Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.
Sekarang ni suka betul saya tengok tv Al Hijrah, jatuh cinta dengan setiap montajnya.Tenang,Wah kalau lah saya punya bakat seperti itu.Montaj-montaj di situ penuh ketenangan tetapi membawa maksud tersendiri.
Rancangan yang terbaru yang menarik perhatian saya adalah Solehah .Kenapa saya memilih Solehah, saya juga mahu menimba ilmu, kerana terdapat juri kesukaan saya Ustazah Isfadiah dan Ustazah Sharifah Hayati (Ust. Sharifah Hayati -ehem ehem , ini gabungan nama ibunda dan saya tau:-)).Lembut ketika berbicara, dan maksud dakwahnya sampai dengan jelas!
30 Minit bersama Ustaz Don!Setiap Isnin- Rabu, 10.30 malam.Kadang-kadang saya yang tertidur depan televisyen. Ustaz ini bila berbicara penuh semangat.Mesejnya juga jelas dan senang difahami.
Hmm..last, drama pilihan saya setiap kali pulang dari kerja, ialah, Para Pencari Tuhan. Bahasanya yang membuatkan saya terpana, "para pencari Tuhan", "para pendosa"...menyentap hati saya.Mungkin terma terma sebegini jika digunapakai membuatkan kita akan lebih beramal untuk bekalan di sana, Lebih cepat kita insaf!
Cuma teringat kata-kata rakan FB "rindukan zaman mencari cahaya di taman ilmu...".Bila sudah bekerja, memang tidak dinafikan masa agak terhad, apatah lagi jika punya komitmen dengan keluarga. tetapi ia terletak atas kebijaksanaan kita dalam membahagikan masa.Media dakwah sekarang sudah luas!Sangat-sangat membantu kita, sama ada mendengar dan melihat rakaman ceramah agama melalui You Tube, download rakaman dan dengar bila ada masa, membaca blog-blog dari pendakwah-pendakwah ilmuwan.Alhamdulilah...Nah sekarang terpulang kepada kita kan?
2 inspirasi naluri :-):
Banyak program yang lain dari lain di TV Alhijrah!
Cuma diharap penceramah khususnya wanita tidaklah asyik buka isu suami-isteri..dah jelak balik2 hukum hak isteri,macam mana nak jaga hati isteri,nak rancakkan hubungan.Hidup kita bukan kahwin saja..bagaimana dengan isu masalah remaja,hukum memukul anak yang dah tak terima tegurqan,hukum pakai tudung macam bonggol unta seperti dalam hadis.Ramai wanita pakai tudung tapi yang dilarang Rasulullah supaya jangan ada bonggol rambut .,hukum pakai kosmetik muka sampai tak telus air,wuduk tak sah...banyak lagi perkara penting.Saya harap jangan ikut usrazah wanita dari rancangan lain ayng sampai bertahun2 asyik isu suami isteri saja..saya pun dah boleh tulis kitab hukum rumahtangga sebab dah terlalu asyik dengar..masalah remaja yang terlibat lebih 10 dosa besar perlu dipandang serius..khusus buat Dr sharifah Hayati buka isu2 ini .tak payah lah cerita pengantin lagi.
Post a Comment