Showing posts with label MOTIVASI. Show all posts
Showing posts with label MOTIVASI. Show all posts

1/11/18

Push Factor & Booster

BY humble.yat IN , No comments

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.

Saya ni sejenis yang jarang pergi ke seminar motivasi sejak bekerja.Maklumlah kerja swasta je kan.Kalau pergi kursus sebab ada pindaan undang-undang, prosedur dan segala yang berkaitan sahaja. Kalau tengok motivasi pun biasa baca di media sosial, hadam dan kagum.Pastu tengok video-video motivasi. Saya juga merupakan peminat buku buku motivasi. Dari zaman belajar lagi kaset motivasi penuh satu laci. Zaman tu zaman Dato Dr Mohd Fadzillah Kamsah dan Dr HMTuah Iskandar. Ikon lain saya tak nampak sebab belum zaman media sosial lagi kan? Sekarang dah ramai pencetus pencetus inspirasi yang kita boleh ambil teladan dan semangat sama ada melalui tulisan dan pengalaman.

Ok.It is my confession.Rupanya bila kita pergi secara langsung program motivasi memang aura dia lain macam.Buat hati tersentap, sebab suara-suara mereka terus tertusuk di hati.

This speaker tunjuk pencapaian dia dalam kerjaya dan tanya kami, agak-agak bagaimana dia boleh jadi kuat untuk berjaya dalam kerjaya dia? Kami terdiam.Suasana senyap seketika.

Kemudian dia tunjuk gambar dia dan ibunya..

"Ya, dia ibu saya yang cacat penglihatan.Buta,Tetapi dia adalah booster kejayaan saya.."

Masya Allah!rupanya di sinilah bermula titik baru kehidupan saya. Push factor saya berhenti kerja adalah kerana kesihatan anak dan ibunda tercinta dan mahukan masa yang lebih fleksibel dalam menjana pendapatan. Nak berhenti kerja terus tak dapatlah sebab saya sendiri pun banyak komitmen hehe.Jadi saya kena cari alternatif lain

Alhamdulilah..terus saya bulat buat keputusan dan memburu kejayaan.Job baru saya ketika itu adalah konsultan Zurich Takaful. Antara top rookie 2017 dan disenaraikan memenangi percutian di Jogjakarta dan Surabaya. Masih menanti tarikh trip ke Surabaya. Alhamdulilah rezeki Allah swt memang tepat pada masanya.Masa itu pendapatan saya mencecah lima angka.Syukur sangat. Boleh cover cuti tanpa gaji saya selama empat bulan di tempat bekerja lama.



Jujurnya saya tak pernah bermimpi untuk menjadi konsultan takaful.Tanpa modal pula tu.Hanya lulus Exam TBE "Takaful BasicExamination" , berbekalkan ilmu dan semangat pasukan di Zurich. Tapi disebabkan ini alternatif yang saya ada.Takaful juga boleh membantu orang untuk perlindungan kewangan.Seronok juga bila kita tahu ilmu takaful.Eh masa belajar "Law" dulu pun ada subject alternatif tau untuk takaful.Jadi ianya masih di bawah jobscope saya.hehe.As long it is in shariah line.

Masa ini barulah saya tahu jumlah coverage takaful itu penting.
Masa ini baru saya tahu salah faham tentang takaful tentang tuntutan dan sebagainya.
Masa ini saya baru tahu menggunakan peruntukkan pendapatan saya untuk takaful.
Celik takaful.

Kalau ada sesiapa nak tanya tentang takaful pun boleh tanya saya,  selain dari soalan perundangan.Insya Allah saya akan cuba membantu sebaik mungkin.

Jadi apakah push factor anda untuk lebih berjaya dan bersemangat? Jeng jeng jeng

Semoga kejayaan menjadi hakmilik kita bersama Aamiin

11/10/16

Nota: Cuci Hati

BY humble.yat IN No comments

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.

Buat peringatan dan renungan diri.Terdengar ceramah motivasi Dr Fadzilah Kamsah.Jadi nak buat nota di sini.Blog juga jadi mangsa catatan ye.Antara point yang menarik hati saya.


Kalau nak wajah dan hati sentiasa tenang, kita kena cuci hati kita, bersihkan pada setiap hari.

Caranya mudah sahaja;
1. Solat Taubat setiap hari, setiap malam
2.Maafkan semua orang sebelum tidur
-akan dibukakan pintu syurga dan ditutup pintu neraka
3.Istighfar 100x sehari

Amalan amalan ini  akan membuatkan minda kita akan menjadi positif dan tajam.

Dari segi psikologinya, bila kita maafkan orang, hati kita akan bersih, kepala kita akan tenang, badan dan jiwa akan sihat.Bila hati bersih dan doa kita akan makbul, dan orang sayang dan Allah pun akan sayangkan kita

What goes around will comes around.Sebab itu kita kena selalu maafkan orang sebelum tidur

Selalu doa macam ni sebelum tidur.

"If I still live tomorrow, please make my tomorrow better than today
But if die tomorrow, let me die in khusnul khotimah"

Aamin..Aminn Ya Rabb Alamin.

9/22/15

Bila Rasa Susah....

BY humble.yat IN , , No comments

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Semalam berbual dengan adik, tentang cabaran dan kesempitan masa yang ada dan ujian untuk kami. Yes, katanya benar, " kalau kita rasa susah, cuba bayangkan orang yang lagi susah dari kita, mesti kita akan rasa kuat balik untuk hadapi segala dugaan.Thumb ups Idah, Kadang-kadang diri sendiri pun boleh jadi "blur" bila ada masalah datang.T.T 

Hidup kita telah diatur Allah swt, Dia telah menentukan bahagian hidup kita mengikut kemampuan kita.Jika ujian terasa berat, ingat Allah banyak banyak

Eh teringat satu petang tu, park kereta dekat rumah mak.emak pula dengar saya asyik mengeluh je. Diterjah emak : Kenapa asyik nak mengeluh ni 
Saya  : Banyak kerja mak, tak tertanggung dah rasanya..
Emak : Biasala tu, kalau takde kerja pun, susah hati juga,Ingat Allah..
Saya  : Astaghfirullazim...

