10/7/11

Hilang Pedoman?

BY humble.yat IN , 4 comments

Bismillahirahmanirahim.. 
Assalamualaikum wbt

Credit : Google life quotes

Kita semua tak sempurna.Kadang-kadang cuba untuk bersangka baik tetapi bila ada terdetik untuk bersangka buruk walau sesaat?Kita mula kalah di situ.Tarik nafas dan Istighfar dan banyak-banyak, hanya itu sahaja cara untuk menyejukkan hati kita.Kuatkan hati untuk bersangka baik dalam setiap keadaan,Dan dari situ, kita akan terus berfikiran positif. Memang sukar, tetapi harus kuat.Minta kekuatan dari Yang Maha kuat iaitu Allah s.w.t. Percayalah Allah akan memberi sedkit ketenangan di situ.Bukankah dengan mengingati Allah, hati kita akan menjadi tenang?


Kadang-kadang kita lihat rezeki orang lain lebih dari kita.Mula terdetik rasa cemburu.Sedikit demi sedikit.Hilang rasa kesyukuran kita di situ.Sedangkan Allah sudah menetapkan rezeki kita.Rezeki itu terbentang luas.Tak perlulah kita membandingkan hidup kita dan hidup mereka yang senang.Sepatutnya kita belajar rasa bersyukur.Syukur itu tanda redha tapi dalam masa yang sama janganlah pula kita berdiam diri, tetapi terus perbaiki diri untuk menjadi yang terbaik.Bekerja dan beramallah seolah-olah kamu akan mati pada hari esok.

Lagu Pilihan saya kali ini Ujian Hidup oleh Imam-Imam Muda Asyraf , Azhar, Aran, Abe Syara & Nuri mempunyai pelbagai persepsi.Bila rasa sukar, Allah s.w.t yang paling dekat di hati kita.Belajar erti kesyukuran dan ketabahan dalam apa keadaan pun.Selamat mendengar!:-)

"Hitung kesyukuranmu Bukan Kesukaranmu"


4 inspirasi naluri :-):

ieza ashaari said...

selalu teringat kata-kata mak masa kecil :

"jangan tengok pada kawan yang senang, nanti rasa hidup ni susah. tengok pada kawan yang susah, nanti baru terasa hidup kita ni dah berlebih-lebih"

Allah Maha Tahu..

Silent Reader :-) said...

best lagu tu...:-P

humble.yat said...

izfanora:
setuju sgt...membuatkan kita lebih bersyukur..

humble.yat said...

Silent Reader:-)
memang la best..syahdu je bunyinya:-P