6/24/13

Syiah : Tolong Delete Gambar Anda di Media Sosial.

BY humble.yat IN , 1 comment

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Sekarang ni isu Syiah menjadi topik panas, walaupun ianya sudah lama muncul sebelum ini.Tetapi di dalam kekalutan dan kesedaran kita menangani isu Syiah ini, dan sumber yang paling laju adalah di medan sosial, Facebook, ada sesuatu terjadi yang melibatkan kawan saya sendiri yang mana gambar beliau yang bertudung labuh digunakan oleh satu akaun (dipercayai penyebar fahaman syiah-wallahualam) berdasarkan statusnya.

Saya terkejut melihat page tersebut, bila zauji kata, "Tengok ni, Student UIA pun syiah..".

Apalagi, saya pun siasat latar belakang faker tadi (dikenali sebagai Farah Al Zahra), dan membandingkan dengan facebook sahabat saya, yang sama-sama belajar Shariah di UIAM.

Confirm! Orang tu guna profil gambar sahabat saya!Ya Allah! berdebar rasa hati.Zauji yang beristirehat pun saya ganggu kerana terkejut dengan penyebaran itu.

Terus saya hubungi kawan-kawan satu batch yang online, Dinie, Sakinah dan Dilla ketika itu untuk pengesahan dan sokongan.Kalau saya seorang sahaja yang lihat, tentu buktinya tak kuat.Ok semuanya mengesahkan itu sahabat kami.Dalam masa yang sama kami hubungi sahabat kami (secara fakta- dia tak aktif facebook pun, dan sudah lama kami tidak menghubungi beliau)Tapi kami yakin dia bukan fahaman syiah.

Dalam masa yang sama saya cuba buat screenshot tentang "faker" tersebut, tetapi gagal.Allahuakbar!

Ada juga antara kawan-kawan saya cuba berbual dengan faker tersebut dengan menanyakan sahabat kami , dia mengaku dia sahabat kami tetapi diam bila bertanyakan tentang sahabat-sahabat kami yang lain.

Tidak lama selepas itu,tiba-tiba faker tersebut dah tukar gambar profil kepada gambar wanita berpurdah -kartun.Dan sekarang saya tak dapat jejak langsung akaun faker tersebut.

Ringkasnya, saya sudah berhubung dengan orang yang sharekan gambar tadi, membuat pengesahan dengannya supaya perkara ini tidak berlanjutan.Alhamdulilah case closed selepas Asar semalam.

KESIMPULAN.
Walaupun kita upload gambar yang sopan di laman sosial, ianya tetap akan dipergunakan oleh orang yang tidak bertanggungjawab, maka akan berlaku fitnah dan salah faham di kalangan kita.

Sikap peka itu perlu bila ia melibatkan sahabat kita, jangan diam, bertindak ikut kemampuan.

Saya sendiri terkesan dengan peristiwa ini, maka dengan rasminya saya akan delete segala gambar saya di laman sosial.

Semoga kawan-kawan semua juga mengambil inisiatif juga demi menjaga imej Islam.

Nota Naluri:
Sebelum zauji pergi kerja, dengan muka serius, katanya "Hari ni kalau boleh delete semua gambar-gambar kita kat facebook.Walaupun yang telah diprivatekan...Bimbang suatu hari akan terkena pada kita pula...".

1 inspirasi naluri :-):

----- ----- said...

berhati-hatilah..^^
syi'ah suka ber-taqiyyah...^^