Selalu menasihatkan orang sentiasa sabar dan ingat Allah, tapi bila sampai giliran diri sendiri, kena ada pula orang mengingatkan kita kan?Sebab tu dalam hidup kita saling memerlukan.Saling ingat mengingati.

Doakan kesihatan emak, emak dan ayah mertua kami. Mereka semua diuji dengan kesihatan. Kami pula diuji dengan kesibukan dan jarak.

Minggu lepas ayah mertua ada pemeriksaan MRI , bagi pemeriksaan saraf di leher. Pagi tadi, emak ada temujanji dengan doktor pakar. Emak mertua pula sakit lutut dan ada penyakit jantung. Ya Allah, kurniakanlah kekuatan untuk kami dalam memberi segala perhatian dan kasih sayang dari anak-anak. Aamiin.

9/21/15

Good luck Zauji Habibi

BY humble.yat IN , , No comments

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Semoga terus sukses zauji..

Alhamdulilah..dah dua tahun rasanya zauj melanjutkan PHD.Semoga terus tabah dalam menghadapi segala cabaran.Nak nak tentang pembahagian masa yang efisien.

Sabar.Tabah itu adalh resepi kejayaan. Kita ni hanya" kakitangan sokongan" sahaja. hehe. Anyway jutaan tahniah untuk result baru baru ni.Nanti kita open table bila free k.:-P

Bak kata zauj.PHD tu satu perjalanan dan perjalanan itu baru bermula. Jangan mudah mengalah.Insya Allah, Allah kan ada. Minta aje kekuatan dari NYA kala kita hilang semangat.

Tahun ni, dah masuk tahun ke tujuh saya praktis..melangkah alam senior lawyer,Tetapi makin banyak tahun berlalu, makin banyak ilmu yang perlu ditimba.Maknanya ilmu itu memang sangat luas.Ini pun hanya spesifik perundangan bahagian hartanah dan pesaka. Belum masuk general, commercial, accident dan macam macam bidang lain lagi la. Macam tak tercapai impian untuk jadi 100% peguam syarie huhu. Setakat 20% syarie 80% civil..syariah expert on faraid  dan hibah only. TAk dapat nak fokus bahagian syariah yang lain a.k,a pembubaran perkahwinan dan seumpamanya.

Kalau suami dapat posting daerah lain. Insya Allah HAYATI & CO akan ditubuhkan. Insya Allah :-) Tak pun kita WAHM atas nama ILHAMNA la kan , eh hehe :-) Manalah tahu ada "magic" di situ kan?

Semoga apa yang berlaku ada hikmahnya.

12/16/14

Persistent

BY humble.yat IN 1 comment

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.

Semalam borak-borak dengan bos, sebelum sepeninggalan dia ke umrah.Kata-kata yang terpahat adalah "PERSISTENT". Katanya, orang kita "lack of persistent". Jadi kalau nak berjaya , kena ada sikap ini.




Sources

Sekian, nota untuk motivate diri sendiri untuk maju ke hadapan.

Wallahu' alam


3/31/14

Semangat Bidadari Syurga

BY humble.yat IN , , No comments

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Throwback : Walimah sepupu Aishah dan Fauzi.15.6.2013
Pertama-tamanya, tahniah buat sepupu , Aishah yang melangsungkan perkahiwnan dengan pilihan hatinya, Fauzi.Semoga berbahagia dunia akhirat.

Seringkali kita dengar, "Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah".Ataupun, seorang isteri yang solehah akan menjadi ketua bidadari untuk suaminya di syurga nanti.

Saya pasti adalah impian setiap wanita untuk menjadi wanita solehah.Tetapi sejauh mana kita pergi. Adakah sekadar menjadi isteri yang taat atas segala perintah suami?Menutup aurat, menjaga nama dan maruah suami, atau menjaga segala keperluan hariannya?

Ok.Kali ini kita ambil semangat bidadari syurga, cuba amati hadis di bawah ini;

“Janganlah seorang perempuan menyakiti suaminya di dunia, jika tidak, maka bidadari-bidadari isterinya di syurga akan berkata kepadanya: Janganlah kamu menyakitinya, sesungguhnya ia adalah tamu bagimu yang sebentar lagi akan meninggalkanmu untuk berkumpul bersama kami.” 
(H.R. Ahmad dan Tirmidzi dari Mu’adz bin Jabal r.a)

Atau bahasa yang mudah seperti di bawah ini;


Ha, lihat, jika seorang isteri tidak menjaga suaminya, maka bidadari syurga akan mendoakan si suami yang baik dan soleh akan terus masuk ke syurga.Ada rasa cemburu tak dalam hati masing-masing?

Disebabkan itu, kita ambil semangat bidadari yang mana target setiap isteri adalah menjadi ketua bidadari syurga untuk suami kita di sana nanti.




" Teguhkanlahku di langkah ini , di pencarian hakikat diri, dan izinkan kujemput bidadari, untuk bersama menujuMu mengisi hari" -Song of Menjemput Bidadari.

"Laksana Adam dan Hawa, turun ke bumi terpisah jarak waktu, di penantian mencari diri, memohonkan ampunan dipertemukan"-Song of Menjemput Bidadari.

Bait-bait yang banyak menyentuh hati saya, walaupun Nabi Adam dan hawa terpisah jarak waktu, masing-masing memohon pengampunan dariNYA, supaya dipertemukan semula.

Allahurabbi!


Andaikata mereka pergi dulu, jangan hentikan semangat untuk terus menjadi ketua bidadari si syurga kelak.Teruskan tambah pelaburan saham akhirat dari amar maaruf kita.

Dan jangan lupa, niatkan juga segala amalan baik kita pada mereka yang telah pergi dahulu dari kita.Semoga mereka semua juga mendapat manfaatnya.Insha Allah.

Nota Naluri:
Apakah bekalan kita di syurga nanti yang akan diterima Allah swt nanti?Sejauh mana keikhlasan kita dalam melakukan setiap perkara di dunia ini,Jadikan pekerjaan kita di dunia satu ibadah.

3/7/14

Perkongsian Ke Syurga

BY humble.yat IN 2 comments

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.


Antara cita -cita terpendam saya, mahu terbitkan sebuah buku.Tapi tak pasti jenis genre apa.

