Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.
Projek Jahit Mudah. Langsir Dapur. Mula-mula masa masuk rumah, guna cangkuk S dan rod besi Daiso dan sangkut langsir je. Sebab tak tahu nak guna konsep apa lagi.Sampai sekarang pun idea tak menjelma lagi.Hehe.Tapi tingkap dapur dah ada frosted tinted, jadi sebenarnya takdela nampak aurat pun. Tetapi entah nak juga letak langsir seketul ada kat situ.Nama pun dah perempuan.Kita letak jela sampai kitchen kabinet dah ada yek.
Kemudian, , bila nak buat kenduri kahwin adik di rumah kami, (Nanti saya kongsikan pengalaman buat kenduri kahwin di rumah sendiri, memang nervous tau ) . kena upgrade la sikit langsir dapur. Puas juga mencari idea nak jahit langsir labuh mana, warna apa yang sesuai.Akhirnya biru juga pilihannya.Labuh langsir saya amik 3/4 dari grill.
Saya dan zauji puas juga mencari idea macam mana nak sangkut langsir dalam keadaan last minute tu, sebab nak sangkut guna cangkuk S, dan wayar memang tak lepas,.Railing langsir pun ambil masa. Nasib baik idea datang,,,,
Kami guna wiring langsir dan cable tight!ikat pada besi grill tingkap.Memang kemas. Tengok kat bawah ni...:-) .Bolehlah sementara mencari idea yang lebih superb lagi lepas ni.
Boleh nampak kan frosted tinted kat tingkap tu kan?Memang pemandangan luar pun tak nampak, kira memang cover aurat kita sebagai orang dapur.Langsir tu buat syarat penyeri dapur je.Hihi..Nak juga ada unsur bunga kat situ hehe.
Abaikan keadaan susun atur dapur yang tidak terurus tu yek.Malu ai..hehe.Pic silau sikit waktu siang.
Kain langsir tu beli Di kamdar je RM5.00 semeter.Ada macam macam warna, tapi yang ini paling berkenan.
Ok itu sahaja, semoga bermanfaat.
4 inspirasi naluri :-):
rajinnya buat renda kedut kt bawah tu..
tingkap dapur nabilah, bogel je lagi.
nak buat jgk langsir camni, tp enSuami nak blind..
so biar je kosong, dua2 xdapat, hihi
saya pun ikut hati nak blind juga,,tapi after settle msi kitchen kabinet yg tak tau bila lagi haha..tapi klu ada blind ada unsur bunga bunga mesti berseri dapur kan ?:-)
pandai jahit ok la, macam saya tak pandai jahit ni memang kene upah la :)
selalu mak saya yg jahitkan langsir
Shark:xdelah pandai mana oun.sekadar jahit lurus bolehlah hihi
Post a Comment