Bismillahirahmanirahim..
Assalamualaikum wbt.
Satu dunia sudah maklum mengenai tragedi kanak-kanak yang ditimpa kemalangan dan dibiarkan oleh 18 orang yang lalu lalang di situ.Cukuplah, saya juga tak sanggup nak letakkan di video itu di sini.Sayu .Saya sendiri masih teringat bagaimana langkah-langkah terakhir seorang budak kecil sebelum kejadian.Gaya langkahnya cukup menunjukkan dia terlalu kecil, masih mencari arah tuju.
Kalau orang lain tak sanggup tengok video itu, ibunda saya pula dengan mendengar ceritanya pun tidak sanggup.Jangan diulang kisah itu didepannya. ditutup telinganya daripada mendengar cerita yang masih panas dan dihujani simpati dunia.
Saya juga menerima traumanya.Malam tadi ketika saya memandu ke rumah sepupu saya atas urusan tetentu, bilamana melihat seseorang yang melintas jalan tanpa menggunakan jejantas, mahu saja menekan brek.Padahal mereka yang mahu menyeberang itu masih jauh dari kereta saya.Terketar lutut sehingga sampai ke rumah sepupu saya kerana saya juga tak mahu menjadi cuai.
Tak cukup dengan itu, saya dan ibunda tercinta nampak kelibat wanita bertelekung putih hingga ke paras kaki.Menjerit serentak kami di situ.Di tengah jalan yang sangat sesak.
Oh!orang baru balik sembahyang .Tapi makcik itu duduk di pembahagi jalan (besi "divider" jalan).Mahu tak berderau jantung dan bertambah terketar lutut saya.T.T.Saya kagumi makcik itu, bersungguh-sungguh ke masjid dan sangggup menyeberang jalan yang sesak, tetapi keselamatan harus dijaga ye makcik.Jatuh jantung saya nanti.huhu..
Nota Naluri:
Prihatin terhadap diri sendiri dan keadaan sekeliling sangat penting,Tapi bukan jadi "busy body" yerk :-)
10 inspirasi naluri :-):
kesian budak kecik 2..sempat gak tengok..diabaikan saje org ramai..
kejam memang sangat kejam cerita ni. Tambah kepada yang dah merasa menjadi seorang ibu. saya pon tak nak tengok video2 camtu.
Apa saya kata kat sorang kawan kerja yang tengok pastu nangis, saya kata:-
"Kak, kita ada Allah, boleh doa tiap2 waktu apa kita nak...depa takdak. Memang sedih akak tengok, tapi, budak tu confirm syurga kak. Cuma bayangkan sekarang dia tengah bahagia di sana..."
Wallahua'alam.
and she was passsed away yesterday..
Allah..
mmg kasihan..
pilu atini..
memula izfa baca pasal budak cina tue kat fb, ingatkan cerita main2.. rupa2nya, dunia betul2 dah mula hilang sifat kemanusiaan.. sedih sangat2. sampaikan nak membantu pun bukan setakat fikir 2-3 kali, tapi 6-7 kali..
yati nie buat lawak saja. memula baca post nie dah sayu hati, tetiba cerita pasal makcik pakai telekung tue, jadi kelakar.. :)
dunia makin moden org mls nak ambil tahu keadaan sekeliling...
Rains Indrani firdaus:
rasa kasih pada kanak kanak itu patut ada pada setiap insan...
tetapi rasa kasih pasa kanak2 hilang mcm tu je..huhu..sayu hati T.T
All about journal:
sedihnya...lagi bertambah sayu kerana kita masih ada peluang ntuk berdoa...
sidratul muntaha:
innalillah....speechless..
semoga tiada kejadian kecuaian masyarakat seperti ini lagi dan semoga ia menjadi pengajaran buat kita semua..:-)
izfa:
tulah..yati pun dgr citer adik, mula2 tak nak tengok..tapi bila semua bercakap, terasa nak tahu
tapi bila tengok, trauma pula tgok org nak melintas jalan, mcm terbayang je budak kat cina tu..:-(
hehe kelakar ke ..tak persan la plak..tapi memng berdebar betul nampak makcik tu..hehe
suri:
dunia makin moden, lagi ramai orang pentingkan diri sendiri kan?
Post a Comment