Pernah sekali saya , waktu belajar dulu, saya buat modul buku Bahasa Inggeris untuk PMR (Kalau tak silap, nampak sangat dah tak ingat)bersama sepupu saya , Kak Wani.Hujung minggu je, saya ke rumahnya untuk buat modus operandi.Alhamdulilah buku itu diterbitkan.Kak Wani ada tanya nak letak nama ke tak.Saya tak nak.hoho.Malas nak interframe lah kononnya.

Dan kali ini ada tawaran lagi.Insha-Allah sebagai penulis bersama zauji.Tapi masa nak edit pula semput. Sehinggalah semalam, balik dari kerja,seperti biasa mendengar IKIM.FM, sekitar 5.30petang .Tajuk yang dibincangkan "perkongsian ke syurga" yang sangat menyentuh hati.

Antaranya, perkongsian ke syurga melalui catatan.Adakalanya catatan yang kita buat, akan menyentuh hati orang lain, yang mana mungkin akan membawa perubahan diri, walaupun satu ayat yang mana ia boleh dijadikan salah satu pelaburan di akhirat nanti, iaitu pahala menyebarkan kebaikan.

Apa yang diceritakan semalam, tentang amalan anak-anak dis ebuah sekolah, membacakan dan menghadiahkan Al Fatihah kepada kedua ibu bapa mereka setiap kali habis solat.Cara coretannya penceritaanya amat menyentuh hati saya walaupun hanya amalan membaca Al  Fatihah.

Ada juga diceritakan sesibuk Ibnu Sina, dia juga sempat mencatit tentang perkembangan anak-anaknya.

Ada juga had menulis yang dikongsikan, jangan mencatat tentang kebaikan kita, kerana telah ada Malaikat yang mencatat segala kebaikan kita.Tetapi catitlah segala pengalaman yang baik yang mana boleh membawa manfaat kepada semua.

Allahu Akbar.Memang saya terkena, dalam kesibukan tidak dapat mencatat, walhal ada banyak perkongsian yang saya mahu kongsikan.

Perkongsian Ke Syurga....

Wallahu'alam.

Nota Naluri:
Berazam mahu mencatat segal perkongsian ke syurga.

10/11/13

Rest with Zikir Di Pejabat, Rumah...:-)

BY humble.yat IN , , No comments

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.


Penangan kerja yang semakin menimbun, saya mencari alternatif penenang hati, dan sesuatu yang boleh jadi  " booster" untuk saya melakukan kerja dengan senang hati.

Dan sekarang ni, saya memang suka dengar zikir dari Heliza Helmi, ceria sekali. Dalam video klip itu sendiri pun, menunjukkan yang Heliza ni buat kerja sambil berzikir.Senyum aje memanjang.Bukan senang nak senyum dalam berzikir sambil mengingati Allah Yang Maha Esa.


Eh, Aina pun suka lagu ni.Selalu juga ajak dia dengar lagu zikir ni.
Jadi sesiapa yang rasa serabut dengan kerja macam saya,
Jom kita zikir sambil buat kerja, pasti senang hati , Insha Allah....

Umat Islam pasti boleh!
^_______^

Nota Naluri:
Jatuh hati dengan tudung telekung sebab kalau kita di Mekah, pakaian kita mesti macam telekung, ala-ala "solat ready" kan?

7/10/13

Inspirasi Ramadhan 2013

BY humble.yat IN , 2 comments

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.


 Selamat berpuasa untuk seluruh umat Islam!
 Quote dari Langit Ilahi.com yang yang menjadi  insipirasi saya untuk Ramadhan kali ini

                 " Ramadhan bagi mukmin adalah kekuatan.                    
                        Bagi seorang pendosa adalah harapan.                     
                        Bagi seorang daie adalah bekalan."                          

Klik untuk lebih besar-Falak Online
Yang di atas ni adalah gambar anak ramadhan yang berumur lebih kurang 28 jam menurut Falak Online.Subhanallah! Allahuakbar!Alhamdulilah.Indahnya hilal Ramadhan itu. Terasa langit itu menerima kehadiran Hilal Ramadhan dengan penuh ketenangan.


Satu lagi, seiring dengan perkembangan gajet dan aplikasi android, apa kata download aplikasi ini, Mutabaah Ramadhan, sangat bermanfaat bagi melihat statistik perkembangan rohani kita sepanjang bulan ramadhan.Yang penting jujur dalam menandakan senarai tugasan di bulan Ramadhan.



Insha Allah, doakan semangat ini tidak akan luntur dan pudar dalam mengimarahkan Ramadhan kali ini.

Akhir kalam, Selamat berpuasa semua!Ramadhan Kareem!

Nota Naluri:
Hati rasa sayu bila Ramadhan berlalu hari demi hari.Maka,manfaatkanlah ia semaksimum yang mungkin dengan anggapan ini mungkin Ramadhan terakhir kita.Allahurabi!

6/3/13

Semangat "Isnin Biru"

BY humble.yat IN 1 comment

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Cuti hujung minggu yang agak sibuk, selesaikan rutin, memenuhi jemputan kawan baik dan majlis aqiqah Aina Syafiyah.Tahu-tahu hari Isnin menjelma.Fuh!Biru.

Mug Monday Blues!:-P
Secawan milo panas di pagi Isnin "biru" (Monday Blues) memulakan kerja.Harap dapat memanaskan enjin-enjin sistem pemikiran untuk bekerja dengan pantas.Tak lupa juga bekal lepat ubi kayu dari ibu mertua.

Rakan sekerja, monday's blue external hard disk, wireless mouse & signing pen..
Semoga semangat kerja mengatasi kepenatan hujung minggu yang sibuk hilang bila bekerja dengan "rakan sekerja yang biru ni.

Baca artikel motivasi kerja sikit di sini. Mahu jadi pekerja memberi supaya ada keberkatannya..Amin!

[kredit]

Bersama mereka yang rajin bekerja..:-) ada lagi yang tiada dlm gambar..

