Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.
Gambar dari Berita Harian |
Baru baru ini, saya ada perjumpaan mengenai projek terbengkalai.Saya boleh umpamakan keadan mereka ini umpama sudah jatuh ditimpa tangga berdasarkan fenomena berikut;
- Mereka yang masih membayar pinjaman bank, tetapi rumah masih terbengkalai.
- Ada antara pembeli-pembeli sudah meninggal dunia sebelum pindahmilik disempurnakan
Fuh!berpeluh juga kami memikirkan jalan penyelesaiannya, sampai saya pun tersasul hehe.. dan apa yang best, kami sebagai panel peguam atas timbangrasa dan "social responsibility" memansuhkan segala fee guaman yang terdahulu.:-) Caj guaman yang minimum dikenakan sebaik sahaja transaksi dan penempatan semula selesai.Haa..kena tunggu kene tunggu surat tawaran baru la yek.
Apa yang menarik perhatian saya dan membuat saya terfikir, (Mmm..kawasan projek itu saya rahsiakan yerk) , kata-kata Pihak Penjual, ada hikmahnya kenapa projek itu terbengkalai akibat banjir dan ribut dimana hanya bumbung setiap rumah yang tercabut dipukul ribut. Bila dibedahsiasat, rupanya spesifikasi bumbung rumah tidak menepati piawai.Dan cuba bayangkan kawan-kawan, andai diletak tali buaian bayi dan ianya dihayun, siling bumbung itu akan runtuh!Subhanallah..Besarnya kuasa Allah dan Maha Penyayang.
Ribut dan banjir itu hanya bukti untuk menunjukkkan satu kesilapan yang kita tidak terfikir..
Dalam bencana, didatangkan hikmah...
"Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar." (Al Baqarah :155)
0 inspirasi naluri :-):
Post a Comment