Teringat kata-kata seorang sahabat saya, tika hati kita tak kuat, minta kekuatan dari Yang Maha Kuat, ALLAH s.w.t. Bermakna kata-katanya.
Saya sering ditanya oleh anakguam, kawan-kawan seperjuangan.."Bila nak buka firma guaman sendiri?" "Bila nak jadi rakan kongsi firma?" . Jawapan saya ringkas, saya tak mampu untuk beri komitmen 24 jam kerana saya mahu masa kualiti untuk keluarga saya kerana mereka adalah sumber kekuatan saya.
Cukuplah bekerja pada waktu pejabat. Punch card keluar, tutup fail.Jika tidak, tugas dan bidang kerja saya ini memerlukan komitmen yang penuh, Perlu "update", kajian, sangat-sangat peka dan kreatif menyelesaikan masalah.Tetapi semua itu saya peruntukkan masa yang maksimum pada waktu pejabat.Kadang-kadang jika kes itu rumit untuk diselesaikan, memang meracau lah saya di dalam mimpi.
Teringat pula saya mengigau sambil kata dengan gaya tangan sekali, "oh, file mana? oh, ada kat situ tolong ambilkan?kan ada kat situ, adalah kat situ..." (yang ini mengikut apa yang diceritakan oleh keluarga saya ketika saya mengigau..:-P.Ketika ini saya tengah mengendalikan sebuah kes korporat).
Bila jadi macam ni, kadang-kadang terlintas di hati mahu berhenti dan menceburi bidang lain, dan saya juga kadang kala lemah bila tiba waktunya.Tapi saya tahu, saya perlu bangun kembali, menebus "dendam-dendam " kerja yang masih belum diselesaikan dan memperbetulkan niat kembali dan terus ikhlas dalam bekerja.Dan Allah jua yang memberi Kekuatan tersebut sehingga saat ini.Alhamdulilah
"May Allah Gives His Strength And Ways Of Being Patients"
2 inspirasi naluri :-):
uish dahsyat... sampai bermimpi puan yati ek...makan mandi tido sume file...:)
haha tulah pasal..sampai mengigau..tapi makan kene fokus hehe..:-P
Post a Comment