"Bercita-cita, membantu dalam meningkatkan motivasi diri di tempat kerja atau pejabat. Cita-cita akan menjadi pendorong atau pemangkin untuk terus berusaha"

Nota Naluri:
Jadi saya mahu letak cita-cita-cita mahu "financial freedom" sesegera mungkin . Jadi ayuh berusaha...

5/27/13

Strategi & Kepentingan Jadual Harian

BY humble.yat IN 2 comments

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Tidak dapat dinafikan, bila perubahan status dari pelajar, pelatih, bekerja, berkahwin dan ada anak, semuanya memerlukan komitmen.Bertambah status, bertambah komitmen, bertambah tanggungjawab dan masa yang makin semput untuk uruskan diri sendiri.Itu pun belum sampai tahap belajar sambil bekerja lagi.

Destinasi utama awal semester hingga sebelum final exam! [kredit]

Ok sewaktu bergelar belajar, apatah lagi pelajar jurusan undang-undang, yang sering dikenali sebagai "muka library".Ya, hampir setiap hari berkunjung ke perpustakaan.Awal awal semester, walaupun tidak sesibuk mana dan tanpa "assignment", saya mula merancang strategi keseluruhan silibus subjek sepanjang semester. mencari rujukan buku, kes dan contoh soalan peperiksaan akhir tahun.Sebab saya tahu saya bukan pelajar pintar maka saya kena rancang strategi mengikut kemampuan saya.Sekurang-kurangnya saya tidak akan rasa kecewa dengan usaha yang saya ada.

Itu tentang strategi semasa bergelar pelajar.

Strategi uruskan masa dan diri sendiri.Dah lama rasanya tak buat jadual aktiviti harian.Pernah tak tengok jadual harian macam ni?(Rasanya, perlu ada jadual praktikal untuk wanita bekerjaya pula.huhu)

Contoh jadual harian. pelajar hafiz
Ok.Mungkin ada yang kata. "bukan kita ikut pun jadual tu pun, mesti ada yang skip punya lah"

Jawapan saya, memang kita akan ter "skip" jadual tu, malah ada aktiviti dalam jadual itu kita tak ikut langsung, tapi bila adanya jadual aktiviti harian, kita akan tahu ke mana perginya masa.Atau kita telah menggunakan masa yang sebaiknya atau sebaliknya.Jadual itu adalah "guideline" kita dalam menguruskan masa.

Tapi, persoalannya, jika kita ada kerja lebih dan tak sempat nak dibuat dan dilaksanakan, macam mana pula yek?Pendapat saya, kita perlu "ganti" masa tersebut, contohnya tidur lambat dari jadual biasa kita.Jika biasanya tidur pukul 12tgh malam, lanjutkan ke satu jam, maknanya tidur pukul 1 pagi, sebab itu adalah ganti rugi buat masa yang hilang tadi!Ataupun bangun seawal empat pagi untuk membuat tugasan kita.

Lagi satu sistem countdown di planner, untuk aim berapa hari lagi ke "event day/klimaks".Kenapa penting, supaya kita peka dengan masa, dan  tugasan yang masih belum siap.Diari pun boleh guna, tapi saya guna cara kalendar/planner dan highlight countdown tu, supaya saya tak leka.Maklumlah saya ni jenis cepat teralit.Jadi itu adalah cara saya mengatasi kelemahan saya ketika itu.Contoh countdown tu macam ni.

credit to google -countdown calendar
Ruang kosong di dalam kotak , saya tuliskan countdown dengan highlight (pink, biru, hijau) yang penting nampak nombor countdown tu.

Serius, ia berkesan untuk saya ketika belajar dahulu.Sekarang saya nak cuba praktikkan dalam status saya, sebagai wanita bekerjaya punya komitmen  kepada suami, anak dan ibunda tercinta.

In Sha Allah, nanti saya kongsikan ye, supaya hidup kita akan lebih teratur

Nota Naluri:
Tengah serabut uruskan masa dan kehendak diri huhu..Akan aktif kembali ke mahkamah, aktiviti peribadi dan keluarga selepas ini.
 

5/15/13

Buku S.M.I.L.E

BY humble.yat IN , 4 comments

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.


SMILE adalah untuk Skil-Motivasi -Inspirasi-Luar Biasa-Elegan adalah karya bersama Irma Hasmie dan Zamri Bin Mohamad.Alhamdulilah,dah  pun menghabiskan buku ni. Nasib baik tak tebal mana, bolehlah dalam sehari habiskan sambil melayan-layan keletah Aina.

Kandungan buku ini  merupakan kisah-kisah santai , inspirasi yang terpilih oleh Irma.Tajuk-tajuknya menarik.Dan saya juga teringat buku cerita yang selalu saya baca waktu di sekolah rendah yang berbentuk cerpen dan ada pengajaran di hujungnya






Buku ni sebenarnya adalah hadiah Naib Johan Pertandingan Bercerita Bahasa Arab adik saya yang bongsu ni.Tak sangka dia berminat nak masuk pertandingan di kolejnya (Kolej Islam Pahang).Semoga berjaya selalu.Untung-untung boleh jadi MPP nanti, dan akak akan doakan yang terbaik untuk Zudin.


Tengok tajuknya "Meraikan Jemaah Syurga" pun dah cukup menggambarkan visi buku ini, satu motivasi untuk memperbaiki diri .Ilustrasi Gambar Irma pegang buku tu pun dah cukup menarik minat untuk terus membaca buku ni.Bahasa buku mudah difahami dan sesuai untuk semua golongan.


Yang Istimewanya, buku ini ada Nota Irma (eh, macam Nota Naluri je,:-P).Nota ini adalah catatan, pengajaran darinya mengenai kisah yang diceritakan sebelum ini.Bukan itu sahaja ada pelan tindakan susulan dan contoh lagi.Maknanya tak adalah kita membaca sampai habis, kemudian hilang begitu sahaja, tetapi ia boleh dipraktikkan di dalam kehidupan seharian kita.

Ok.Siapa yang berminat boleh cari di kedai buku ye,Harga tak perasan la pula, sebab buku ini hadiah adik.

