Jika diperhatikan, bulan ini saya kurang keluarkan entri-entri baru.Tidak disangka bulan Oktober adalah paling sibuk buat saya sehinggakan bertambah kerinduan untuk membaca entri-entri rakan-rakan semua.Harap dimaafkan ye, jika tak sempat melawat ke blog rakan- rakan semua.Tetapi, harus juga diluangkan masa, kerana banyak perkara yang saya ingin kongsikan.
Bila kesibukan dunia melanda, janganlah kita terlalu asyik sehingga waktu solat tergelincir.Tahukah kawan-kawan, semasa di alam pekerjaan, di waktu itulah iman kita diuji?
Dahulu, waktu kita bergelar mahasiwa/mahasisiwi, kita masih sempat solat di awal waktu bahkan berjemaah!Ditambah pula dengan "halaqah/usrah".Betapa murninya hati-hati masing-masing mahu menjaga peribadi diri.
Namun, kita berada di dalam alam pekerjaan, waktu solat mudah tergelincir, apatah lagi bersolat jemaah!Tambah-tambah waktu solat kita didatangi oleh kesibukan dunia yang tidak mahu menunggu walau sesaat pun.Antara tanggungjawab sosial dan sebagai Hamba. Bahkan ada yang tertinggal solatnya gara-gara terlalu memburu kesibukan dunia, keinginan mahu dipuji oleh majikan bekerja di waktu makan tengahari dna solat. Ada juga golongan yang tidak mengenal surau dan tempat sembahyang di pejabat sendiri.Sayu sangat bila mendengar kisah-kisah sebegini.Bukan mereka tidak tahu hukum agama.Solat itu kan Rukun Islam?Asyik memberi alasan-alasan yang agak klise sahaja.
Kemanakah pergi semangat solat di awal waktu dan isi kandungan "halaqah/usrah" yang sering kita dengar-dengarkan dahulu?
Apa yang saya sarankan, kita harus mengutamakan solat walau apa jua pun. Dan yang pasti ianya harus dilakukan di awal waktu.Sila setkan waktu solat di telefon, dan pastikan ia betul-betul dipatuhi jika kita beriman kepadaNya.
Gunakan telefon bagi menguruskan waktu ibadah kita yerk;) |
Kalau diikutkan banyak lagi perkara-perkara yang saya perhatikan perkara-perkara seperti di atas dan ia sedikit sebanyak mengguris hati saya. Bagaimana pula dengan anda?
2 inspirasi naluri :-):
salam sahabat...
kita tau solat itu amat-amat penting utk kita, kekadang kita masih memandang remeh utk mengerjakan solat diawal waktu, apa lagi utk berjamaah...terutama waktu kerja, bila rehat pukul 1 kita lebih suka bersembang dgn rakan2 sambil makan atau menjelajah pusat membeli-belah atau tido kat surau ^_^
yeah. saya bekerja. perasan ada kawan yg culas solat. langsung tak solat pun ada. apa yg mampu, kami cuma berkias mengajak semayang. tapi selalu dibalas dengan 'korang pergi la dulu'. macam mana lagi mahu cuba pujuk. nak try cakap/ceramah terang-terang mcm tak best pulak.
Post a Comment