jadi..
Post a Comment