Nota Naluri:
Masih menyimpan angan-angan Mat Jenin untuk ada buku terbitan sendiri, tapi tak tahu genre apa..huhu..Zauji sarankan Motivasi Islam, Isu Hartanah...Tengoklah nanti..:-)

5/2/13

Man Jadda Wajada II

BY humble.yat IN , 2 comments

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Mood Man Jadda Wajjada mesti kena ada!walaupun tersalah sarung kasut hujung minggu ke pejabat, sepatutnya pakai yang ada tumit sebab ada  "meeting" petang nanti.Alhamdulilah, Allah itu Maha Penyayang, meeting tersebut ditangguhkan pada hari keesokannya, maka ber"oustation"lah saya ke Rompin nanti.

Ok kita semarakkan Semagat Man Jadda Wajada dengan lagu.Saya rasa lagu ni wajib dengar bagi mereka yang berjuang.. Contohnya belajar, bekerja (saya mahu siapkan misi settlekan case), kempen pilihanraya..inspirasi untuk uruskan masa (berjuang dengan masa)...

Selamat berjuang semua..!



Nota Naluri:
Banyak lagi semangat dan inspirasi yang saya perlukan untuk menjadi lebih baik...


4/24/13

Man Jadda Wajada

BY humble.yat IN , No comments

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Di Suatu Pagi Isnin.Selepas subuh. Rutin mingguan dari rumah mertua ke rumah keluarga saya sebelum memulakan kerja. Aina di ribaan masih tidur selepas menyusu.Mood "monday blues" tenggelam timbul .Zauji fokus memandu.

"Macam mana nak hilangkan "monday blues" ni? "
"Entahlah. biasanya buat macam ni je, tak sabar nak tunggu hari Jumaat.Jadi nak jumpa Hari Jumaat kena buat kerja cepat-cepat, sibukkan diri, target kosongkan meja.Tau-tau dah Hari Jumaat dah boleh relax!"
"Ok. Man Jadda Wajada!"
"MAN JADDA WAJADA!!" penuh semangat saya sambut seruan itu, semangat di pagi Isnin.

Sebenarnya malam sebelum itu kami menonton filem Indonesia "Negeri Lima Menara". Filem ini banyak mesej.Misi "Man Jadda Wajada".Iaitu semangat Kesungguhan, usaha dan tekad. ( Boleh jadi motto harian nih)




Antara yang menarik perhatian saya, Tentang impian seorang ibu, mesej "orang besar", tentang inspirasi Ibnu Batutta, semangat Man Jadda Wajada

Antara kata-kata yang menusuk hati saya..

 Tentang Impian Seorang Ibu untuk menyekolahkannya anaknya di sebuah Pondok Agama....

"Ibumu itu keinginannya luar biasa.
Memikirkan nasib umat.Dia tidak memikir dirinya sendiri" 

Tentang sifat sabar....

"Man shabra zhafira.Siapa yang bersabar akan beruntung.
Jangan risaukan penderitaan hari ini,
Jalani saja dan lihatlah apa akan terjadi di depan.
Kerana apa yang kita tuju bukan sekarang,
tapi ada yang lebih besar dan prinsipil,
iaitu menjadi manusia yang telah menemukan misinya dalam hidup"
    
Dulu bila sebut orang besar, saya membayangkan dia berjawatan tinggi, mempunyai nama., kaya raya.Tetapi dalam filem ini orang besar itu adalah............  

“Orang Besar adalah Orang yang mahu berkongsi ilmu yang dimilikinya hingga orang yang berada di bawah jambatan sekalipun”

Orang yang sentiasa berkongsi ilmu!Jadi siapa mahu jadi orang besar? :-) 

Semangat Man Jadda Wajada

Semangat Man Jadda Wajada digambarkan di dlam filem ini, bila seorang guru membawa parang yang tumpul dan berkarat dan sebatang kayu untuk dikerat.Tapi dengan hasil kesungguhannya, berpeluh keringat, kayu itu berjaya dikerat dengan parang yang tumpul.

Walaupun kita ini asalnya insan yang biasa, tapi jika ada kesungguhan , pasti akan berjaya.Semoga sahabat-sahabat semua dapat mengambil semangat Man Jadda Wajada sebagai motivasi kehidupan seharian kita.Ameen!

 "Jangan pernah remehkan setiap impian kita walau setinggi mana pun.
Hasil itu akan dari datang semangat yang tidak pernah mengalah!"

Nota Naluri.
Ting! tetiba ada idea untuk buat sesuatu tentang Man Jadda Wajjada. Malabis al usrah mumkin?:-)


3/12/13

Bahagian 2: Didikan itu masih belum sempurna

BY humble.yat IN , , , 2 comments

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Saya ada cita-cita untuk mengenalkan huruf hijaiyah dan 30 surah lazim buat permata hati kami, Aina Syafiyah berbanding ABC dan subjek moden pendidikan awal kanak -kanak.

Tetapi ibunda tercinta berpesan,  " ha, kalau nak buat, buat betul-betul, mak pun nak tengok juga, tapi kena ingat...ada juga budak empat tahun hafaz surah yasin lagi-lancar..bila dah besar, biasa-biasa aje budaknya ..maksudnya nak didik anak kena berterusan.."

(^_______^)
Teringat pula pada entri ini, "Didikan itu masih belum sempurna.." .Tentang tugas ibubapa yang harus berterusan dan istiqamah.Bukan setakat garisan penamat, bukan sekadar habis silibus.Kerana dari amalan soleh mereka daripada didikan itulah yang membawa kita ke syurga.

Hatta sehingga sekarang pun, walaupun sudah ada seorang anak, ibunda tercinta, masih lagi mengingatkan saya tentang pelbagai perkara tentang fitrah kehidupan.Tentang pengurusan keluarga.Kata-katanya amat bermakna buat saya. Jatuh terus ke hati.Begitu juga mertua saya.Makin bertambah perkongsian pengalaman hidup.
Tengahari tadi, bersama rakan-rakan sepejabat berbincang tentang perihal keibuan.

" ...Allah itu Maha Adil, kalau kita alahan teruk, dipermudahkan waktu bersalin,begitu juga sebaliknya..."
 -Setiap yang berlaku ada hikmah yang tersirat, tidak kira susah ataupun senang.Yang penting sentiasa mengingatiNYA..

" ....kalau nak anak, perlu persediaan mental dan fizikal..terutama alahan yang teruk..."
 -bukan sahaja persediaan mental sewaktu mengandung tetapi persediaan mental untuk seluruh kehidupan sedari anak itu kecil sehingga dewasa.Berdoalah selalu semoga segala urusan dipermudahkan.

" Ada budak kecik senang je jaga waktu kecil, tidur malam tak berjaga...tapi bukan itu yang kita kira, yang penting membesarkan anak ketika besar nanti bagi membezakan baik dan buruknya...yang itu paling sukar..."
 
Kata-kata yang ini juga menusuk kalbu, saya ada terbaca dari status facebook seorang sahabat.Menarik untuk dikongsi bersama,

" ....Ibu bapa sentiasa doakan anak perempuan kita diringankan jodoh dan jangan jadikan hantaran perkahwinan kriteria kemuliaan anak kita.tentukan anak gadis kita menutup aurat,menjaga solat dan pergaulan baru bernilai anak gadis kita.

Betapa ramai lelaki tertipu dengan rupa bakal isteri yang cantik tetapi tidak berakhlak Islam menyesal kemudian hari kerana masalah anak-anak yang dibesarkan dengan cara tidak mengikut Islam dan redha Allah tidak menjadi tujuan hidup...."

Allahuakbar.

Misi seorang ibu bukan sekadar penyusuan susu ibu selama dua tahun, bukan sekadar dari pakaiannya, bukan sekadar dari homemade solid food, bahkan perlu lebih dari itu. Sahsiah dan akhlak.

Setiap detik bersama-sama anak-anak kecil, perlu ada sahsiah yang perlu dipupuk supaya ia sentiasa subur dan menjadi teguh bila mereka dewasa kelak.

Menjadi seorang ibu dan bapa membuatkan kita perlu menambahkan standard ISO ntuk memainkan peranan yang penting disamping memperbaiki segala amalan kita.

Sebab itu anak adalah satu anugerah dalam kita memuhasabah diri sebagai seorang muslim yang beriman.Insha Allah.

Wallahualam.

2/8/13

It's Jumaat, Aina 6 months!

BY humble.yat IN , , 2 comments

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.
[credit]

Alhamdulilah, di hari Jumaat yang penuh barakah, Aina sudah enam bulan, 1/4 perjalanan penyusuan ibu. Masih ada 3/4 perjalanannya lagi, kata zauji. Dan akan bermula perjalanan "solid food".Jadi kami memutuskan untuk memulakan makanan sunnah dahulu, iaitu kurma, untuk dijamah sebelum memulakan makanan yang lain.

Dan bila dengar lagu "Its Jumaat" oleh Raef di IKIM.FM, terasa macam hari raya pula.Apatah lagi zauji berpakaian kemas berbaju melayu  untuk jadi Moderator Forum Maulud Nabi s.a.w di tempat kerjanya pada hari ini.Teringat  masa zauji buat rehearsal semalam, memang best la.:-)

Ok mari kita semarakkan perkara-perkara sunat pada hari Jumaat.Semoga kita bertambah semangat untuk bertemu Jumaat yang akan datang.

Lagu pilihan saya sebagai motivasi Hari Jumaat, Its Jumuah oleh Raef..:-)


5AM Waking up for Fajr
Got to make Wudu, got to pray my Sunnah
Got to make Ghusl, got to clip my nails
Looking outside, the sun is rising up in the sky
Everybody's rushing
Got to get down to the masjid
Got to say "Salam!" to the Imam

Sitting in the first Saff (row), chilling in the back Saff (row)
Got to make my mind up... Do what the prophet did!

It's Jumuah! Jumuah!
Got to make dhikr on Jumuah,
Everybody's looking forward to His mercy, mercy
Jumuah! Jumuah!
Got to make dhikr on Jumuah,
Everybody's looking forward to the Ajr
Miswaking!, Miswaking!
Miswaking!, Miswaking!
Pray, Pray , Pray, Pray
Got to read Surat Al-Kahf
  the Imam's on the minbar, talking about something like "Fiqh Az-Zakat"
They're whispering, chatting from the crowd, don't they know that it's haram
I stand up, you stand up, prayer's about to start "Qad, Qaamat es-Salaah"
Foot to foot! shoulder to shoulder! Just don't step on me!

Sitting in the first Saff (row), chilling in the back Saff (row)
Got to make my mind up... Do what the prophet did!

It's Jumuah! Jumuah!
Got to make dhikr on Jumuah,
Everybody's looking forward to his mercy, mercy
Jumuah! Jumuah!
Got to make dhikr on Jumuah,
Everybody's looking forward to the Ajr
Miswaking!, Miswaking!
Miswaking!, Miswaking!
Pray , Pray, Pray , Pray
Got to read Surat Al-Kahf

It's Jumuah Jumuah
Got to make dhikr on Jumuah,
Everybody's looking forward to His mercy, mercy
Jumuah! Jumuah!
Got to make dhikr on Jumuah,
Everybody's looking forward to His mercy

Salam Jumaat semua..:-)



1/22/13

Bless Of HIM!

BY humble.yat IN , 2 comments

BismillahirahmanirRahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Minggu ini, azam dan doa baru.
Semoga semuanya berjalan lancar dengan segala rahmat dan kasih sayangNYA.

POSITIF +POSITIF+POSITIF= CEKAL


Tiada cinta yang lebih agung selain cintakanNYA.


1/15/13

Mencari Identiti Ibu Sultan Muhammad Al Fateh

BY humble.yat IN , , , , 1 comment

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Dalam diam saya mengagumi kepimpinan Sultan Muhammad Al Fateh, bagaimana ayahnya mendidik Alfateh ini menjadi pemimpin sejak dari kecil lagi sehingga dapat menawan Kota Constatiple.

Dalam diam juga saya mencari identiti wanita di sebalik Sultan Muhammad Al Fateh.Yang memberikan kekuatan untuknya menjadi pemimpin. Tetapi apa yang saya dapati, kebanyakan tentang cerita latar belakang ayah Sultan Muhammad Al Fateh sahaja. Tiada langsung cerita tentang ibunya Huma Hatun.

Jika sembang kopi dengan seorang sahabat, topik ini kadangkala menjadi isu saya ketika zaman bujang lagi.Ketika zauji masih dalam status tunangan saya, dia pernah menjadi mangsa saya untuk mencari cerita ibu Al Fateh.Didikan anak kan bermula dari ibu?

Sedangkan Ibu Imam Shafie juga mempunyai gaya tersendiri dalam membesarkan anaknya, yang mana sejak Imam Shafie dalam kandungannya lagi, dibacakan ayat suci al-Quran terutamanya surah al-Fatihah dan surah Yasin. Sewaktu membaca, ibunya menyeru anaknya supaya memahami apa yang di bacanya. Tidak hairanlah, Imam Syafie boleh menghafal al-quran 30 juzu’ sejak umurnya 7 tahun, kerana sejak dalam kandungan lagi ia telah belajar al-Quran.(Alhamdulilah, tanpa sedar, saya memahami tafsir AlQuran, banyakkan surah Yaasin telah saya terapkan sejak Aina di dalam perut lagi secara berperingkat, biar lambat asal misi tercapai :-) ) .

Sehingga saya terjumpa satu poster ini digantung di tepi jalan ketika saya, zauji dan Aina berhenti di lampu isyarat....

Pendidikan gaya Al Fateh!


Ianya Menjawab semua persoalan saya untuk mencari identiti ibu Sultan Muhammad Al Fateh...Tapi kat Shah Alam...Agak sukar pula saya untuk ke sana..Kalau ada di Kuantan kan best!

Antara kata-kata semangat yang saya dapat dari ibu Darwisy & Darwisya mengenai gaya didikan Al Fateh ..

 
"Ikutilah jejak langkah Ibu Sultan Muhammad Al Fateh.. 
mulakan didikan anak dengan al Quran "

ITULAH RAHSIA ANAKNYA MENJADI PENAKLUK DUNIA!


Nota Naluri:
Kalau nak diluahkan perasaan kekaguman terhadap tokoh di atas ni, memang panjang la entrinya.Sempga sahabat yag bergelar ibu di luar sana juga dapat mengambil insipirasi gaya didikan Al Fateh ye..:-) Sama-sama kita usahakan..Insha Allah.


11/5/12

Perjuangan Ini Bukannya Mudah

BY humble.yat IN , 4 comments

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.


Jumaat, ketika usia Aina dua bulan dua minggu, sudah dapat meniarap untuk pertama kali.Tapi tiada gambar yang diambil sebab tak sempat capai kamera.Aina dah mula iringkan badan ketika dalam pantang lagi. Cepat betul perkembangannya."Slow Down Aina..Umi dan abi yang rasa bimbang bila perkembangan Aina terlalu cepat..Tapi sebenarnya dalam hati, kami yang gembira..:-)

Masa Aina iringkan badannya, saya tak kisah lagi, sebab dah biasa tengok.Tapi bila part dia nak jatuhkan badan dia untuk meniarap, saya pula yang cuak dan menjerit.."Mak!Mak..apa yang Aina  buat ni..?" Haha..Bila dia dah habis meniarap, tersengih puas pulak si kecik ni.

bergegar-gegar gambar, janji itu bukti hehe..
Ada juga masa Aina tengah teruja agaknya untuk belajar meniarap, sebaik sahaja lepas susukan dia dalam 3.00 pagi, boleh pulak Aina guling dan meniarap dalam 2 kali.Adeh..buat lawak tengah malam pula yek..Ada la dua malam dia buat macam tu. Lagi-lagi kalau dah ditanggalkan baju untuk dimandikan,ha..masa itulah dia meniarap dengan tidak berbaju.Adoila..

Kalau boleh saya mahu Aina begitu,Jangan membesar terlalu cepat, sebab bila Aina membesar dengan cepat, kami akan melalui proses penuaan dengan cepat...Nanti abi kena pakai tongkat, umi pula bongkok tiga..haha..

Membesarnya Aina menandakan, usia kami juga bertambah.Perlu banyak usaha lagi untuk memperbaiki diri.Masa pun berlalu begitu pantas.Banyak misi kami yang perlu dilakukan.Kalau diikutkan semuanya tidak terkejar dek tangan.Tapi terpulang kepada kita bagaimana menguruskannya.Tika ini, bukan lagi masa untuk mengatur masa secara efektif, tetapi harus mencuri masa.(Fuh!berpeluh mencuri masa ni.Contoh sambil buat kerja, update blog...:-))

Aina yang tersengih gembira..:-)

Bagaimana Aina bersungguh untuk belajar meniarap, begitu juga kami, harus bersungguh untuk membesarkannya melalui cara yang terbaik mengikut fitrah alam.Dan saya belajar satu perkara daripada peristiwa ini, untuk belajar sesuatu yang baru, perlu ada usaha dan jangan putus asa walaupun kita perlu mencuri masa di tengah malam.(Pernah saya jahit tudung dalam pukul 4.30 pagi, akibat mengejar masa hehe) .

Contohnya, jika mahukan syurga, usaha lebih dengan nikmat malam satu pertiga walau berzikir sekalipun.Semoga Allah akan menghisab setiap usaha kita, Insha Allah.

Andai perjuangan ini mudah,pasti ramai menyertainya
Andai perjuangan ini menjanjikan kesenangan, pasti ramai yang tertarik padanya
Tapi hakikat perjuangan bukan begitu
Turun naiknya, sakit pedihnya 
umpama kemanisan yang tidak terhingga
Andai rebah, bangkitlah semula
Andai terluka, ingati janjiNya...

Nota Naluri:
Sekarang Aina dah pandai berbual.Bising aje mulutnya, sampai sanggup tahan mengantuk tak nak tidur.


10/30/12

Eidul Adha dan Kembara Mabrur

BY humble.yat IN , , 1 comment

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

EidulAdha tiba lagi..Salam Aidiladha buat semua umat Islam.Buat jemaah haji yang berada di Mekah, semoga mendapat haji yang Mabrur Insha Allah.Dalam tahun ini, beberapa orang rakan seperjuangan saya, Ana dan Mahirah telah mendapat panggilan haji.Hati saya pula yang gembira melihat mereka. Semoga kalian dapat merebut peluang yang ada.Bukan senang tau, dapat menunaikan haji pada usia yang muda, bukannya umrah.

Singgah solat Isyak di Masjid Maran

Insha Allah, peluang untuk kita masih ada, cuma perlu ada usaha dan ikhtiar.
Nak kongsikan satu cerita mengenai pengorbanan menunaikan haji.
Suami yang ceritakan kepada saya sambil Aina di pangkuan saya.Sebab saya asyik terfikir bila pula giliran kami sekeluarga ke sana bila melihat sudah ramai rakan rakan seperjuangan menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah sama ada umrah ataupun haji.

Jadi suami memujuk hati saya dengan satu cerita yang amat bermakna tentang haji mabrur.Tentang Kisah seorang tukang kasut yang tidak dapat pergi ke Mekah, tetapi hajinya diterima.Dek kerana kebajikan yang dibuat oleh tukang kasut Allah menerima kesemua ibadah haji umat Islam pada tahun itu.

Al kisah Berkat Haji Si Tukang Kasut--> sumber : klik sini

Diceritakan bahawa seorang ulama sufi bernama Abdullah bin Mubarak telah melihat sesuatu yang aneh di dalam mimpinya. Abdullah tertidur semasa beriktikaf di Masjidil Haram pada suatu musim haji. Dalam tidurnya beliau bermimpi bertemu dengan malaikat yang memberitahunya bahawa ibadah haji umat Islam tahun itu diterima Allah hanya kerana kebaikan seorang tukang kasut.

Setelah terjaga dari tidurnya Abdullah Mubarak berasa gelisah dengan mimpi itu dan betapa ingin tahunya dia siapakah yang diceritakan malaikat dalam mimpinya itu, lalu beliau bertolak ke Damsyik. Itulah tempat yang disebut oleh malaikat dalam mimpinya. Beliau ingin mencari seorang lelaki tukang kasut bernama Muwaffaq’ nama yang disebut oleh malaikat dalam mimpinya.

Muwaffaq’ telah melakukan amal kebaikan yang terlalu tinggi darjatnya sehingga melimpahkan keberkatan yang sangat luar biasa. Allah SWT sangat menyukai kebaikkan yang telah diperbuat oleh si tukang kasut bertuah itu. Menurut mimpi Abdullah itu, berkat daripada amalan yang dilakukan oleh Muwaffaq’ menyebabkan ibadah haji seluruh umat Islam tahun itu diterima Allah SWT.

Abdullah Mubarak Bertemu Muwaffaq Si Tukang Kasut

Sebaik sahaja sampai, Abdullah tidak bercakap banyak teruskan bertanya Muwaffaq’ jika ada sesuatu kebaikan besar yang dilakukan beberapa hari yang lalu.
 .
“Aku tidak tahu kebaikan apa yang engkau maksudkan. Barangkali tentang sedekah yang aku lakukan beberapa hari yang lalu,” kata Muwaffaq’, memberitahu Abdullah bin Mubarak yang baru muncul di hadapannya.

“Apakah yang engkau sedekahkan?” Tanya Abdullah.

“Aku berikan sejumlah wang kepada seorang janda.” Jawab Muwaffaq’.

“Itu sahaja?” Tanya Abdullah lagi.

“Wanita itu memelihara beberapa orang anak yatim.” Jelas Muwaffaq’.

“Dan wang aku sedekahkan itu adalah wang aku yang telah bertahun-tahun aku simpan untuk pergi menunaikan haji.” Tambah Muwaffaq’.

“Berat benarkah masalah wanita itu sampai kau berikan semua wangmu kepadanya?” soal Abdullah lagi.

Seraya menarik nafas dan menghelakannya, dengan tenang Muwaffaq pun bercerita; “Suatu hari aku ke rumah wanita itu untuk meminta sedikit makanan yang sedang dimasaknya. Isteriku yang sedang hamil mahu menikmatinya setelah terhidu baunya yang menyelerakan, tetapi rupa-rupanya makanan yang dimasak itu hanya boleh dimakan oleh wanita itu dan anak-anak yatimnya sahaja.”

Abdullah bin Mubarak sedikit hairan.  “Kenapa begitu?”

“Kau tahu apa yang dimasak oleh wanita janda itu?” Tanya Muwaffaq’ menduga.

“Dia memasak sedikit daging yang diambil daripada bangkai seekor keldai yang ditemuinya. Sekadar mengalas perut kerana sudah berhari-hari anak-anaknya tidak makan. Daging itu sudah tentu tidak halal bagiku. Tetapi bagi anak-anak yatim yang kelaparan itu ia diharuskan.”

“Aku sungguh malu pada diriku sendiri. Lalu aku pulang ke rumah dan mengambil semua wang yang selama ini aku simpan untuk belanja menunaikan haji. Aku berikan semua wang tersebut kepadanya buat membeli makanan dan menyara keperluannya anak-beranak. Berdiri di hadapan rumah wanita itu, aku berkata kepada diri…  di sinilah hajiku.”  Muwaffaq’ menjelaskannya dengan sepenuh keinsafan.
 .
“Inilah kebajikanmu yang telah mendapat nilaian tinggi di sisi Allah SWT. Bertanggungjawab serta keikhlasan dan kesungguhanmu dalam mengharapkan keredhaan Allah SWT, turut dinikmati rahmat dan berkatnya oleh orang lain.”  Ulas Abdullah bin Mubarak sambil menahan rasa terharunya.
<_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _  _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _>

Ikhlasnya saya speechless mendengar cerita ini.Masih ada amalan kebajikan lain yang boleh kita buat dan masih dinilai tinggi dari pandangan Allah.

Saya sudah memulakan langkah untuk ke Mekah, membuat pendaftaran haji dan mencarum takaful haji di sini.Semoga semuanya dipermudahkan.Buat kawan-kawan yang berminat untuk membuat tabungan haji secara konsisten dan di samping mendapat manfaat hibah, khairat kematian dan lain-lain. bolehlah hubungi saya di nus_haa@yahoo.com.Niat saya mahu membantu kawan-kawan untuk terus meletakkan satu niat kembara mabrur.Insha Allah.

Semoga niat itu akan terlaksana.

Salam Aidil Adha dari kami sekeluarga.:-)